GM tidak melihat kemenangan Nizar mempertahankan jawatan MB sebagai kemenangan mutlak mereka. Sebenarnya GM melihat Nizar dan bintang 3 telah ditewaskan oleh keadilan mahkamah. Mahkamah yang layak diucapkan segunung tahniah atas ketelusan dan keadilan yang dipamerkan.
Institusi kehakiman dan ketelusan mahkamah sedang dalam proses pemulihan setelah teruk dirosakkan oleh Anwar Ibrahim dengan segala macam fitnah yang tiada kesudahan. Nada keseronokan Nizar dan bintang 3 pasti tidak ketahuan ketika ini. Mereka harus memikirkan langkah seterusnya. Apa guna jadi MB jika sokongan cuma 27 prebet saja.? Nizar terlupa sesuatu.
Jika sebelum ini, Nizar Namrud bertegas enggan meletakkan jawatan kerana yakin akan kebenarannya, nah..inilah masanya untuk beliau di‘letak’kan jawatan. Tiada guna jika Nizar Namrud ingin menasihati Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN bagi memuaskan hati pasukan bintang 3. Tuanku Sultan lebih bijak dalam soal pengiraan kaedah tambah tolak.
Seluruh
Ini adalah kerja orang politik. Mereka yang mencatur dan mereka juga yang merosakkan. Skrip cerita ini telah diolah dan diadun dengan begitu hebat dan dramatik. Nizar yang membawa bendera PAS terlupa seketika mainan politik. Sesungguhnya mereka terbukti parti yang terlalu lemah dan alpa.
Memang terbukti Nizar Namrud dan PAS hanya lebih hebat menggunakan pentas dan mikrofon. Mereka kurang ilmu berpolitik. Nizar Namrud diisytihar MB tetapi mereka ditertawakan. Jawapan yang sangat mudah Nizar hanya dibekalkan dengan 27 prebet.
3 comments:
Salam GM..
Tahniah diucapkan kepada PAS kerana berusaha memberikan kemenangan kepada DAP - Bintang 3. Tetapi Nizar lupa yang kalau tidak kerana kuasa Sultan, Nizar hanya menjadi 'tahi gigi' kepada pakatan parti-parti pembangkang di Perak di mana Ngeh Koo Ham dan kuncu-kuncunya akan membuli orang Melayu termasuk Nizar sendiri.
Seperkara lagi, adakah PAS merasakan mereka kini benar-benar kukuh sehingga merasakan UMNO pula yang terhegeh-hegeh hendak sangat bekerjasama dengan mereka?
Tidakkah PAS menyedari kuasa mereka sehingga mampu memerintah Perak walaupun hanya seketika tetapi atas belas ehsan DAP? Adakah PAS lupa jumlah kerusi yang mereka menangi di Perak berbanding DAP?Hanya baru mempunyai enam kerusi, tetapi PAS merasakan mereka benar-benar hebat dan kuat sedangkan realitinya Nizar ketika menjadi Menteri Besar hanya sekadar menjadi orang suruhan DAP semata-mata, disuruh Ngeh dan Ngar Kor Ming menyalak, maka mereka akan menyalak sepuas-puasnya.
Tetapi itulah hakikatnya, PAS bukan sahaja anggup bekerjasama dan tidur sebantal dengan pihak-pihak yang mempermainkan Islam, namun dalam masa yang sama, menolak pelawaan saudara seagama untuk bersama-sama mencari titip permulaan ke arah kepentingan negara dan rakyat.Sampai bilakah PAS mahu sedar tetapi terus berada dalam kepompong jumud dengan bersikap begini?
Adakah Negara di ambang republik?
Sama-samalah kita fikirkan?
Wallauallam.
Salam perjuangan
Mantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.
sedara-sedara sekalian, saya nampak semua mengeluarkan pendapat menggunakan perasaan bukan fikiran. Saya tak kisah sapa yang jadi menteri tapi sila sematkan dalam fikiran semua, nampak sangat kita terlalu emosi. sama islam dan sama melayu gaduh jangan nanti tanah halaman untuk anak cucu tergadai. Untuk renungan semua renunglah kembali bab bila panglima islam khalid al walid yang tidak pernah kalah perang dilucut jawatan oleh khalifah umar, dia tak bantah walaupun dia ada kuasa tentera yang ramai. dia ikut arahan khalifah umar. Pernah satu masa Ubaidah minta tentera islam untuk lepaskan pahlawan islam yang ditawan dan tak ada sape yang sanggup.Ubaidah bertanya umar kenapa tak menyahut pelawaan dia dan khalid jawab bahawa dia tunggu arahan ubaidah. Ubaidah jawab dia tak sanggup untuk arahkan khalid kemudian khalid balas balik jikalau budak 12 tahun dilantik oleh khalifah, dia akan ikut arahan tu. jadi renung-renunglah. ekonomi makin kelam kita asyik gaduh. tak ada untung kita macam nie.
Post a Comment