Saturday, August 29, 2009

Anwar Mahu Divert Bila Tiba 3 Sept Nanti

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini menetapkan 3 September ini, untuk menyambung hujahan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonannya, bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya hari ini selepas mendengar hujah permulaan peguam Anwar, R.Sivarasa. Bercakap kepada pemberita, Sivarasa berkata, hujah yang dikemukakan lebih bersifat teknikal dan merit berhubung permohonan itu. “Kami juga memberikan alasan kenapa pihak pembelaan meminta seluruh pasukan pendakwaan dilucutkan kelayakan mereka,” katanya.Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, See Mee Chun berkata, beliau akan memaklumkan Pejabat Peguam Negara untuk mengemukakan bantahan awal berhubung permohonan tersebut.

Pada 11 Ogos lepas, Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya, menyatakan `wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah’ sebagai satu daripada alasannya.Beliau menamakan Peguam Cara I Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan `main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya.’

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.Mahkamah Tinggi menetapkan 2 Sept bagi sebutan perbicaraan kes liwat itu.-- BERNAMA

Lepaih nie hangpa tunggulah peliwat tegar ni musti cari alasan nak lari daripada mai Mahkamah. Sulaiman Abdullah sudah resign tinggai Peguam Botak lawyer kes 1998. Kita tengok yang mana hebat.. lawyer All-Star lawan keadilan untuk Saiful.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Kalau semua petugas-petugas pendakwaan minta dilucutkan, tak payah ada pendakwarayalah..... macama dia suruh orang lucutkan seluar je........

Jeffry said...

SLM BRO..AKU INGAT DIA DH ISIM LA BRO!..KLU SEMUA DIA NAK TUKAR BAIK DIA TUKA SKALI ANU DIA DGN KEPALA PAIP. GERENTI BUKTI LESAP! KEHKEHKEH

AnTi AljUbuRi said...

Serang habis habisan ...

Sejak bermadu tiga dengan DAP dan PAS, lama dah pepuak tu tak sebut 'solat hajat', sebut pun dah tak berani, nak buat jauh sekali kot!!!

Selalunya dulu dulu ler .. bila nak masuk mahkamah sibuklah bersolat hajat kononnya supaya Allah tunjukkan kebenaran - sekarang dah tak ada lagi, agaknya dia dah yakin kebenaran ada pada Saiful!

Atau mungkin inilah natijah kepada solat hajat dulu dulu - minta sangat tunjukkan kebenaran - pelik gak... kalau tak bicara di mahkamah macam mana nak nampak kebenaran !!

Agaknya selepas 3 hb berapa lama pula Hakim nak bagi 'cuti panjang'??, nak tunggu lepas raya ker? atau lepas raya haji?