Saturday, May 30, 2009

Kak Min Bukan Mangsa Yang Pertama.?

1. Rupanya permainan PKR bukan sahaja menyogok Kak Min menarik diri daripada bertanding di Penanti. PKR, parti sampah yang sangat menyokong rasuah sebenarnya lebih teruk kegilaannya memberi rasuah.


2. Kak Min mendedahkan beliau menerima panggilan telefon diugut oleh pemimpin PKR negeri untuk dibakar baju-baju kempennya yang ditempah jika berkeras meneruskan dakwaan rasuah PKR dan membuka tembelang kepimpinan PKR.


3. Jika sebelum ini Kak Min ditawarkan RM88,000 dan jawatan TKM untuk menarik diri daripada bertanding tetapi PKR terlebih dahulu pernah menyogok calon Bebas untuk menarik diri. Kiranya Kak Min adalah mangsa yang kedua oleh PKR.


4. Ketika PRK Bukit Selambau baru-baru ini calon Bebas yang menggunakan logo Payung A. Jayagopal turut mendedahkan beliau pernah ditawarkan RM50,000 oleh PKR supaya menarik diri. Lihat contoh terbaik, PKR adalah pemain rasuah yang cukup hebat.


5. Seperti biasa, Anwar Ibrahim melalui perancang strateginya Saifuddin Nasution dikerah untuk memujuk A. Jayagopal menerima habuan itu dan menarik diri daripada bertanding. Walaubagaimana pun atas kesedaran PKR hanya mempermainkan demokrasi beliau tetap bertanding di Bukit Selambau.


6. Maka tidak hairanlah jika kes 3 rakyat yang dirantai oleh Ah long berlaku di dalam kawasan YB PKR. Lagak samseng Ah long mencontohi kepimpinan PKR hari ini. Ibarat ideologi komunis era moden. “Lu Suka Ikut, Lu Tak Suka Lu Sakit”. Itulah PKR, parti sampah cetusan Anwar Ibrahim.


7. Dalam PKR sememangnya dipenuhi manusia-manusia yang bertopengkan syaitan lagak dan akidah yang suka menunding jari dan berpendirian “Kami Yang Terbaik”. Benarlah, PKR dahulu menjerit-jerit perihal banteras rasuah kerana mereka ketika itu tidak berkuasa hanya menjadi pengemis di lorong-lorong demokrasi dan mengutip sisa-sisa yang ditinggalkan.


8. Hari ini mereka berkuasa. Cacian dahulu dijilat balik satu persatu PKR tetapi dalam masa yang sama mengatakan “itu halal bagi kami”. Nilaikan sendiri lagak poyo PKR hari ini.?



Ayuh Mengkuang nilaikan sendiri tahap sampah PKR.

1 comment:

Saya Rakyat Malaysia said...

"lu suka, lu ikut; lu tak suka, lu sakit"

bunyik cam komunis moden.