Monday, May 11, 2009

Nizar Yang Naif.

Nizar hendak meminta perkenan Tuanku Sultan berkenaan usul dibawah pokok


Hampir 3 bulan dulu, Nizar keluar dari Istana Kinta dengan satu tekad, aku tidak akan meletakkan jawatan “Patik mohon sembah derhaka”. Begitulah ucapan Nizar pada malam selepas beliau digulingkan kerana tidak mendapat majoriti penuh. Pakatan totok menyambut permohonan itu dengan sambutan wira. Nizar mempamerkan semangat melawan Hang Jebat moden.


Kesombongan Nizar makin terserlah apabila pada malam pengumuman wakil rakyat Bukti Gantang, Nizar ditabalkan sebagai wakil rakyat Bukit Gantang. Undi bukan Melayu telah menyelamatkan Nizar, calon DAP berbajukan PAS. Sejurus selepas itu, Nizar mengatakan kepada umum, ini adalah bukti rakyat Perak menyokongnya dan orang Melayu menolak BN. Itu kata Nizar.


Analisis mengatakan undi Melayu telah berpusing kepada calon yang kalah hampir 70% cuma Nizar telah diberi talian hayat oleh bukan Melayu. Nizar juara kepada bukan Melayu. PAS pusat gusar, orang Melayu beralih arah. Nizar masih belum nampak, beliau telah dihitamkan hati dengan sokongan dan riak yang melampau.


Hari ini keputusan memihak kepada Nizar, beliau dengan gembira ingin cepart pulang ke Ipoh, mengadap Tuanku Sultan dengan satu harapan, DUN perlu dibubarkan. Baru hari ini beliau mengenali makna “perkenan”. Setelah memohon derhaka, menghina Tuanku Sultan dengan tindak tanduk komunismenya, Nizar pulang ke Ipoh. Tuanku Sultan perlu disampaikan penghinaan ini setelah beliau melanggar perkenan Sultan 3 bulan dahulu.


Kini beliau ingin berjumpa memohon perkenan Sultan. Naif sungguh tingkah laku Nizar. Memang jelas titah Tuanku Sultan 3 bulan lalu memohon Nizar meletakkan jawatan telah ditongsampahkan. Nizar memberitahu kepada seluruh dunia titah Sultan tidak perlu diikuti. Bagaimana reaksi Tuanku Sultan.?


Nizar, kalau berani bubarkanlah DUN sendiri. Tak perlu perkenan Tuanku Sultan. seperti mana kebiadapannya menghina titah Tuanku Sultan 3 bulan dulu. Keputusan hari ini telah menjelaskan segala-galanya.


Klik : Keluhan anak Perak

5 comments:

YANG GAMBI said...

Kawan setuju benar tu, buat apa Nizar nak buat sembah kat Raja, kalau selama ini Nizar Derhaka dah tak peduli titah Sultan, tak dengar Fatwa Mufti Perak, lebih taat pada DAP. Bubar jelah DUN sendiri, tak payah mintak perkenankan Sultan lagi.......... piiiiiiiraaaaaaah Nizar Derhaka, pengkhianat Melayu !!!!!!!!!!

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
HE HE HE
BIARKAN KEANGKUHAN NIZAR INI.
DAH NAMPAK SANGAT SI NIZAR INI ADALAH KOMUNIS BINTANG TIGA

HA HA HA

BOGEL NIZAR TELANJANG ANWAR http://gomo-no1.blogspot.com/2009/05/nizar-berpesta-bogel-anwar-pula.html

Ashley Ahmed said...

Salam,

Ya allah si nala ni baru je aku komen kat GAP td klua komen yg sm kat sini plak. Nala ko mntk ank ko tulis ek pastu ko copy paste setiap blog?

Prof. Era Pasca said...

hahahaha
kemaskini 8.34pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

Jumayatara said...

Atuk

Jangan hina mahkamah!

Aku dah cakap. Dr M dah pesan.

UMNO jangan jadi BABI apa benda pun sondol...gelojoh....janji perut ada isi...

Bodoh punya UMNO..


No Oral Sex. Enjoy life.