Showing posts with label Mengkuang. Show all posts
Showing posts with label Mengkuang. Show all posts

Thursday, May 28, 2009

Mengkuang: Hari Ahad Layan TV atau Pergi Rumah Kenduri Kahwin Jika Ada

Azmin Mat Dayus membuat cerita karut kononnya rakyat Mengkuang disuruh supaya tidak keluar untuk membuang undi. Azmin Mat Dayus menempelak UMNO kerana menghasut rakyat dengan mebuat omongan tahyul PKR sudah menang kerana BN tidak bertanding.

Sebenarnya Azmin Mat Dayus mengelabah kerana keberanian Kak Min untuk mendedahkan kehodohan PKR negeri yang mempermainkan demokrasi rakyat. Azmin Mat Dayus dan Anwar Ibrahim sudah bimbang rakyat Mengkuang akan swing undi kepada Bebas kerana pendedahan Kak Min akan menjejaskan peluang PKR menang di Penanti.

Ketika ini, arus perubahan Mengkuang kuat bertiup untuk menghalau PKR keluar daripada Penanti. Anwar sendiri mengakui PKR sengaja mengadakan pilihanraya disitu. Kononnya YB Fairus Al-Pemalas langsung tidak berkaliber. Rakyat Mengkuang seharusnya menilai tingkahlaku PKR yang pentingkan diri sendiri dan tidak memperjuangkan nasib rakyat Mengkuang.

Jika UMNO menghasut supaya rakyat Mengkuang tidak keluar mengundi Azmin Mat Dayus peduli apa kerana UMNO menyuruh supaya ahlinya memulaukan pilihanraya itu. Jika mereka keluar pun pasti undi tidak diberi kepada PKR. Pergi jahanamlah sama PKR. Itulah laungan rakyat Mengkuang yang sudah letih dengan kejijikan PKR berpolitik. Rakyat Mengkuang lebih seronok jika pada hari ahad ini menonton TV cerita hiburan sensasi di TV3 atau drama hindustan. Itu lebih seronok dan menyeronokan.

Saturday, May 23, 2009

Ayuh Mengkuang Kita Tolak PKR..!

Pesta di Mengkuang baru sahaja bermula. Pesta ini tidak seperti pesta-pesta sebelum ini yang lebih kepada penyatupaduan dosa-dosa fitnah oleh puak-puak yang dahagakan keseronokan berfitnah. Kami dah bosan dengan pesta fitnah bawaan Pakatan Sialan


Ayuh rakyat marhaen Mengkuang kita tolak PKR. Kita pilih calon yang boleh memberi keuntungan kepada kita. Kita tolak calon yang memudaratkan keharmonian negara. Tolak PKR sama juga kita menolak kepada petualang Anwar Ibrahim. Nama yang sangat kita benci kerana telah menyebabkan kita susah bukan memberi kita kesenangan tetapi manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini telah menyusahkan kita dengan memaksa kita membuang undi demi keuntungan perut nasi kroninya.


Rakyat marhean Mengkuang, jangan kita tertipu lagi dengan lagak poyo tawaduk Anwar Ibrahim, jangan kita terpedaya dengan lenggok bunyi retorik ceramahnya yang langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada kita.


Kali ini Mengkuang akan halau manusia ini terus ke laut atau humban ke Pulau Aman. Biar di pulau rakyat baru aman bumi Malaysia ini.


Kita lihat contoh YB bangang kita sebelum ini, Fairus Al- Pemalas langsung haram nak jejak kaki balik melawat kita di Mengkuang. Sahabat-sahabat kita dahulu dilanda kesusahan kita minta bantuan tapi macam anjing depa kat KOMTAR tuh halau kita. Kita juga yang menyesal memilih YB Pemalas ini.


Rakyat marhaen Mengkuang ini peluang kita untuk mengajar kedurjanaan mereka. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita balas balik perbuatan mereka. Kita halau mereka macam anjing seperti mana kita pernah rasa di KOMTAR dulu. PKR dan Anwar Ibrahim sama-sama kita halau mereka.


Usah kita terpedaya dengan sembang AUTA Anwar Ibrahim. Manusia ini tidak pernah serik dengan perbuatan terkutuknya. PKR perlu kita nyahkan daripada bumi Mengkuang. Biar sesiapa yang jadi YB yang pasti manusia bernama Anwar Ibrahim perlu kita buang terus kelaut atau kita humban ke Pulau Aman bersama-sama parti sex bebasnya yang bernama PKR.


