Wednesday, May 27, 2009

Email : Kejijikan Dan Kesombongan PR


GM,


Terima Kasih kepada saudara GM kerana sudi memberikan saya ruang untuk berkongsi dan memberikan pendapat berhubung perkembangan senario politik negara yang kini dianggap semakin cacamarba’ dek kerana kerakusan pembangkang yang menggelarkan diri mereka dengan Pakatan Rakyat (PR) untuk merealisasikan impian mereka mendirikan Kerajaan. Senario ini berhubung kait dengan kemerosotan parti BN/Umno semasa Pilihanraya Ke-12 yang lalu. Tarikh 8 Mac 2008 merupakan tarikh keramat dalam konteks politik negara yang menyaksikan landskap politik tanahair berubah sama sekali


Datuk Seri Anwar Ibrahim bijak mencaturkan permainan kejinya bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-12 lalu. Antaranya beliau berjaya ‘memperkudakan’ PAS dan DAP untuk bersama-sama dalam merealisasikan hasrat menumbangkan Kerajaan BN, lantas gabungan parti-parti pembangkang membuahkan hasil. Gabungan ini berjaya memenangi beberapa kerusi Parlimen setelah penyokong ketiga-tiga parti ini memberi undi kepada calon dari PR (bukannya calon BN tewas). Datuk Seri Anwar telah melakukan “road tour” menjelang Pilihanraya Umum lalu ke seluruh Parlimen yang dianggap kubu kuat mereka. Jika dilihat, beliau jarang berceramah di Johor, Melaka, Pahang dan negeri Sembilan kerana beliau tahu negeri-negeri ini merupakan kubu kuat BN. Kerakusan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin ketara, lebih-lebih lagi perancangan beliau untuk mendirikan Kerajaan Pusat yang baru telah diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia. Tarikh 16 September 2008 ditetapkan sebagai tarikh Kerajaan BN akan tumbang dan berdirinya Kerajaan Malaysia yang baru. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang cukup untuk menumbangkan Kerajaan sedia ada. Setiap hari rakyat dan media tempatan dimomokkan dengan kenyataan konsisten Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mampu menubuhkan kerajaan baru pada tarikh berkenaan. Pihak media asing antaranya BBC dan Al-Jazeera juga diperdayakan oleh beliau.




Kehebatan Datuk Seri Anwar mengucar-kacirkan pentadbiran negara semakin menampakkan hasil, walaupun Kerajaan mengetahui usaha Datuk Seri Anwar ini hanyalah ‘mimpi di siang hari’. Setelah tarikh tersebut tiba, Datuk Seri Anwar masih lagi yakin bahawa impian palsunya itu tetap akan terlaksana. Namun, ALLAH SWT lebih mengetahui, 16 September 2008 berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang perkara menarik berlaku. Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri juga tidak diterjemahkan di Parlimen. Beliau menjelaskan bahawa PR prihatin terhadap situasi ekonomi Negara lantas memberikan alas an untuk menumpukan kepada usaha meningkat ekonomi negara yang sedang dilanda kegawatan ekoran kejatuhan ekonomi global (memutar belit isu). Bukankan ini satu PENIPUAN! Jelas menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang bijak (bijak memperdayakan rakyat) dalam mengatur strateginya dalam menggangu kelicinan pentadbiran Kerajaan BN. Akhirnya jerat beliau memakan diri, Kerajaan BN mengambil langkah berani dan secara senyap telah ‘menyerang hendap’ Kerajaan PR negeri Perak di kala musuh mereka sedang leka dibuai kemewahan dunia. Tiga (3) calon PR telah meletak jawatan kerana hilang kepercayaan kepada PR di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dari parti PAS. Pendirian mereka untuk menyebelahi Kerajaan BN sekaligus memberi peluang kepada Kerajaan BN untuk mentadbir semula negeri Perak atas perkenan Tuanku Sultan Perak. Tuanku Sultan dalam pertimbangan dan penelitiannya yang begitu bijak telah bersetuju memberi perkenan kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengetuai BN untuk memerintah kerajaan negeri Perak. Baginda tidak bersetuju untuk membubarkan DUN kerana jika diamati, pembubaran DUN bukanlah satu kewajipan memilih kerajaan negeri yang baru sebaliknya ia merupakan satu “option”. Lantas baginda memilih untuk tidak membubarkan DUN. Tidak perlulah saya huraikan dengan panjang lebar kerana di saat ini, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan. Tiga hakim Mahkamah tersebut bersetuju dengan tindakan Sultan Perak itu dengan mengambil kira bahawa Datuk Seri Mohd Nizar telah hilang majoriti dalam DUN. Nah, Datuk Seri Anwar terkesima (diperdaya) dengan karisma Datuk Seri Najib yang merencanakan perancangan teliti mengambil alih Negeri Perak dengan begitu bijak (Datuk Seri Anwar tidak seteliti Datuk Seri Najib).



