Showing posts with label Fuxkatan Riot. Show all posts
Showing posts with label Fuxkatan Riot. Show all posts

Wednesday, May 05, 2010

Umum: Karpal Menghina Polis Sama Seperti Menghina Orang Melayu

Dapat kita melihat betapa sombongnya beberapa laman media propembangkang memberi highlight isu Aminulrashid Amzah bagaikan satu fiesta untuk menghentam kerajaan tanpa belas kasihan.

Laman Malaysiakini tidak akan terlepas meletakkan gambar Lim Kit Siang yang tertonggek berulangkali pada artikel berkaitan yang memperlihatkannya melawat tempat kejadian seolah-olah menunjukkan kepada umum betapa prihatinnya supremo DAP ini pada rakyat tanpa mengira kaum.

Lagaknya sama seperti di perhimpunan-perhimpunan haram yang lain. Mengarahkan ahli DAP supaya melepak dirumah dan hanya beliau atau anaknya yang akan kedepan disetiap perhimpunan yang dianjurkan PAS. Hasilnya, ahli PAS yang buta akan mengangkat mereka sebagai wira.

Karpal Singh berasa begitu bangga apabila keluarga arwah Aminul melantiknya menjadi peguam bagi keluarga untuk membelasah kerajaan terutamanya polis kononnya inilah peluang terbaik merosakkan imej polis menjelang sambungan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim.

Jangan kita berasa sedih melihat Karpal yang pernah lantang dan berlagak mahu menyaman Sultan Perak ibarat begitu rendah maruah orang melayu yang hanya mampu membuat laporan Polis tanpa apa-apa tindakan susulan.

Kenapa kita masih lagi berlembut hati.? Apa alasan terbaik yang boleh diberi keluarga Aminul apabila melantik manusia yang pernah menyinggung persaan orang melayu..! Kini Karpal menuntut pula hukuman dibawah Seks 302 Kanun Keseksaan pada anggota polis yang komited menjalankan tugas.

Bagi Karpal peluang menjadi peguam mangsa sama seperti peluangnya memalukan orang melayu di lapangan perundangan. Memperlekehkan tugas polis dan kerajaan baginya sama menghina orang melayu yang dianggap lemah dan tidak tahu menggunakan kuasa yang ada. Bukankah profesyen polis itu kebanggaan orang melayu mempertahankan kuasa yang ada.

Hari ini DAP tidak perlu gusar dengan orang melayu. Bagi mereka sejarah 13 mei 1969 yang mahu 'menyapu' orang melayu sudah dilupakan. Bagi mereka, orang melayu hari ini begitu mudah diraih sensitiviti. Begitu mudah dilambung-lambung untuk disepak kanan dan kiri.

Tahniah kepada Anwar Ibrahim. Dendamnya untuk menjahanamkan keharmonian negara ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan pemerintah yahudi.

Tuesday, May 04, 2010

Umum: Kalau Polis Jahanam, Anwar Ibrahim Juga Yang Akan Untung


Klik untuk besarkan gambar. Lagi keterangan di blog Melayu Bersatu

Pembangkang sudah ketandusan isu. Nak harapkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia 'take advantages' semarak kikiskan keyakinan rakyat pada pembangkang langsung tidak kedengaran. Ketua Pemuda yang ada sekarang sudah hilang motivasi dan lebih banyak menyendiri.

Mungkin cemburu dengan pelantikan Ezam sebagai Senator yangboleh menjejaskan peluangnya menjadi Menteri. Tinggalkan ketua Pemuda yang langsung tidak 'berfungsi' itu.

Difahamkan pembangkang bertungkus lumur mempolitikkan tragedi malang Aminulrasyid ketahap yang paling maksima. Pembangkang mahu menggunakan semaksimun mungkin kredit yang boleh diraih dari isu tersebut. Pembangkang berkeras mahu mengumpulkan rakyat untuk berdemo.