Ayuh Mengkuang kita tolak PKR..!

Friday, May 01, 2009

Penanti: PAS Lebih 'OTAI' Daripada PKR


Sudah nasib PAS, mereka sentiasa di tipu hidup-hidup rakan pakatan. Hendak menyelesaikan perkara yang semudah itu pun mereka tak mampu. Hendak bertanding kerana desakan akar umbi pun mereka tidak boleh nak handle sendiri. Segalanya di tangan PKR. Apa punya jenis parti politik PAS. Mereka tiada perlembagaankah.?


Sedarkah PKR bahawa kemenangan mereka di Permatang Pauh adalah kerana sokongan ahli PAS yang taksub dan buta hati..! Mereka menonong memangkah kononnya untuk mengajar BN akan ‘kezaliman’ yang dicetuskan BN tetapi ternyata mereka silap. Yang lebih zalim adalah PKR, rakan sebantal PAS sendiri.


Dungunya PAS adalah lebih teruk daripada MIC yang diberi peluang juga mengisi kabinet baru Najib walaupun Samy Vellu dibenci kerana sikap kuku besinya. Prestasi MIC merudum teruk namun Najib tetap mengambil untuk dibariskan dalam kabinetnya.


Apa yang PAS ada.? Hanya air liur dan momokon ‘takebeer’ dalam ceramah-ceramah mereka. Kebolehan dan kredibiliti hanya layak diletakkan sebakul dengan tin kosong di kedai lusuh di Pekan Ampang. Begitulah ibaratnya.


PAS lebih dahulu menjadi parti yang berwibawa bukannya PKR yang baru 11 tahun membentuk atmosfera politik Negara ini. Pendek kata PAS lebih ‘OTAI’ daripada PKR. Ternyata PAS tidak mampu berdiri atas kaki sendiri selepas perginya arwah Ustaz Fadhli Noor


Sudah diletakkan janji, jika PKR menang kerusi Penanti maka jawatan Exco yang ditinggalkan YB Mengkuang akan terisi. PAS melopong lagi..! Layakkah Exco agama diberikan kepada PKR sedangkan kerendahan imej moraliti PKR ibarat najis terpalit dikendong bersama-sama dengan PAS.


PAS juga yang merintih simpati. Mengapa mesti susah benar untuk menyatakan pendirian untuk meletakkan calon di Penanti. Mengapa masih boleh senyum mengiyakan hasrat PKR membolot segala kekuatan yang PAS miliki.Sikap tolenrasi dan diplomasi itu tidak salah tetapi biarlah berpatutan. PAS harus sedar semua itu.


Dengarlah Suara Akar Umbi PAS Pulau Pinang


Pas Pusat menolak cadangan sayap Pemuda parti itu di Pulau Pinang yang mahu meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 13 Mei ini.


Sebaliknya, pucuk pimpinan Pas mengambil ketetapan menyokong Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Dr. Mansor Othman yang merupakan calon pilihan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Setiausaha Agung parti, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, keputusan pemilihan calon untuk bertanding dalam pilihan raya adalah kuasa pucuk pimpinan.


"Dalam hal pemilihan calon di Penanti, Pas Pusat telah mengadakan perbincangan dengan pucuk pimpinan PKR.


"Kami mengambil ketetapan bersetuju Penanti ditandingi oleh calon PKR dan Pas akan menyokong calon yang telah dipilih,'' katanya.


Sumber: Utusan


Ulasan GM: Sememangnya PAS tidak mampu untuk membuat ketetapan sendiri, semuanya telah diaturkan oleh orang luar. PAS hari ini telah di'remote control'kan oleh orang luar yang lebih berkuasa. Bagi GM, bukan gimik PAS Pulau Pinang untuk bertanding di Penanti tetapi kesungguhan PAS Pulau Pinang untuk mengambil semula kawasan itu dan membuktikan kepada penyokongnya PAS masih lagi punyai sokongan. Malang sekali, percaturan kepimpinan tertinggi yang gila kuasa dan lebih suka mengikut telunjuk orang lain dan mengenetepikan suara akar umbi.


Jika dahulu PAS labih banyak mengutuk UMNO dan UMNO sedang berubah disebabkan kutukan PAS itu tetapi sebenarnya PAS yang rugi dan seperti mahu menutup kelemahan sendiri. PAS sedang menuju kehancuran dan UMNO sedang melaksanakan transformasi seperti mana yang diperlukan PAS. Dengarlah suara akar umbi di Pulau Pinang yang mahukan PAS Pulau Pinang bertanding