Segala penjelasan di atas berpunca dari permainan politik kotor Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan konco-konco ‘hingusan’ beliau. Apatah lagi kerjasama PR yang berjaya menarik minat rakyat Malaysia ketika ini tidak mampu menggentarkan Kerajaan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib. Sekiranya diamati, Datuk Seri Anwar terkenal sebagai ‘Arkitek’ dalam memporak-perandakan sesebuah Kerajaan seperti yang dilakukan terhadap Kerajaan Sabah yang dahulunya ditadbir oleh parti PBS pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan. PBS dulu merupakan pembangkang namun kini merupakan salah satu komponen terpenting BN di SABAH. Datuk Seri Anwar melalui perancangan licik beliau dengan menggunakan segala tipu helah telah berjaya merampas negeri Sabah daripada PBS. Maka taktik serupa yang digunakan olehnya kali ini telah dapat 'dihidu' oleh kepimpinan tertinggi BN lantas impian Datuk Seri Anwar untuk menjadi PM dalam waktu terdekat melalui ‘pintu belakang’ musnah begitu sahaja. (Pintu belakang memang digemari Datuk Seri Anwar). Namun dilaporkan Datuk Seri Anwar masih lagi berusaha untuk merealisasikan hasrat tersebut. Beberapa pemimpin BN khususya dari parti UMNO terus di”approach” oleh beliau. Langkah terakhir bagi menyelamatkan dirinya dari menjalani perbicaraan (sekiranya berjaya menubuhkan Kerajaan baru) bersabit tuduhan liwat oleh bekas pembantu peribadinya bernama Saiful Buhari Azlan. (Perbicaraan bermula pada 1 Julai 09.. InsyaAllah)



Datuk Seri Anwar telah juga berjaya menyebarkan ideologi ‘liberalnya’ ke dalam PAS dan menyaksikan parti tersebut yang dahulunya ghairah memperjuangkan Islam dilihat semakin tidak bermaya. Dasar keterbukaan sepertimana yang dipelajari dari parti AK (Racip Tayyep Erdogan) kini menjadi agenda utama parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu sekalgus menyebabkan PAS berpecah dua iaitu golongan Ulama (Pro-Muqabalah) dan golongan Profesional (Erdogan@Anwarism). Pemilihan PAS menjelang Muktamar Agung PAS pada bulan Jun ini memperlihatkan perpecahan PAS semakin ketara apatah lagi kesediaan Husam Musa (Erdogan@Anwarism) dan Mat Sabu (berlaga angin dengan Datuk Seri Anwar) mencabar Nasaruddin Mat Isa (Pro-Muqabalah) bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS semakin hangat diperkatakan. Umum melihat pertembungan ketiga-tiga calon ini merupakan petunjuk kepada hala tuju perjuangan Datuk Seri Anwar itu sendiri bagi mengembang dan memperluaskan pengaruhnya dalam PAS. Sekiranya Nasaruddin Mat Isa selaku inkumben menang, maka Datuk Seri Anwar akan menjadi tidak relevan kepada ahli PAS dan parti berkenaan seharusnya memikirkan semula kedudukan mereka dalam PR. Jika Husam Musa menang, Datuk Seri Anwar akan mencipta satu lagi sejarah politik Negara kerana buat pertama kalinya beliau berjaya ‘meliberal dan menyekularkan’ PAS.



