Tuesday, July 20, 2010

Bodoh Guan Eng..Dari Melaka Ke Penang

Selepas tiga kali diserang dengan kenyataan yang melampau dan dianggap biadap oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, akhirnya Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus, bersuara untuk mempertahankan diri.

Meskipun menyedari penjawat awam terikat dengan etika dan peraturan termasuk larangan membuat kenyataan akhbar, Nik Ali menegaskan beliau terpaksa bersuara untuk mengelak dianggap sebagai pengecut.

Tegasnya, beliau sudah banyak bersabar dengan kenyataan yang menghina peribadi dan kerjaya serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku institusi yang bertanggungjawab memelihara kepentingan Kerajaan Pusat dalam memberikan kesejahteraan rakyat.

Antara kenyataan kesat dilemparkan Guan Eng kepada Nik Ali ialah ‘lidah biawak’, ‘pegawai tidak kompeten’ dan ‘Napoleon Kecil’.

“Saya akan terus dianggap pengecut kerana berdiam diri dan akhirnya menjadi bahan ‘scapegoat' Guan Eng,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada sidang media di Bangunan Persekutuan di Pulau Pinang semalam.

Serangan terbaru Guan Eng ke atas Nik Ali berpunca daripada kes kecurian pasir di tapak cadangan membina politeknik di Balik Pulau, apabila Ketua Menteri menuduhnya tidak profesional, tidak kompeten, pengecut dan patut dipecat.


Tuduhan itu dibuat semata-mata tanah berkenaan milik Kerajaan Pusat, sedangkan aspek pemantauan adalah di bawah agensi kerajaan negeri.

Sebelum ini, Guan Eng juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Ali ketika majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera dengan menuduh tidak disediakan tempat duduk untuknya.

Guan Eng juga didakwa menyalahkan Nik Ali berhubung keputusan Kerajaan Pusat merobohkan dua gerbang Taman Botani di sini, dengan menuduhnya sebagai membazirkan wang kerajaan sedangkan projek itu dilaksanakan agensi kerajaan negeri iaitu Jabatan Pengairan Saliran dan Jabatan Taman Botani.

Nik Ali berkata, kenyataan Guan Eng kononnya beliau tidak kompeten, tidak profesional, pengecut dan patut diberhentikan serta-merta adalah amat biadap dan tidak sepatutnya dilemparkan oleh seorang Ketua Menteri.

Malah, katanya, Guan Eng tiada ‘local standi’ untuk menilainya sebagai pegawai kerajaan yang tidak kompeten, kecuali Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Pengarah ICU, JPM dan Menteri di JPM selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.

“Saya menganggap Guan Eng merendahkan martabat beliau dengan menyerang penjawat awam persekutuan. Ini amat mendukacitakan saya kerana tidak pernah dengar kenyataan liar dilontarkan oleh mana-mana Menteri Besar dan Ketua Menteri kepada penjawat awam seperti SDO, kecuali Guan Eng," katanya.

Nik Ali turut melahirkan kekecewaan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman yang didakwanya gagal menasihati Guan Eng berhubung isu seumpama itu.

Sumber: Malaysia Instinct

Dulu ada Pegawai PBT Selangor dah kena hina macam nie dengan Maharaja Teng. Hingga mengadu dengan Hassan Ali tapi dia langsung tak boleh buat apa pasal PAS memang penakut dengan Cina DAP. Mujahid Yusuf nak bantu tak pegawai Melayu yang kena hina nie?

Betoi kata Zahrain Hashim, Guan Eng seorang komunis tegar, orang komunis ni tak percaya pada agama. Sapa-sapa yang berkawan dengan komunis memang jenis tak percaya pada agama.

Komentar otak dungu macam Mahfuz Omar tidak akan dilayan

No comments: