Wednesday, May 27, 2009

Husam: He's Not A Fighter, He's A Coward.!

Ihsan gambar daripada GAP


Husam Musa calon yang menawarkan diri untuk bertanding Timbalan Presiden PAS melarikan diri daripada berdebat dengan entity rasuah hebat, Ezam Mohd Noor. Husam Musa yang sinonim dengan grand title barua Anwar Ibrahim dirasuk ketakutan apabila pencabarnya sebelum itu tidak dapat menghadirkan diri di Bangunan TV3 dan digantikan dengan Ezam


Bagaimana seorang calon Timbalan Presiden kepada sebuah parti kedua terbesar Melayu yang berpaksikan kepada “perjuangan Islam” dilanda trauma untuk berdebat? Husam tahu yang DS Zahid tidak dapat menghadirkan diri dan atas kapasiti untuk mengelakkan daripada malu Husam terpaksa control macho untuk hadir dengan harapan beliau boleh menunjukkan di muka depan Harakah, “UMNO Pengecut”. Alih-alih rakan lama seperjuangan Husam yang muncul dan beliau dilanda sindrom “chicken run” yang tidak dapat dikawal. Barua Anwar ini berambus daripada Bangunan TV3.


Husam mungkin teringat bagaimana beliau dimalukan oleh KJ tahun lepas ketika KJ bertandang ke Kelantan untuk berdebat dengan bergaya. KJ berjaya memalukan Husam berkenaan pelaksanaan hokum hudud PAS yang tertangguh.


Bagaimana pun, semalam apabila Husam diberitahu pengganti untuk berdebat berkaitan rasuah politik, Husam diserang sindrom “chicken run”. Inikah pemimpin pelapis PAS yang ada untuk memimpin parti itu. Ahli-ahli dan penyokong tegar PAS perlu memikirkan pemimpin pelapis untuk membawa PAS kearah perjuangan yang sebenar. Husam mengaku kalah sebelum berjuang.


Sebagai calon Timbalan Presiden PAS Husam harus memikirkan kesannya sebelum beliau mengambil langkah melulu dalam menentukan keputusan. PAS benar-benar ketandusan pemimpin yang benar-benar berani dan bersikap fighter bukan coward yang terkinjal-kinjal memanaskan enjin dan meninggalkan.


Semua orang kenal Ezam Mohd Noor. Beliau pernah dipenjarakan kerana mempertahankan filosopi rasuah yang digenggamnya. Beliau manusia yang cekal menegakkan persoalan rasuah. Mungkin atas sebab itu, Husam mengelabah mencari penawar daripada berhadapan dengan Ezam.


Husam juga sedar rasuah politik bukan sahaja berlaku di dalam UMNO tetapi turut menular di dalam PAS. Benar kata Ezam, rasuah adalah kuasa di mana ada kuasa pasti rasuah akan menjadi pokoknya dan bunga kejujuran pasti akan keguguran dek kerana rasuah. PAS sedang dilanda rasuah politik kerana PAS makin berkuasa dan semua orang di dalam PAS sedang mengejar kekuasaan itu dan rasuah adalah jambatan kepada kekuasaan.


Di Kelantan, PAS memerintah hampir 20 tahun dan selama tempoh itu semua orang tahu siapa yang memberi rasuah. Untuk menutup bangkai yang kian membusuk, PAS cuba memaling kepada UMNO dan mengatakan UMNO adalah parti rasuah. PAS terlupa sebenarnya barah itu berada di dalam mereka dan mereka sebenarnya menyedari.


Husam khuatir jika beliau muncul pasti akan disimbah bertalu-talu oleh moderator dan juga Ezam. Beliau malu membuka pekung PAS yang kian terbuka kerana pengaruh Anwarisme. Jangan kita hendak menidakkan sejarah politik wang yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1993 kerana mengejar kuasa. Kini PAS sedang disebarkan virus rasuah acuan Anwar Ibrahim.


Menjelangnya Muktamar PAS bulan Jun, calon Timbalan Presiden ini perlu memikirkan sewajarnya peranan yang akan dimainkan beliau untuk membawa PAS kearah yang lebih baik. Perwakilan harus melihat kepada insiden memalukan ini untuk menilai sejauh mana kredibiliti Husam untuk diangkat sebagai seorang pejuang tulen.


Masih terngiang-ngiang lagak takbur segelintir pemimpin PAS yang mengajak berdebat berkaitan beberapa isu antaranya ISA dan PPSMI. Masih bermayakah mereka untuk berdebat? Jika calon Timbalan Presiden lagaknya sembunyi diri bagaimana dengan pengikut pasti lebih ligat teknik melarikan diri mereka.

No comments: