Pada Mazlan Alimin tak payah susah payah nak hentam kerajaan nak jadi jaguh Felda. Hang tuh hidup pun hasil produk Felda. Pi setel hal teksi kat Kelantan dulu.
Blog Kickdefella ada menulis sesuatu pasal pe'el Exco PAS yang pemalas dan tak berjuang untuk anak Kelantan sendiri. Isu luar Kelantan lebih memberi keuntungan nasional pada depa semua
Nasib pemandu teksi dan kereta sewa di Kelantan adalah amat malang sekali. Sesungguhnya sebagai seorang yang pernah mendengar keluhan terus sewaktu berkhidmat di Kelantan, saya rasa amat bersyukur dan gembira apabila YAB Perdana Menteri sudi menjenguk mereka, menghabiskan sedetik dua bersama mereka dan sudi menerima memorandum dari mereka.
Ramai yang akan merasa saya keterlaluan bila saya kata, itu semua adalah sesuatu yang tidak sanggup dilakukan oleh Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baru.
Berikut adalah rungutan mereka yang saya masukan ke dalam laporan saya waktu itu,
- YB. Dato’ dimaklumkan terdapat 16 persatuan pemandu kereta sewa di Kelantan dengan 2,100 orang pemandu.
- Kebanyakan kereta sewa tidak mempunyai penghawa dingin melainkan yang mengambil penumpang di hotel dan di lapangan terbang.
- Masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan pelanggan akibat aktiviti kereta sewa haram atau prebet sapu dan kereta sewa bebas yang tidak berpesatuan.
- Sessi dialog telah diadakan dengan pihak berkuasa seperti JPJ dan Polis DiRaja Malaysia bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kereta sewa haram ini tetapi tiada hasil.
- Di Kota Bharu terdapat 3 buah stesen Teksi Kereta Sewa tetapi ianya terpisah daripada Stesen Bas Kota Bharu.
- Kereta Sewa haram memakir di sekitar Stesen Bas Kota Bharu sedangkan kereta sewa pula terpaksa memakir di stesen-stesen yang ditetapkan oleh MPKB dengan bayaran RM2,400 sebulan bagi stesen di Jalan Doktor dan RM1,200 sebulan setiap satu bagi dua stesen lain.
- Mohon bantuan Kerajaan Negeri supaya mengerahkan MPKB membantu mengurangkan kereta sewa haram dengan cara memberi teksi kereta sewa memakir di sekitar Stesen Bas Kota Bharu.
- Ini kerana sehingga kini, setiap penumpang bas yang turun akan berdepan dengan kereta sewa haram dahulu lantaran mereka menggunakan perkhidmatan kereta sewa haram itu walaupun lebih mahal.
- Dianggarkan ada 300 buah kereta sewa haram di Kelantan.
- Aktiviti kereta sewa haram ini benar-benar menekan pendapatan pemandu kereta sewa.
- Beberapa kali pemandu-pemandu berhasrat mengadakan tunjuk perasaan tetapi hasrat itu dibendung oleh persatuan-persatuan.
Saya mengesyaki isu yang sama jugalah yang dibisikan oleh mereka kepada YAB Perdana Menteri dan itulah juga isi kandungan memorandum mereka kepada Dato’ Seri Najib.
Mereka menyebut dengan jelas pada 20 Oktober 2009 itu nama dua orang Ahli Exco yang portfolio mereka jelas memberi ruang untuk mereka membantu menyelesaikan masalah pemandu kereta sewa itu. Tetapi, kedua-dua mereka enggan ambil peduli, kata mereka. Surat yang ditulis tidak berbalas, sessi dialog yang diminta terus ditolak.
Mereka juga menyebut dengan jelas nama ADUN dan Ahli Parlimen dari Parti PAS yang sepatutnya boleh membantu memajukan masalah mereka tetapi enggan membabitkan diri membantu mereka.
1 comment:
Mana lah nak jaga anak kelantan sebab kebanyakan adun dan MP PAS kat kelantan tu semua nya bidan terjun daripda negeri lain..so peduli pe dengan nasib orang kelantan..
Lagi satu Menteri Besar dan Exco serta adun kelantan sekarang ni sebuk dok jelajah seluruh negara untuk buat ceramah ngutuk orang lain serta untuk mengisi kantong sendiri dengan duit derma disetiap ceramah..mana ada masa nak jengok masalah rakyat ditempat sendiri..pada mereka senang jee..setiap maslah yang timbul akan dikaitkan dan akan dituduh kerajaan BN tak buat keje..
Post a Comment