Reaksi sembrono depa semua jenis tiada otak bile bekerja dan membabi buta. Spesis yang sama dengan Mahfuz 'serenti' Omaq. Paling lantang gian nak berdemo adalah Tian Chua. Dia dah lupa dosa yang ditabur di Johor hingga membunuh nyawa orang yang disayangi keluarga.
Tian Chua kini sedang berusaha untuk mengumpulkan orang untuk menganjurkan demonstrasibagi membantah tindakan pihak polis yang didakwa sengaja melepaskan tembakan membabi buta terhadap adik Aminulrasyid.

Tindakan Tian Chua sebenarnya bertujuan untuk memburuk-burukkan imej polis sahaja dan bukannya membela kelaurga adik Aminulrasyid. Dah memang stail pembangkang yang akan mengeksploitasi semua isu asal menguntungkan mereka.

Kenapa Tian Chua sibuk sibuk nak mengadakan demonstrasi sedangkan Ketua Polis Negara dan bagi jaminan untuk menjalankan siasatan secara telus.
Boleh terus membaca disini dan sini.

Kita jangkakan Tian Chua berdendam dengan polis termasuk polis yang digigtnya dulu kerana menyusahkan hidupnya. Dia berdendam mahu menjahanamkan imej polis selagi ada isu yang boleh dieksploitasi.

Tian Chua sudah lupa dengan beberapa 'kebocoran' dalam kes langgar lari dia hingga membunuh seorang askar Melayu harapan keluarga. Banyak sekali percanggahan yang jelas akan mengheret dia di muka pengadilan. Oleh itu, ini adalah peluang Tian Chua untuk mencuci dosa dan merosakkan imej polis yang akan mendakwanya.

Langkah pembangkang ini seolah-olah mahu mengalihkan beberapa isu besar yang sedang rancak melanda depa. Sebutan kes liwat Anwar yang bakal menyusul, pendedahan RM 4 juta kerja-kerja fitnah PAS dan kekalahan di Hulu Selangor.

Pembangkang sangat konsisten dalam menjahanamkan imej polis seperti sudah tidak ada pahala yang ditabur untuk dikenangkan jasa Polis. Bermakna imej polis akan rosak dan kredibiliti diragui dan Anwar Ibrahim juga yang akan selamat dan untung didunia.


Siapa yang mahu membela polis Trafik yang dilanggar lari oleh rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab. Dilanggar ketika bertugas adalah pengorbanan yang sangat berani dan tidak mampu ditandingi oleh Tian Chua, Mahfuz atau Anwar Ibrahim. Yang ini baru betol tubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat kesanggupan anggota ini bergadai nyawa menjalankan tugas.

Betul tak..!

Monday, March 08, 2010

Putaq: Baru 2 tahun Dah Besar Kepala

Baru masuk 2 tahun, Pakatan dan tunjuk sikap dan perangai depa yang true color.
Pakatan Tiada Permit
Polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menghentikan seketika majlis makan malam sempena ulang tahun kedua Pakatan Rakyat (PR) di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru di Kuala Lumpur malam semalam kerana penganjur tidak mempunyai permit mengadakan ceramah di luar dewan itu.
Depa buat ceramah takdak permit, aksi macam peniaga VCD haram tepi longkang. Bebas, besar kepala, ketuanan rakyat, rampas Putrajaya jalan belakang, tolak saksi dari bangunan, drive mabuk langgar budak sekolah.
Ada yang spin kata 1,000 orang yang mai malam tadi. Malaysiakini lagi penipu keluarkan gambar masa Black 14. Yang mai tak sampai 700, padang penuh suku belah depan tang belakang siap boleh main bola lagi. Nasib baik disediakan makan dan cendol free kalau tak memang tak laku.
Tolong tambah story ini lagi...

Monday, October 19, 2009

Nizar News Update: Bocor..! Post Mortem Bagan Pinang


Hasil post mortem tu agak menarik untuk dibincangkan. Cuba kita kaji:-

Pertama, Pakatan Haram mengakui yang kekalahan teruk PAS berpunca daripada jentera pilihanraya yang lemah. Alasan tak masuk akal! Satu Malaya dah dicanangkan yang Pakatan Haram berjaya memenangi 7 PRK selepas PRU 2008 kerana jenteranya yang mantap! Untuk Bagan Pinang ni, Al Juburi mengadap Al Gore untuk dapatkan dana kempen PRK.

Mana pergi dana tu? Risik-risik semasa kempen Bagan Pinang, Cikgu Bard mengeluh sebab PAS tak 'pump' dana kepada jentera PKR untuk bantu kempen PAS. Mana RM 30,000.00 yang musuh politik Tan Sri Isa Samad beri sebelum Penamaan Calon? Takkan masuk kocek sendiri kot.PAS Negeri Sembilan dituduh PKR gagal sediakan bahan-bahan kempen sehinggalah 2 hari sebelum mengundi.

Sedarlah, apa pun alasan jentera lembab berpunca daripada strategi kempen Pakatan Haram yang lapok. Ceramah, ceramah, ceramah, maki orang, dakwa diri sendiri bagus memerintah dan macam-macam lagilah yang tak lalu nak disebut. Tukang Screw memang nampak kelemahan tu. Memang tiada koordinasi sebab Pengarah Pilihanraya, Salahudin Ayub hilangkan diri sebab dicari polis.

Puncanya Salahudin Ayub dah sebarkan berita-berita fitnah yang menggalakkan konflik sesama Melayu dengan mengada-adakan cerita seorang petugas PAS ditetak dengan parang dikepala! Harap-harap selepas ini polis dan SB boleh cari balik Salahudin Ayub dan sumbatkan ke Kemunting!

Kedua, Pakatan Haram dakwa UMNO guna pendekatan politik ganas untuk menakutkan jentera dan petugas PAS yang tak dapat menembusi beberapa kawasan di Bagan Pinang. Sedarkah PAS yang Bagan Pinang bukan pentas tarian parti syurga? Terlupakah PAS yang amalan yang sama juga digunakan masa di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Permatang Pasir?

Lupakah PAS yang mereka ni pun ganas sampai belasah 'budak-budak UMNO' di Bagan Pinang? Tukang Screw ada terdengar satu ungkapan atau gelaran yang diberikan oleh penduduk Bagan Pinang kepada orang-orang PAS totok sepanjang kempen tempoh hari; "Mak oi, pakai kopiah tapi hati busuk", "Harap serban aje bosa, kepalo otak kocik"!

Fikir-fikirkanlah maksud tersirat daripada ungkapan itu.

Ketiga, Pakatan Haram menuduh BN guna pendekatan provokasi dan sentimen perkauman terhadap pengundi Cina dan atas pagar hingga menyebabkan mereka takut untuk mengundi pembangkang. Kelakar jugak bunyinya. DAP terlupa ke yang selama ni bahan-bahan kempen mereka lebih kuat bau perkaumannya untuk tarik sokongan pengundi Cina?

Malas Tukang Screw nak komen takut dituduh 'racist'. Ini bukti yang menunjukkan DAP gagal membantu calon PAS semasa kempen sebab kurang turun jumpa pengundi Cina! Itupun PAS tak sedar yang DAP memang tak ikhlas nak bantu mereka.

Keempat, Pakatan Haram mendapati isu-isu yang mereka mainkan tak relevan dan tidak sesuai dengan budaya pengundi di Bagan Pinang. Untuk makluman Pakatan Haram, rakyat Malaya di sebelah selatan tak makan dengan kelentong putar alam korang yang begitu jijik dan menjelekkan! Isu arak dan Kg.Buah Pala pun tak selesai, inikan pulak nak cerita keburukan orang lain! Al Juburi sendiri tak selesai kes liwat di mahkamah, hahahaha.

Terkejut gak Tukang Screw sebab terjumpa iklan KY Jelly di Bagan Pinang. Sempat jugak Al Juburi promosi barang baik tu. Jadi itulah ceritanya, rumah roboh pahat berbunyi! Dahlah kalah teruk, ada hati nak buat post mortem nak menyalahkan BN!

Salahkanlah diri sendiri yang sebenarnya tak ikhlas dalam perjuangan. Cerminlah diri dan hiasi peribadi! ZZZZZZZZZZZZTTTTTTTTTTTTTTT....screw dah masuk!

Sumber : Screwkuat
Tokey - Nak lebih tau tanya Cikgu Bard dan Salahuddin Ayub.

Sunday, August 02, 2009

ISA: Melayu PR Menang Sorak.





Nilaikan,

GM petik sedikit daripada rakan blogger:-

Siapa yang cerdik,siapa yang pandai.kerja demo,berperang dengan polis,asap pemedih mata dan air asid menjadi habuan kepada mereka yang "cerdik pandai dan berakal ini"


Apakan daya,bangsa cina dan india jauh lebih bodoh,kerana tidak sama sama menyertai perhimpunan anti ISA.Yang "pandai dan berakal tak banyak sikit "adalah melayu PR.


Melayu PR berjaya mendapat darjat terpuji menjadi beruk & lembu yang boleh di gunakan untuk apa saja permasaalahan yang di idamkan oleh mereka bukan melayu.Cakap saja apa yang mahu,bakal ditunaikan oleh mereka mereka berbangsa melayu PR. Blog Pisau



GM: Cuba lihat gambar diatas. Tak nampak langsung wakil dari DAPSY..? Macam biasa nak tunjuk kat melayu PR, Uncle Lim mesti datang frontline kononnya wakil daripada DAP dan melayu PAS pun sorak bangga..takebeer..!





Saturday, August 01, 2009

Regim Khalid Gagap


GM rasa terpanggil untuk berbicara berkaitan regim Khalid sejak memerintah bumi Selangor. Regim yang tidak pernah mendapat kuasa dan rasa teruja dengan kuasa yang ada. Khalid bukan seorang ahli politik, dia business minded, cakap melayunya otak niaga tapi tak tahu guna.


Rakan blogger GAP semalam mendedahkan kemungkaran regim Khalid yang menggunakan kuasa Exco PBT untuk melindungi kepentingan peribadi dalam urus niaga arak..


Ronnie, samseng taik kucing mengarahkan supaya rampasan yang dibuat oleh penguatkuasa Shah Alam dipulangkan kepada individu berkepentingan. Itu adalah antara contoh kemungkaran yang terjadi dalam regim Khalid yang ditujukan khas kepada rakyat yang menyokong pakatan gangster untuk lari daripada ‘kezaliman’ BN.


Sebenarnya banyak kejahatan yang dibuat oleh regim khalid yang tutup mata membiarkan exco-exconya bermaharajalela. Selain itu, Ronnie juga pernah minta tukar pegawai melayu untuk diletak pegawai cina. Alasannya pegawai melayu suka ambil rasuah dan seleweng. Mana PBT yang Ronnie tak masuk daripada PJ sampai la ke Klang semua dia terjah. Yang akan menyokong kegilaan Ronnie itu adalah Khalid. Memang rasist si Ronnie.



Pasal apa dia buat cam tuh..? sebab senang dia nak buat kerja. Rumah ayam, urut, along, kelab hingga kelab gay pasti ada komisen. Senang hidup. Cakap lantang depan ceramah kutuk kerajaan sana sini yang bersih tetap DAP. Peracangan halus puak ini adalah hanya mahu meramaikan orang cina di bandar dan jika ada pegawai cina yang ramai maka jadilah cam Singapore.


Itu baru sikit permainan bangsat budak jahat pakatan. Takpa GM akan dedah one by one. Jika itu kes di PBT ada banyak lagi yang sudah dilakukan regim Khalid semenjak dapat kuasa di Selangor.


Kita singkap kembali tahun 2006 dan 2007 ketika kerajaan BN mentadbir bumi bertuah Selangor. Ini kita cerita bab Agama sebab PAS cukup maksum dalam hal agama. Ketika itu, peruntukan untuk tujuan membina rumah ibadat bukan Islam adalah sebanyak RM2 juta setiap tahun. Tetapi tahun 2008 atas kegilaan inginkan kuasa regim Khalid telah memancing kumpulan bukan Islam dengan janji peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta. Tak kisahlah jika itu strategi budak jahat pakatan untuk memenangi PRU ke-13 nanti.


Yang menjadi persoalan kepada kebodohan regim Khalid adalah tahun ini telah menjelaskan betapa teruknya Khalid tanpa runding secara terperinci dengan Exco kerajaan negeri terutamanya PAS telah meluluskan peruntukan khas tahunan sebanyak RM8 juta dalam Bajet 2009. Tujuannya adalah untuk menjaga golongan bukan Islam dengan meminggirkan umat Islam yang menjadi penduduk majoriti di Selangor. Yang jadi persoalan mengapa Bajet untuk masjid dan surau Khalid tak umumkan..?


Apakah kesan daripada kebodohan dan kegilaan regim Khalid ini.? Kesannya akan menyebabkan kuil hindu dan tokong cina tumbuh bersepah diseluruh pelusuk ceruk Selangor. Ini adalah contoh bagaimana budak jahat pakatan membuat urus tadbir untuk menyingkirkan orang Melayu secara halus. Khalid gagap boleh dianggap boneka cina DAP dan PKR saja kerana sanggup gadai masa depan orang melayu dan Islam.


Kepada yang pernah dan masih lagi menjadi penyokong tegar pakatan gangster, renungkanlah kecelaruan yang ditimbulkan oleh regim Khalid kerana mempermainkaan undi yang telah diberi setahun yang lalu.


Tahniah PAS kerana masih lagi menjadi pak turut dalam semua hal. PAS cuma hebat berdemonstrasi tetapi bingai dalam hal politik mentadbir.


Wednesday, July 29, 2009

Pakatan Cuba Mengusul Supaya IGP Dipecat Dan Keadilan Untuk Saiful.

Pakatan Rakyat today reiterated their call to the government not to renew Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan’s contract but said they did not want their demand to be turned into a racial issue.

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who chaired a parliamentary round-table entitled “New Inspector-General of Police for a Safe Malaysia” this morning said the demand should not be seen as questioning Malay leadership.



“This is not about challenging the Malay leadership, this is about justice and human rights ... defending a Malay leader with questionable records is an insult to the Malays,” he said.



Of late, the federal opposition has been accused by Umno-owned Malays newspapers of undermining Malay institutions when they criticised the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for questioning DAP’s Teoh Beng Hock who was later found dead outside the Selangor MACC headquarters. MALAYSIA INSIDER



Ulasan GM: Alasan yang utama disuarakan semasa persidangan meja bulat itu adalah kerana peningkatan jenayah indeks yang kononnya paling tinggi pernah dilaporkan. GM melihat usaha terbaru Anwar bersama sekutunya ini adalah langkah atau strategi Anwar bagi menimbulkan krisis keyakinan terhadap kredibiliti Polis dalam menghadapi kes main bontotnya.

Kita semua sedia maklum, Anwar sedang dah berjaya melengah-lengahkan perbicaraan kes liwat dengan membuat pelbagai-bagai helah antaranya, meminta bahan bukti, memfailkan pertuduhan keatas IGP dan AG kononnya memalsukan keterangan dalam afidavit pembuktian dan cuba mengenetepikan pertuduhan liwat yang disifatnya 'tidak berasas'.

Apa yang tidak berasas bagi Anwar. Adakah kerana tuduhan itu dipalitkan ke mukanya maka dianggap tidak berasas. Bersih sangatkah Anwar dan pemimpin pakatan yang lain.?

Persidangan ini yang ditaja oleh DAP atas usaha Lim Kit Siang tidak lebih mahu menutup kelemahan diri sendiri dalam mengurus tadbir. Dalam banyak situasi yang berlaku mengapa mesti Polis dipersalahkan kerana dianggap gagal menjamin ketenteramaan awam. Apa peranan pakatan jahat dalam membantu Polis mengurangkan kadar jenayah. Mereka lebih gemar menuding jari menyalahkan orang lain. Apa yang mereka mahu adalah jika isu itu memberi token kredit pengaruh dalam politik.

Adakah kerana tindakan Polis melepaskan gas pemedih mata semasa demo mansuhkan PPSMI Polis dianggap bersalah walaupun mereka bertindak wajar mengikut lunas undang-undang. Cuba kita bayangkan jika pada masa itu, Polis membiarkan kegilaan pakatan menyerbu Istana Negara kononnya mahu menyerahkan memorandum tidakkah boleh kita anggap ia menggangu ketenteramaan awam malah lebih dasyat mereka cuba menimbulkan kegusaran terhadap YDP Agong..!Siapa yang lebih gila membuat ketenteramaan ini tercabar.? Polis atau mereka.

Kehadiran pemimpin pakatan jahat dan NGO yang senada dengan pakatan adalah untuk menunjukkan kononnya mereka sehati dalam membantah dan tidak mahu kelibat IGP di dalam Polis. Anwar mahukan ini. Dia khuatir kerana kes liwat kali ini ADALAH paling malang dalam hidupnya.

Kesimpulannya, persidangan meja bulat yang menyaksikan kehadiran NGO seperti SUHAKAM, SUARAM dan Concern Youth Movement adalah salah satu strategi Anwar untuk mengumpulkan crowd paling hadapan bagi membela dan mempertahankan 'kredibiliti' Anwar sebagai 'PM In Waiting' walaupun dalam majlis itu pasti mereka melaungkan keadilan, hak asasi dan kebebasan rakyat.

Masih tertanya-tanya mengapa chi-bai2 diatas ini yang bangga melaungkan keadilan dan hak asasi untuk rakyat tetapi tidak ada yang berani menangkat muka membela 'KEADILAN' untuk Saiful yang hingga kehari ini tidak ketemu keadilan untuk dirinya. Saiful juga rakyat yang memerlukan pembelaan

Dimana SUHAKAM, SUARAM, Concern Youth Movement dan Bar Council yang bangga memelihara keadilan mengikut mold sendiri tetapi tiada yang berani dalam hal Saiful. Saiful juga belia yang perlukan keadilan.

GM tertanya-tanya juga kerana adakah wujud perpecahan PAS dalam pakatan jahat. Tiada Hadi Awang dan Ustaz Nasha cuma menghantar 2 Naib Presidennya selain bendahari kerana terang-terang yang ada adalah mereka yang 'tidak percaya' Anwar meliwat.


Saturday, May 23, 2009

Ayuh Mengkuang Kita Tolak PKR..!

Pesta di Mengkuang baru sahaja bermula. Pesta ini tidak seperti pesta-pesta sebelum ini yang lebih kepada penyatupaduan dosa-dosa fitnah oleh puak-puak yang dahagakan keseronokan berfitnah. Kami dah bosan dengan pesta fitnah bawaan Pakatan Sialan


Ayuh rakyat marhaen Mengkuang kita tolak PKR. Kita pilih calon yang boleh memberi keuntungan kepada kita. Kita tolak calon yang memudaratkan keharmonian negara. Tolak PKR sama juga kita menolak kepada petualang Anwar Ibrahim. Nama yang sangat kita benci kerana telah menyebabkan kita susah bukan memberi kita kesenangan tetapi manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini telah menyusahkan kita dengan memaksa kita membuang undi demi keuntungan perut nasi kroninya.


Rakyat marhean Mengkuang, jangan kita tertipu lagi dengan lagak poyo tawaduk Anwar Ibrahim, jangan kita terpedaya dengan lenggok bunyi retorik ceramahnya yang langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada kita.


Kali ini Mengkuang akan halau manusia ini terus ke laut atau humban ke Pulau Aman. Biar di pulau rakyat baru aman bumi Malaysia ini.


Kita lihat contoh YB bangang kita sebelum ini, Fairus Al- Pemalas langsung haram nak jejak kaki balik melawat kita di Mengkuang. Sahabat-sahabat kita dahulu dilanda kesusahan kita minta bantuan tapi macam anjing depa kat KOMTAR tuh halau kita. Kita juga yang menyesal memilih YB Pemalas ini.


Rakyat marhaen Mengkuang ini peluang kita untuk mengajar kedurjanaan mereka. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita balas balik perbuatan mereka. Kita halau mereka macam anjing seperti mana kita pernah rasa di KOMTAR dulu. PKR dan Anwar Ibrahim sama-sama kita halau mereka.


Usah kita terpedaya dengan sembang AUTA Anwar Ibrahim. Manusia ini tidak pernah serik dengan perbuatan terkutuknya. PKR perlu kita nyahkan daripada bumi Mengkuang. Biar sesiapa yang jadi YB yang pasti manusia bernama Anwar Ibrahim perlu kita buang terus kelaut atau kita humban ke Pulau Aman bersama-sama parti sex bebasnya yang bernama PKR.


Ayuh Mengkuang kita tolak PKR..!

Thursday, May 07, 2009

Bodohnya Nizar Camry


Hua..hua..hua..

Bodohnya Nizar Camry nie..simply matematik pun tak boleh nak kira...31 lebih banyak daripada 28..itu pun tak dapat nak jawab..

Hua..hua..hua..

Bodohnya Nizar Camy nie..beliau perasan dipecat oleh Sultan padahal Sultan tak pernah pecat beliau pun..Sultan suruh beliau letak jawatan..Mengelabah sangat menjerit satu malaya..

Hua..hua..hua..

Sivakurap nie lagi bongok..suruh 10 ADUN BN yang digantungnya keluar baru nak mula sidang DUN..padahal beliau dah tahu mahkamah dah putuskan pengantungan itu tak sah.. Terang-terang hina mahkamah..Lagi bongoknya Sivakurap nie..

Hua..hua..hua..

Yang lagi tak tahan tengok..masa Speaker BN kemuka bermacam usul, Sivakurap macam orang gila atas pentas menjerit sapa pun tak peduli..meroyan ler tuh..

Hua..hua..hua..

Lagi best Sivakurap rasa beliau lebih hebat berkuasa jadi speaker padahal setiap tutur kata dalam DUN di kontrol oleh ADUN Diktator DAP terseNGEH dan terNGA-NGA..udah ler tuh Sivakurap memang tak tahu buat kerja macam mana boleh jadi ADUN hairan sungguh GM.

Hua..hua..hua..

Mana pergi melayu PAS yang suka berbaring atas jalan..GM tak nampak pun kat situ.? Mungkin dah insaf kot..! kalu ada lagi bagus boleh sumbat dalam kandang bior jadi manusia...

GM tabik kat Datuk Hamidah Osman, boleh dikatakan beliau wanita yang paling steady dalam DUN langsung tak goyang berhadapan dengan ADUN keparat yang diketuai oleh Ngeh dan Nga. Cayalah YB...

Untuk Fuxkatan Riot..get lost or pergi mampos..!

Tuesday, May 05, 2009

Perak : Berita Terkini


Ini adalah SMS yang GM terima daripada sahabat di Taiping:


Pada 01 Mei, bertempat, Nga Kor Ming telah mengadakan perhimpunan bersama Jawatankuasa Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) seluruh negeri Perak di Dewan Orang Ramai Majlis Perbandaran Taman Meru Jelapang, Ipoh, Perak.dan telah menghasut para hadirin seramai hampir 8,000 orang JKKKN negeri Perak bersama keluarga supaya hadir pada Persidangan DUN Perak pada 07 mei 2009 sebagai menunjukkan tanda sokongan kepada Fuxkatan Riot serta membantah BN yang melucutkan jawatan JKKKN yang dilantik oleh Nizar Camry.


Kenyataan ini boleh didapati di dalam akhbar Cina utama yang memberi liputan terhadap kenyataan Nga Kor Ming. Bagaimanapun diberitakan kebanyakan JKKKN enggan menyahut seruan Nga Kor Ming supaya hadir mengadakan bantahan di Pejabat SUK Perak bagi membantah sidang DUN pada pada 07 Mei 2009 kerana bagi mereka kecelaruan yang berlaku hari ini bukan sahaja bermula daripada tindakan BN tetapi Fuxkatan Riot yang memutarbelitkan isu dan mengheret ketidakstabilan ekonomi Perak ke kancah yang sukar.


Kebanyakan mereka berpendapat kebenaran fakta telah diputarbelitkan oleh Fuxkatan Riot dan ini telah membuka pekung siapa sebenar petualang di Negeri Perak. Fuxkatan Riot harus sedar kebanyakan rakyat Perak tidak menyenangi tindak-tanduk kotor mereka sendiri. Mungkin mereka terlupa untuk belajar akan kalimah Sabar Separuh Daripada Iman”



GM pinjam kata-kata daripada Malaysia2-Day:



Nak konar sikit, aku ada baca kat blog budak2 PAS, mereka nak buat sembahyang hajat agar sidang dewan DUN 7hb nanti berjalan lancar dan tenteram. Alhamdullilah! bagus la, tapi korang tak rasa lawak ke? Derang nak sembahyang hajar mohon pada ALLAH agar tenteram, tapi derang juga dalam masa yang sama dah sebuk nak mengumpulkan ramai penyokong mereka pada hari persidangan tu. Tak rasa pelik ke? hehe lawak jenis apa nih. Boleh tenteram ke kalau dah ramai2 berkumpul. Tenteram apa, nanti ada lagi yg tidur atas jalan. Yang best nyer, PAS dah global sekarang oooo, penyokong derang siap import dari INDON dan dgr cerita BANGLA pun ada dalam perhimpunan mereka! WOW!! Tahniah PAS kerana begitu bersikap GLOBAL! Agaknya nanti giliran penyokong import dari Bangla lak tidur atas jalan kut. Haritu penyokong dari Indon tidur atas jalan kan? hehe Apa pun aku pun berdoa agar persidangan tu nanti akan berjalan dgn baik dan tanpa sebarang insiden buruk demi Rakyat Perak. Harap2 pembangkang akan bersikap lebih matang pada hari itu.



Sendiri mau ingat ler yeop..!

Friday, April 24, 2009

KRISIS DI PERAK - Jom Kita Lihat Dan Nilai..!

ihsan gambar Malaysian-2day

Jom kita pakat-pakat lihat perdebatan berkenaan isu perlembagaan Perak dengan kehadiran 2 wakil yang berkaliber dari pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang. PAS, DAP dan PKR pasti akan menghantar wakil untuk menjelaskan bahawa segala tindakan mereka mengutuk akan 'rampasan kuasa' yang dilaungkan sebelum ini adalah sah. GM teringin lihat Nizar Camry, Ngeh, Nga, Sivakumar dan Anwar Ibahim Munafikun duduk semeja menjelaskan pendirian mereka berhubung isu tersebut. Apa kata Mereka..? Beranikah..!


ParpuKari: KRISIS DI PERAK - malaysiakini
Malaysian-2Day: "The Perak Crisis" Jom Ramai-Ramai!! Sure Heboh Punyer!!