Friday, May 01, 2009

Dengarlah Suara Akar Umbi PAS Pulau Pinang


Pas Pusat menolak cadangan sayap Pemuda parti itu di Pulau Pinang yang mahu meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 13 Mei ini.


Sebaliknya, pucuk pimpinan Pas mengambil ketetapan menyokong Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Dr. Mansor Othman yang merupakan calon pilihan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Setiausaha Agung parti, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, keputusan pemilihan calon untuk bertanding dalam pilihan raya adalah kuasa pucuk pimpinan.


"Dalam hal pemilihan calon di Penanti, Pas Pusat telah mengadakan perbincangan dengan pucuk pimpinan PKR.


"Kami mengambil ketetapan bersetuju Penanti ditandingi oleh calon PKR dan Pas akan menyokong calon yang telah dipilih,'' katanya.


Sumber: Utusan


Ulasan GM: Sememangnya PAS tidak mampu untuk membuat ketetapan sendiri, semuanya telah diaturkan oleh orang luar. PAS hari ini telah di'remote control'kan oleh orang luar yang lebih berkuasa. Bagi GM, bukan gimik PAS Pulau Pinang untuk bertanding di Penanti tetapi kesungguhan PAS Pulau Pinang untuk mengambil semula kawasan itu dan membuktikan kepada penyokongnya PAS masih lagi punyai sokongan. Malang sekali, percaturan kepimpinan tertinggi yang gila kuasa dan lebih suka mengikut telunjuk orang lain dan mengenetepikan suara akar umbi.


Jika dahulu PAS labih banyak mengutuk UMNO dan UMNO sedang berubah disebabkan kutukan PAS itu tetapi sebenarnya PAS yang rugi dan seperti mahu menutup kelemahan sendiri. PAS sedang menuju kehancuran dan UMNO sedang melaksanakan transformasi seperti mana yang diperlukan PAS. Dengarlah suara akar umbi di Pulau Pinang yang mahukan PAS Pulau Pinang bertanding

No comments: