Wednesday, July 28, 2010

Dari Dulu Lagi PAS Obses Nak Kerjasama Dengan UMNO.

Sambungan daripada sini

Dalam senyap-semyap tanpa pengetahuan Nik Aziz, 2 orang pemimpin kanan PAS bersama seorang 'jururunding' bergelar Datuk telah bertemu kepimpinan UMNO yang diwakili oleh seorang 'Datuk'.

Pertemuan itu berlangsung 2 bulan sebelum ini disebuah Hotel di Kuala Lumpur dan Ipoh bagi membincangkan 'kerjasama' ummah dan kepentingan Melayu. Dalam pertemuan yang berlangsung mesra dan serius, tidak mencapai apa-apa persetujuan atau kata putus berhubung kerjasama yang diusahakan.

Sebelum ini, blog kickdefella pernah membongkarkan semenjak tahun 2006 telah ada usaha untuk menjalinkan 'kerjasama strategik' antara PAS dan UMNO. Usaha tersebut lebih lantang dari pihak PAS selepas kekalahan teruk PAS di Kelantan dan peralihan sokongan rakyat kepada Tun Abdullah.

Bagaimanapun, selepas kemenangan besar pembangkang pada PRU Ke-12, jalinan kearah kerjasama masih lagi berkumandang tambahan krisis pelantikan MB di Perak yang memaksa PAS untuk jalinkan kerjasama dengan UMNO bagi mengekalkan status quo politik Melayu di Perak.

Ini pernah diceritakan Nasharuddin Mat Isa semasa berlangsung pertemuan dengan para blogger dari blok pembangkang dan juga kerajaan di rumah Hassan Ali suatu masa dulu. Jika ada yang masih ingat, blogger Al-Banjari pernah mendedahkan pertemuan tersebut beserta bukti rakaman audio yang kini disimpan oleh Lembaga Displin PAS.

Dalam pertemuan itu, Nasharuddin menceritakan kronologi 'perhubungan' antara PAS-UMNO bermula pada 9 Mac 2010 sesudah kemenangan pembangkang di Perak hingga memaksa Presiden PAS untuk meninggalkan satu majlis di Perak dan terus ke Kuala Lumpur bagi tujuan tersebut. Nasharuddin juga tidak menafikan bahawa sikap rasis DAP yang sangat menakutkan PAS.

Walaubagaimanapun, kesimpulan daripada pendedahan itu boleh digambarkan bahawa memang ada kerisauan dalam kepimpinan PAS berhubung kepentingan Islam dan Melayu pasca PRU Ke-12.

Disebabkan, ketika ini sudah ada cahaya penguasaan PAS pada PRU akan datang maka ada segelintir kepimpinan PAS yang menjadi penghalang untuk merealisasikan penyatuan ini.

PAS tidak boleh berbangga kononnya sokongan orang Melayu terhadap mereka semakin meningkat. Realiti yang tidak didedahkan PAS pada ahlinya ialah punca peralihan orang Melayu kepada pembangkang disebabkan ketidakadilan pada isu-isu semasa.

Kelemahan kepimpinan Tun Abdullah disamping masalah dalaman UMNO-BN adalah penyebab orang Melayu beralih sokongan dan bukan kerana karisma dan kredibiliti PAS menjadi tarikan.

PAS tetap seperti PAS yang dulu, tidak menunjukkan asas perjuangan yang konsisten malahan terus mengadaikan apa yang perlu dipertahankan. Islam hanya sebagai alat politik untuk membezakan perjuangan PAS dan UMNO.

Jika Nik Aziz mahu UMNO mengubah dasarnya kepada lebih Islamik sebagai syarat kepada kerjasama ini kenapa dia tidak mendesak DAP dan PKR untuk lebih toleran kepada perjuangan PAS untuk menubuhkan Negara Islam.

Apa yang ada difikiran kepimpinan PAS ketika ini ialah bila Nik Aziz mahu bersara?

No comments: