Thursday, May 28, 2009

PAS Menyokong Komunis

Betapa despretnya PAS dan betapa kemaruknya mereka untuk mendapatkan undi orang bukan Melayu. PAS adalah aprti yang akan menyokong membabi buta apa sahaja jika itu akan memberi kelebihan dan keuntungan walaupun jangka pendek.

Semalam, di Simpang Renggam PAS kawasan telah menganjurkan ceramah di Markas PAS, Kampung Shaari yang hadiri oleh penyokong-penyokong tegar mereka untuk mendengar retorik PAS. PAS menyokong komunis dan PAS menyokong Chin Peng untuk dibawa masuk kedalam Malaysia semula.Astagfirullah...Kecewa roh pejuang Bukit Kepong dan menangis waris tunggal Bukit Kepong kerana parti orang Melayu PAS menyokong komunis.

Begitu terdesaknya PAS hinggakan sanggup menyokong komunis yang telah membunuh beribu orang rakyat yang tidak berdosa kerana fahaman sempit untuk menubuhkan kerajaan. Bohonglah jika PAS mahu menubuhkan Negara Islam kerana fahaman komunis langsung enggan menerima konsep beragama sepertimana keiniginan PAS.

Apakah PAS Johor cuba meraih sokongan palsu bukan Islam keatas mereka. PAS Johor menyokong komunis sama seperti mereka menghilangkan kalimah “membangun bersama Islam” tetapi dengan slogan baru “membangun bersama komunis”. PAS benar-benar despret. Sudahlah mereka sanggup menunggu sehingga 30 tahun untuk melaksanakan hudud kini PAS menggila pula dengan fahaman komunis kerana ingin menjaga hati DAP yang semakin hari semakin memperbodohkan PAS.
PAS terlupa sejarah Bukit Kepong atau mereka tidak mahu mengiktiraf pengorbanan Polis Bukit Kepong?

Apakah dalam kalangan pemimpin atau ahli PAS yang tiada pejuang melawan komunis dahulu.? PAS mungking buta sejarah atau mereka langsung tidak mempercayai buku sejarah yang telah dijilidkan kerajaan sehingga mempercayai bahawa komunis itu adalah pejuang kemerdekaan?
PAS makin hari makin lesu dengan perjuangan songsang mereka. Sudahlah PAS Johor mahu Chin Peng dibenarkan pulang kini PAS Perak pula makin gila dengan mempersendakan takdir tuhan. Begitulah jika dilanda sindrom gila kuasa semua hokum tuhan dilangagr dan dipersenda.

Ingat niat puasa yang dilafazkan “Sahaja aku puasa sunat mogok lapar kerana mahu bubarkan DUN”. Tiada kesungguhan dan tiada keikhlasan jika benar mahukan Nizar menjalankan sunat puasa kerana niatnya hanya mahu mengikuti rakan-rakan komunis bermogok lapar. Bongok sungguh Nizar.

Chin Peng ketika ini berada di luar negara pasti tersenyum kerana parti yang mendakwa memperjuangkan Islam kini lantang menyokong beliau walaupun satu ketika dulu Chin Peng mengsasarkan umat Islam untuk disembelih sepertimana lagak kejam Zionis membedil bumi Palestin.

No comments: