2. Semua rakyat Malaysia dijamin hak mereka dalam perlembagaan termasuklah dalam hal kebebasan bersuara. Namun semua rakyat Malaysia juga tertakluk kepada undang-undang negara termasuklah Ketua Pembangkang dan pengamal undang-undang yang saya pasti lebih tahu kesan dari perbuatan dan percakapan mereka.
3. Saya menegaskan bahawa tidak gentar samasekali dengan ugutan tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menangani isu ugutan ini. Ini kerana saya berkeyakinan penuh terhadap sistem keselamatan dan keadilan negara memberi keadilan kepada rakyatnya.
4. Perlu saya tegaskan di sini bahawa saya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan yang telah saya buat meminta Manjeet, Amarjit dan Americk Singh membuat penjelasan tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya akan tetap kekal berada di dalam negara dan tidak akan lari ke luar negara atau berlindung di mana-mana kedutaan asing walaupun telah mendapat ugutan bunuh dari Manjeet Singh Dhillon.
5. Saya juga amat hairan dengan sikap Manjeet yang beria-ia tidak mahu dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar. Apakah ini kerana beliau takut dengan pendedahan ini, masyarakat Malaysia akan dapat melihat kaitan Datuk Seri Anwar dengan Raja Petra Kamarudin dan P. Balasubramaniam. Jika ini dapat dikaitkan, maka akan terbongkarlah siapa penaja sebenar Raja Petra dan Balasubramaniam di luar negara.
6. Namun saya kira penafian Manjeet ini sudah terlambat. Ini kerana rakyat Malaysia sudah matang menilai serta boleh melihat kaitan di antara Datuk Seri Anwar serta PKR dengan Raja Petra dan Balasubramaniam dalam misi mereka memburuk-burukkan imej Malaysia dari luar negara.
7. Episod ugut ini juga mendedahkan 'Harapan Baru Buat Malaysia' anjuran Datuk Seri Anwar iaitu politik ugut dan saman serta politik bermuka-muka. Ini kerana disebalik kempen beliau untuk kebebasan bersuara, beliau menggunakan cara yang amat tidak beretika untuk menutup mulut mereka yang membicarakan segala kepincangannya.
8. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tidak gentar dengan ugutan ini dan akan terus bersuara untuk kepentingan agama, bangsa dan tanahair.
Sekian, Terima Kasih.
ANUAR SHAARI
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment