Showing posts with label PAS dan Komunis. Show all posts
Showing posts with label PAS dan Komunis. Show all posts

Friday, July 02, 2010

PAS Lebih Pentingkan Orang Lain Daripada Anak Sendiri


Orang-orang PAS akainya selalu setengah masak. Depa dah perintah Kelantan lama dah dekat 23 tahun. Nasib baik Nik Aziz yang jadi MB, depa takut sikit nak kutuk pendita usang nie kalu Tun Dr. Mahathir jaga Kelantan lama dah kena paksa letak jawatan.

Pada Mazlan Alimin tak payah susah payah nak hentam kerajaan nak jadi jaguh Felda. Hang tuh hidup pun hasil produk Felda. Pi setel hal teksi kat Kelantan dulu.

Blog Kickdefella ada menulis sesuatu pasal pe'el Exco PAS yang pemalas dan tak berjuang untuk anak Kelantan sendiri. Isu luar Kelantan lebih memberi keuntungan nasional pada depa semua

Nasib pemandu teksi dan kereta sewa di Kelantan adalah amat malang sekali. Sesungguhnya sebagai seorang yang pernah mendengar keluhan terus sewaktu berkhidmat di Kelantan, saya rasa amat bersyukur dan gembira apabila YAB Perdana Menteri sudi menjenguk mereka, menghabiskan sedetik dua bersama mereka dan sudi menerima memorandum dari mereka.

Ramai yang akan merasa saya keterlaluan bila saya kata, itu semua adalah sesuatu yang tidak sanggup dilakukan oleh Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baru.

Berikut adalah rungutan mereka yang saya masukan ke dalam laporan saya waktu itu,

  1. YB. Dato’ dimaklumkan terdapat 16 persatuan pemandu kereta sewa di Kelantan dengan 2,100 orang pemandu.
  2. Kebanyakan kereta sewa tidak mempunyai penghawa dingin melainkan yang mengambil penumpang di hotel dan di lapangan terbang.
  3. Masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan pelanggan akibat aktiviti kereta sewa haram atau prebet sapu dan kereta sewa bebas yang tidak berpesatuan.
  4. Sessi dialog telah diadakan dengan pihak berkuasa seperti JPJ dan Polis DiRaja Malaysia bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kereta sewa haram ini tetapi tiada hasil.
  5. Di Kota Bharu terdapat 3 buah stesen Teksi Kereta Sewa tetapi ianya terpisah daripada Stesen Bas Kota Bharu.
  6. Kereta Sewa haram memakir di sekitar Stesen Bas Kota Bharu sedangkan kereta sewa pula terpaksa memakir di stesen-stesen yang ditetapkan oleh MPKB dengan bayaran RM2,400 sebulan bagi stesen di Jalan Doktor dan RM1,200 sebulan setiap satu bagi dua stesen lain.
  7. Mohon bantuan Kerajaan Negeri supaya mengerahkan MPKB membantu mengurangkan kereta sewa haram dengan cara memberi teksi kereta sewa memakir di sekitar Stesen Bas Kota Bharu.
  8. Ini kerana sehingga kini, setiap penumpang bas yang turun akan berdepan dengan kereta sewa haram dahulu lantaran mereka menggunakan perkhidmatan kereta sewa haram itu walaupun lebih mahal.
  9. Dianggarkan ada 300 buah kereta sewa haram di Kelantan.
  10. Aktiviti kereta sewa haram ini benar-benar menekan pendapatan pemandu kereta sewa.
  11. Beberapa kali pemandu-pemandu berhasrat mengadakan tunjuk perasaan tetapi hasrat itu dibendung oleh persatuan-persatuan.

Saya mengesyaki isu yang sama jugalah yang dibisikan oleh mereka kepada YAB Perdana Menteri dan itulah juga isi kandungan memorandum mereka kepada Dato’ Seri Najib.

Mereka menyebut dengan jelas pada 20 Oktober 2009 itu nama dua orang Ahli Exco yang portfolio mereka jelas memberi ruang untuk mereka membantu menyelesaikan masalah pemandu kereta sewa itu. Tetapi, kedua-dua mereka enggan ambil peduli, kata mereka. Surat yang ditulis tidak berbalas, sessi dialog yang diminta terus ditolak.

Mereka juga menyebut dengan jelas nama ADUN dan Ahli Parlimen dari Parti PAS yang sepatutnya boleh membantu memajukan masalah mereka tetapi enggan membabitkan diri membantu mereka.

Komen sikit - Kalau masalah orang lain, berbaring ataih jalan pun PAS sanggup, sampai ke Masjid Tabung Haji PAS sanggup pergi tapi anak Kelantan sendiri PAS sepak-sepak tak peduli, Apa nak jadi PAS hari ini, nak jadi juara tapi anak sendiri dikhianati.

Saturday, May 30, 2009

MB Kedah Sokong Najib, Apa Kata Nik Aziz?


Kali ini GM bersetuju dengan kenyataan seorang pemimpin PAS. Walaupun sebelum ini GM agak radikal menghentam kepimpinan PAS berkaitan beberapa isu nasional untuk post kali ini GM bersetuju dengan seorang pemimpin PAS daripada Kedah. Bukan dengan segelintir pemimpin PAS lain yang senantiasa mengiyakan kenyataan Nik Aziz demi survival politik sendiri.

Sebelum ini GM agak kecewa dengan kenyataan Nik Aziz yang menyamakan BN dengan komunis dan kenyataan Nik Aziz itu ibarat beliau tidak memahami sejarah ataupun lebih kepada bersifat politik. Nik Aziz sepatutnya menilai dahulu kesannya berhubung beberapa kenyataan “nyanyok” yang boleh mengundang kegusaran muhibbah orang Melayu.

Menyamakan BN dengan komunis sama seperti Nik Aziz menimbulkan fitnah yang ditelan bulat-bulat oleh penyokong tegar PAS. Belum pernah sehingga ke hari ini kedengaran pemerintahan BN mencedok fahaman komunis. Belum pernah berlaku tindakan radikal pemerintah yang membunuh membabi buta dan sepatutnya Nik Aziz perlu lebih rasional dalam mengeluarkan kenyataan. Satu "diapers" untuk Nik Aziz bimbang beliau hilang pertimbangan untuk mengawal sistem penyahtijaan.

Datok Azizan adalah contoh kepada kepimpinan pelapis PAS yang matang berpolitik. Beliau tidak akan menyokong jika sesuatu isu itu dilihat benar-benar tidak betul dan akan berkata benar jika ianya benar. Ketokohan sebegini amat diperlukan PAS memandangkan PAS adalah parti kedua terbesar orang Melayu bagi mengimbangi peranan UMNO dalam mencorak atmosfera politik semasa.

Azizan menyatakan sokongan kepada pendirian Najib dalam keputusan kerajaan yang tekad tidak membenarkan kepulangan Chin Peng ke Malaysia. GM tidak melihat sokongan ini akan mengundang padah kepada Azizan menjelangnya Muktamar PAS Jun nanti. Azizan adalah contoh kepada generasi pelapis PAS untuk berpolitik secara matang. GM yakin akar umbi amat menyenangi ketokohan Azizan.

Janganlah menjadi seperti PAS Johor yang menyatakan sokongan dihadapan penyokongnya ketika berceramah di Simpang Renggam. Tindakan itu menunjukkan PAS Johor ketandusan pemimpin yang bijak. Ini kerana PAS Johor boleh diibaratkan menyokong komunis sama seperti menyatakan sokongan terhadap komunis menggempur pejuang orang Melayu di Bukit Kepong dan menyokong kegilaan komunis di Muar yang membunuh membabi buta hingga mencetuskan serangan balas daripada orang Melayu 50 tahun yang lalu.
Nizar, tingkahlakunya telah mengundang benci dalam kalangan ahli PAS Perak.
Nik Aziz perlu melihat sokongan orang Melayu terhadap PAS semakin hari semakin suram berikutan insiden di Perak dan beberapa lagi isu nasional yang diceburi PAS dan yang paling terkesan protes orang Melayu di Bukit Gantang. Orang Melayu mengherdik PAS kerana menyifatkan PAS adalah parti yang “Hentam Kromo” walhal PAS sudah hampir 40 tahun bertapak di bumi Malaysia tetapi tindakan dan pemikiran PAS boleh diibaratkan seperti baru setahun jagung dan sering diperlekehkan rakan sepermainan.

Nik Aziz perlu menilai mesej ahli-ahli PAS ketika berlangsungnya Konvesyen PAS Perak kali ke-14 di Teluk Intan pada 24 Mei 09 tempoh hari. Rata-rata ahli-ahli PAS seluruh Perak sudah menerima ketentuan Allah yang mereka telah kehilangan kuasa akibat daripada sikap takbur dan enggan bersyukur kepimpinan PAS Perak di atas pemberian tuhan.

Ketika berlangsungnya konvesyen itu dapat dilihat ramai ahli keluar daripada dewan kerana sudah berasa jemu dengan cara pendekatan PAS yang tidak dapat menerima ketentuan tuhan kerana kehilangan kuasa. Boleh dikatakan konvesyen itu lebih kepada program untuk memberi motivasi kepada ahli-ahlinya.

Nik Aziz tidak berada disitu untuk melihat riak muka ahlinya memprotes bangun meninggalkan majlis jika diberitahu pun mungkin Nik Aziz diberi gambaran yang salah. Nik Aziz selalu diberi gambaran salah hinggakan anaknya sendiri terpaksa menegur tetapi kini dipaksa tutup mulut daripada bersuara. Aneh sungguh PAS kononnya memperjuangkan hak asasi tetapi kini bersikap diktator terhadap ahlinya sendiri.

Sokongan Azizan yang tidak mahu Chin Peng pulang harus diambil contoh kepimpinan PAS negeri lain untuk menjadi pelapis yang bermutu dan supaya PAS tidak diperkotak katikkan rakan untuk kesinambungan akan datang. Apa yang pasti mesej ahli PAS ketika konvesyen di Perak yang mahukan PAS menilai semula hubungan dengan PKR dan DAP dikaji semula demi meneruskan perjuangan PAS yang tertunda akibat keseronokan diberi “syabu” oleh rakan yang lain.

MB Kedah menyokong pendirian Najib, apa pula reaksi pemimpin PAS yang lain.?