Difahamkan, 'retreat' PKR di Poct Dickson baru baru ini telah menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ahli totok PKR untuk diambil tindakan.
Anwar menekankan masa untuk 'honeymoon' telah tamat dan kini kerahan tenaga besar-besaran perlu dijalankan.
Kebanyakan supremo PKR datang dengan semangat 'Harapan Baru' yang dijanjikan Anwar selepas kegagalan projek belakang 16 Sept. Mungkin kerana telah diset minda PRU 13 akan menjadi milik pembangkang.
Kebanyakan supremo PKR datang dengan semangat 'Harapan Baru' yang dijanjikan Anwar selepas kegagalan projek belakang 16 Sept. Mungkin kerana telah diset minda PRU 13 akan menjadi milik pembangkang.
Retreat kali ini Anwar menekankan perlunya keberkesanan jentera penerangan dengan menggunakan segala macam medium internet. Daftar pemilih juga menjadi stress topic Anwar pada retreat ini.
Nampak gaya, strategi PKR sudah selari dengan gabungan pembangkang yang lain. PAS sudah mula memasuki fasa raih sokongan Melayu dengan jelajah ke kawasan-kawasan majoriti Melayu terutamanya Felda dan Felcra.
PKR juga membincangkan perkara yang sama. Felda, Felcra dan lain-lain kawasan yang dianak tiri kerajaan perlu depa eksploitasi untuk sokongan menjelang PRU ke-13.
Langkah pemulaan PKR nak menubuhkan 'One Stop Centre' di setiap kawasan Felda dan Felcra. Depa juga nak bagi pendidikan percuma pada anak-anak peneroka. Bunyi macam manifesto PRU ke-12 dulu tapi satu haram tak pernah tunai lagi.
Retreat ini juga menanam ideologi taksub pada Anwar sebagai 'messiah' akhir zaman yang akan memberi Harapan Baru untuk rakyat Malaysia. Hati-hati VCD Yusuf Al-Qaradhawi akan menerjah pasaran ceramah-ceramah pembangkang.
Paling bersemangat Shamsul Ketot bila topik Kabinet Bayangan dibahaskan. Katanya, jawatan Ketua Menteri Melaka paling ideal untuk dia. Alasannya, Melaka kecil tak susah nak urus. Shamsul kata contoh dah ada, Khalid Gagap jadi MB Selangor terus jadi tunggang langgang dan papa kedana.
Jadi, jangan kita hairan bila pembangkang bersungguh nak kawasan Melayu. Mahfuz Omaq sebelum ini yakin sokongan Melayu meningkat sebenarnya adalah tipu dan nak sedapkan hati totok PAS.
Realitinya, pembangkang sedang berhempas pulas nak raih sokongan Melayu dan terpaksa berbuat talam dua muka berbaik dengan orang Melayu luar bandar walaupun bila memerintah nanti depa semua nak hapuskan hak-hak orang Melayu.
Nampak gaya, BN kena kerja keras tak boleh tidoq lagi.
No comments:
Post a Comment