Thursday, May 14, 2009

PAS Harus Malu Jika Berbicara Soal Rasuah.


UMNO harus mengucapkan terima kasih kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Jika tidak kerana mereka UMNO masih lagi terbuai-buai dengan kedaifan moral. PAS begitu lantang mengeji UMNO kerana kononnya UMNO adalah parti rasuah yang maha hebat dan hampir tidak mampu untuk dipulihkan.


PAS jugalah yang lantang mengutuk UMNO supaya berubah dan melakukan transformasi dengan segera. Terima kasih PAS kerana telah menyedarkan ramai pemimpin UMNO daripada terus terbuai dengan keseronokkan duniawi.


Sejarah UMNO bermain dengan politik tidak perlu diulas lagi. Semua orang tahu bagaimana sejarah ini bermula. Siapa yang mulakan dan atas faktor apa.? Sudah tentu kerana kuasa. Kekuasaan yang menghanyutkan ramai orang.


Kini UMNO menuju transformasi bagi memperbetulkan segala kekusutan yang melanda UMNO setelah dirosakkan dan dimulakan oleh bekas timbalan presidennya dulu. UMNO mula mengikis istilah rasuah dalam perlembangaannya.


Hari ini seperti dunia sudah terbalik, boleh dikatakan “paku dulang paku serpih, kata orang, PAS juga yang lebih”. PAS yang bermulut longkang seperti tidak tahu hendak menutup longkang-longkang yang makin banyak tercela. PAS cuba menutup kelemahan dengan mengatakan “gejala beli undi” mula menular dalam PAS. PAS menjangkakan pembohongan itu boleh diterima pakai kerana kebanyakan penyokong tegar PAS masih lagi buta huruf dan buta hati.


PAS terlupa sejarah UMNO 15 tahun dahulu. Ketika kelibat manusia bernama Brader Anwar B. Ibrahim (B.A.B.I) yang gila kuasa membeli undi untuk mengejar kerusi no.2 pada masa itu. PAS terlupa jerat yang dipasangnya. Hari ini manusia itu semakin menggila merosakkan PAS dengan pelbagai termalogi dan kaedahologi yang membuaikan PAS. PAS terperangkap.


Sepatutnya PAS dari dahulu lagi perlu berhati-hati dengan lenggok B.A.B.I. Demokrasi, kesamarataan, negara berkebajikan dan pelbagai lagi terma yang mengkhayalkan PAS. Benarlah seperti yang didengar. PAS adalah parti yang tidak matang. Mereka cepat benar terlentok tanpa memikirkan kesannya.


Hendak dikatakan PAS bodoh agak keras bunyinya tetapi itulah realiti yang sedang melanda PAS. Walaupun ramai kalangan professional dan cerdik pandai, PAS masih lagi tidak mampu berdiri menjadi parti yang benar-benar ‘steady’. Politik wang dalam PAS bukan perkara baru, bencana itu sudah kedengaran lama cuma belum keluar ke permukaan surat khabar. Parti Islamik yang memperjuangkan Islam gamaknya.


PAS mungkin telah mem‘baptist’kan segala dosa B.A.B.I semasa di dalam UMNO. PAS mungkin menyambut dakapan B.A.B.I disaat ianya benar-benar ‘bersih’. PAS terlentok dengan lenggok tawaduk B.A.B.I . Habis memperbodohkan semua orang dalam PAS. Hebat manusia yang bernama Brader Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.I)


Kerana kuasa semua orang sanggup melakukan apa sahaja. Stesyen Minyak yang punyai pekerja taraf SPM pun pasti ada insiden tikam-menikam belakang kengkawan. Inikan pula parti politik yang sudah tentu kekuasaan yang digilakan.


Dari dahulu lagi PAS harus membuang pengaruh B.A.B.I. Sejarah terlampaunya ketika di dalam UMNO pasti akan diulangi kembali. Bohonglah jika B.A.B.I sudah cuci tangan dalam insiden “gejala beli undi” pasti beliau adalah mastermind yang mencorak hala tuju dalaman PAS. Jika insiden main belakang boleh ditagihnya inikan pula politik wang, itulah blind spot yang sedang digerakkan.


Slogan UMNO rasuah sudah boleh digengam bersama dengan PAS. Malulah PAS jika selepas ini bermain dengan isu rasuah kerana PAS juga adalah pemain rasuah yang sedang menempatkan dirinya dalam landskap politik Malaysia.

5 comments:

Admin said...

PAS dah terselak kain sendiri, DAP tepuk tangan...PKR jeling2 ajer!

Tok Pambu said...

Walau apa pun pencacai UMNO hendak kata kan, BN/UMNO tetap akan terkubur pada PRU13 se lewat2 nya.

Kaum melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan - UMNO, PAS dan PKR.

UMNO sudah keseorangan, kaum india dan cina sudah hampir semua tinggal kan BN, mereka kami sudah bersatu dalam DAP.

DAP pula di bantu kuat kan pula oleh PAS dan PKR - "Pakatan Rakyat"

Kekuatan kami sudah terbukti pada PRU12 yang lalu - BN kalah teruk, cuma 'talian hayat' dari Sabah dan Sarawak yang selamatkan BN/UMNO dari berkubur.

Empat PKR BN/UMNO telah tewas dengan teruk - P Pauh, K Terengganu, B Gantang dan B Selambau. Kini BN/UMNO sedang ketar lutut menghadapi PKR N12 Penanti.

Di Perak - BN/UMNO sedang bermati matian mengelak PRU negeri di adakan. Kalau di adakan juga, BN/UMNO pasti tumbang terkangkang.

Ashley Ahmed said...
This comment has been removed by the author.
pa'loi said...

Salam Tn Rumah izinkan saya,

Oi nalapambu, aku dah baca komen ko nie dr blog parpu kari ke..ke..ke..ke blog dare 3 hr lepas, sama saja.

Ko dok copy ayat sama watpe. Takkan ayat tunggal pun ko tak leh wat.

Kerajaan nak wat sek wawasan ko tak nak, nak jugak masuk SRJK ko tu,sekarang tak tahu bina ayat ko marah kerajaan balik.

Idealis Malaysia said...

Semenjak Anwar dibebaskan rakan-rakan lama beliau di PAS dan PRM sudah mengorak langkah agar Anwar mampu menguasai 2 parti itu... hasilnya PRM dah bergabung dengan Pati keadilan membentuk PKR... manakala pengaruh anwar semakin kukuh dibawah pakatan ENDORGAN - di ketuai husam dan kamaruddin... PAS yg dulu suci telah tercemar... kini ulama juga sudah tahu bagi duit belanja makan... bagi duit minyak... bagi duit untuk anak-anak... dan macam-macam lagilah agar tak dikatakan rasuah... bahana dan akibat pengaruh Anwari...

kini perancangan licik mereka adalah untuk menggulingkan kepimpinan ulama... kerana katanya mereka dah kolot yg hanya tahu bercakap... itu bukan lagi satu rahsia pertembungan golongan ulama dan profesional (anwar team) selepas gagal menggulingkan tun M dalam UMNO kini model operasi yg sama ilaksanakan bagi memastikan parti-parti dalam PAKATAN RAKYAT BERADA DIBAWAH DI TELUNJUK ANWAR IBRAHIM...

Bukalah mata... PAS bukan lagi boleh disandarkan harapan untuk ISLAM

teruskan perjuangan demi agama bangsa dan negara

anyak lagi artikal di :
http://www.idealismalaysia.blogspot.com