Bagi PKR pula, perjuangan mereka yang kononnya berlandaskan ‘keadilan’ disifatkan semakin melampau batas. Pendirian mereka dalam banyak aspek terutama dalam menentang Kerajaan BN amat jelas. Semua tindakan mereka dilakukan atas faktor ‘keadilan’, ‘kebebasan’ dan ‘demokrasi’. Wahai pembangkang, apakah kejayaan PR menawan 5 buah negeri pada PRU lalu dianggap tidak demokrasi?Apakah tindakan Kerajaan BN untuk tidak mengharamkan PR (yang belum berdaftar sebagai gabungan yang sah) dianggap tidak adil?Apakah langkah Kerajaan BN membiarkan IFC, Bar Council dan Hindraf (pertubuhan haram) dianggap tidak ada kebebasan? Umum mengetahui bahawa ramai pemimpin PKR seperti merupakan pendokong utama dalam Hindraf, Bar Council dan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang kini semakin agresif dalam perjuangan mereka. IFC, sebuah suruhanjaya yang semakin berani mempertikaian hak-hak dalam perlembagaan terutamanya yang berhubung Agama Islam namun dilihat tiada sesiapun terutamanya PAS menentang mereka ini. Hanya UMNO sahaja yang dilhat terkedepan dalam melakukan penentangan terhadap mereka ini. Berhubung Hindraf, pertubuhan haram ini masih lagi mendongak kepala mereka ke langit, bersikap angkuh sehingga berani mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Kerajaan. Apakah ini disifatkan sebagai demokrasi?? Hindraf (Hindu Right Action Force) telah diharamkan oleh Kerajaan kerana objektif dan perjuangan pertubuhan ini dianggap mampu membangkitkan sensitiviti perkauman malah tidak keterlaluan bolehlah dianggap mampu membangkitkan kemarahan kaum-kaum lain khususnya Melayu. Kerajaan BN tidak pernah mendiskriminasikan kaum India dan mereka mendapat layanan yan adil dari piha Kerajaan. Malah pelbagai usaha dilakukan oleh Kerajaan dalam menangani isu kemiskinan dan jenayah di kalangan kaum tersebut. Beberapa individu kaum India berjaya menjadi usahawan yang terkemuka seperti Datuk Ananda Krishan (Pengerusi Maxis dan Astro), Datuk Tony Fernandez (CEO AirAsia), Tan Sri Ramon Navaratnam (Presiden Transparency International Malaysia dan Pengarah Asli) dan sebagainya. Apakah kejayaan mereka lahir dari ketidakadilan Kerajaan?? Untuk pengetahuan, demokrasi bukanlah satu kebebasan yang ‘menggila’ dan hak mutlak rakyat, demokrasi dan kebebasan perlulah diaplikasikan dalam norma-norma yang dihadkan perlu dalam lingkungan yang realistik. Tiada sebarang kebebasan mutlak dalam hidup, malah dalam setiap agama pun menganjurkan segala perbuatan hendaklah dilakukan tidak berlebih-lebihan takut ianya menimbulkan rasa sangsi pada orang lain. Namun oleh kerana adanya ‘insane’ yang bernama Datuk Seri Anwar, segala-galanya nampak tidak mustahil dilakukan walaupun terpaksa mengenepikan hak-hak majoriti rakyat biasa yang hanya mahu menjalani hidup dengan aman dan damai.



Pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi ‘si licik Permatang Pauh” ini. Datuk Seri Anwar menghadapi tugas getir dalam menghadapi lawan yang dianggap ‘bertemu buku dengan ruas’ ini. Kehebatan Datuk Seri Najib turut diakui oleh Datuk Seri Anwar satu ketika dahulu ketika masih dalam parti UMNO. Beliau melihat Datuk Seri Najib sebagai seorang pemimpin yang prolifik dan “flambouyant” berbanding mana-mana pemimpin UMNO yang lain. Justeru, kegelisahan Datuk Seri Anwar semakin ketara apatah lagi ‘jerat’ yang digunakan di Dun Penanti tidak mengena setelah kerajaan BN mengesahkan untuk tidak bertanding. Tindakan ini ekoran pendirian BN untuk tidak ‘menari’ bersama Datuk Seri Anwar yang sudah ‘mabuk’ Pilihanraya kerana Dun Penanti telah dikosongkan secara bertentangan dengan prinsip demokrasi itu sendiri dan juga berlawanan dengan perlembagaan. Apakah relevannya FAIRUS untuk meletak jawatan dan menyatakan bahawa beliau ingin menyambungkan pelajarannya (mengkhinati kepercayaan pengundi di Penanti). Inikah demokrasi yang diperjuangkan oleh PR selama ini?? Maka Datuk Seri Anwar di kala ini sedang sibuk mencari helah di Penanti dengan memberi alasan bahawa BN ‘bacul’ untuk bertanding. Alasan yang hanya boleh diberi kepada beliau kerana melarikan diri ke Kedutaan Turki tatkala Saiful Azlan Buhari melaporkan kejijikan tabiat Datuk Seri Anwar yang telah meliwatnya beberapa kali sebelum ini. Datuk Seri Anwar memberi alasan bahawa beliau menerima ugutan bunuh (kenapa sekarang tidak takut, malah melakukan “road tour” dan melancong ke luar negara). Namun apa yang malang, rakyat Malaysia masih tidak sedar akan pembohongan Datuk Seri Anwar ini sepertimana yang berlaku kepada penduduk di Bukit Selambau yang ditipu oleh Datuk Seri Anwar kononnya beliau akan mengumumkan satu ‘rahsia besar’ kepada mereka. Akhirnya tiada sebarang pengumuman dibuat melainkan caci, maki dan fitnah telah dilemparkan kepada Kerajaan sekaligus menambahkan dosa penduduk Bukit Selambau kerana mendengar pembohongan Datuk Seri Anwar itu.



Ini hanya cebisan daripada kejijikan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar terhadap Kerajaan dan rakyat Malaysia khususnya. Masih banyak yang belum dirungkai, diperjelas dan didedahkan kepada umum. Hanya masa akan menentukan terutamanya apabila tibanya tarikh 1 JUL 2009 iaitu tarikh perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kes liwatnya terhadap Saiful Azlan Buhari. Segala-galanya akan tersingkap dan di saat itu Datuk Seri Anwar akan menggunakan senjata terakhirnya iaitu “demosntrasi jalanan”. Sama-samalah kita berdoa agar semuanya berada dalam keadaan yang aman dan tenteram. Sebelum mengakhiri tulisan saya ini. Saya akan tujukan beberapa soalan kepada penyokong-penyokong pembangkang (Soalan-soalan saya ini tidak disiarkan oleh blog kerajaanrakyat.com atas alasan ianya penuh ayat ‘lucah’..pembohongan lagi) untuk dibincangkan bersama secara ilmiah..Wallahualam


1) Sekiranya PR memerintah Malaysia, apakah prinsip yang akan diperjuang dan didokong?Adakah penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud ciptaan PAS?Kesamarataan sehingga menghapuskan hak Bumiputera?Atau Kebebasan acuan DAP?


2) Kenapakah PAS sekarang tidak begitu ghairah memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud?Dulu di setiap ceramah, para ulama PAS akan berapi-api melontarkan isu ini namun selepas menjadi PR, semuanya lenyap begitu sahaja.


3) Apakah 18 tuntutan Hindraf?kenapakah Hindraf begitu dominan dalan PKR?


4) Kenapakah PAS tidak menentang secara terang-terangan IFC dan Bar Council (hanya Ahli Parlimen PKR Kulim/Bandar Bahru yang menentang)?


5) Baru-baru ini Kerajaan PR negeri Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan Arak dan Ronni Liu, Ahli Parlimen DAP telah menyatakan bahawa penjualan Arak di Selangor tidak boleh dihentikan kerana penduduk di Selangor berbilang kaum..Apakah reaksi Datuk Nik Aziz iaitu Mursyidul Am PAS dalam isu ini?


6) Kerajaan PR tidak professional kerana menyatakan Mahkamah Rayuan berat sebelah setelah mengumumkan Datuk Seri Dr Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah. Beberapa hari sebelum itu, mereka melalui Datuk Seri Anwar menyatakan kredibiliti Badan Kehakiman telah pulih setelah keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahi mereka. Beliau turut mendakwa Kerajaan BN telah mengatur keputusan tersebut. Siapakah yang mula memfailkan saman?(Menunjukkan mereka yang mahu Mahkamah yang memutuskan kes MB Perak ini)


7) Senaraikan rakan-rakan Datuk Seri Anwar yang masih bersama-sama beliau dari era Reformasi hingga sekarang?


8) Sekiranya Datuk Seri Najib melayan karenah media-media asing yang menuduh beliau sebagai pembunuh, maka banyak masa akan terbuang. Apabila Datuk Seri Najib menyaman kesemuanya, berapa banyakkah mahkamah yang akan dihadiri oleh Datuk Seri Najib untuk perbicaraan kes tersebut?(Umum mengetahui bahawa kes di mahkamah memakan masa yang lama dan masa yang akan digunakan oleh Datuk Seri Najib sepatutnya digunakan dalam mentadbir urusan negara).


9) Berhubung isu PPSMI. PR memperdayakan rakyat kerana sekiranya mereka memperjuangkan Bahasa Melayu, mereka seharusnya mempunyai laman web dalam Bahasa Melayu juga. Begitu juga dengan pemimpin DAP dan PKR yang rata-rata menjadi “blogger”, mereka ini berblogging 100% dalam Bahasa Inggeris (sungguh putar belit). PR sepatutnya melakukan demonstrasi membantah tindakan Syarikat-syarikat Cina yang meletakkan kemampuan bertutur dalam bahasa Ibunda mereka sebagai syarat wajib bagi mendapatkan pekerjaan. (Ini seharusnya dibantah)


10) Kebiasannya, pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam akan ditentang oleh pihak kafir barat dengan keras. Sebagai contoh, Allahyarham Yasser Arafat (PLO), Allahyarham Syeikh Yassin (Hamas), Presiden Ahmadinejad (Iran), Allahyarham Saddam Hussien (Iraq), Osama Laden (AlQaeda) dan Presiden Muammar Ghadafi (Libya) (sekadar memetik beberapa nama). Namun ini tidak berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau disanjung tinggi terutama oleh rakan karibnya yang berketurunan Yahudi iaitu Paul Wolfowitz. Paul Wolfowitz merupakan ‘arkitek” kejatuhan Kerajaan Saddam Hussien semasa menjadi Setiausaha Pertahanan Amerika ‘Bangsat’ Syarikat’. Beliau juga semasa menjadi Presiden Kumpulan Bank Dunia telah melakukan kesalahan dalam menaikkan pangkat kenalan beliau secara tidak adil (skandal bersama seorang wanita kelahiran Libya bernama Shaha Ali Riza iaitu Pegawai Kanan Komunikasi Bank Dunia Di Timur Tengah). Inikah peribadi rakan Datuk Seri Anwar?Apakah rasionalnya memilih seorang Yahudi kejam yang mempunyai skandal?




Wallahualam...


1 comment:

x-pkr said...

bro,,,

AnWAR ni tak sedaq diri, melayu dia tipu, cina pun dia tipu, india laagi la dia tipu....

dia main drama hindustan...tu yg depa tu asyik meleleh ats bawah!