Thursday, May 14, 2009

Kita Nilaikan Sendiri



GM meronda hari mencari pelanggan untuk dihabiskan jualan. Jualan yang tidak seberapa. GM mencari dan tersangkut di sebuah syarikat bumiputera di Selayang. Besar sungguh syarikat ini, jaringan perniagaannya meluas hingga ke China. Bermula di pantai timur dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur. GM respek pengurusannya. Sangat menepati masa.

Setelah menunggu hampir 15 minit, timbullah Pengurus Besar. Oh..berkopiah. GM memulakan langkah pembukaan kepada penerangan produk yang GM bawakan. Kata sepakat dipersetujui, syarikat tersebut bersetuju untuk berkerjasama.

Dalam sesi santai selepas itu, GM berbicara memulakan topik politik hari ini. Pengurus Besar itu ramai kenalan daripada sebuah parti politik yang menggelarkan diri sebagai PAS. Respek GM kepada Pengurus itu. Tidak mencampur aduk hal politik dalam perniagaannya.

Beliau lebih percaya, rezeki datang dengan mendekatkan diri dengan Allah bukan dengan mendekatkan diri dengan ahli politik. Fuh..terkedu seketika..! Sebelum GM mengakhir perbualan, GM bertanyakan pendapatnya berkenaan muktamar akan datang.

Satu sahaja jawapan yang diberi...

"Sudah begitu banyak duit di pam keluar daripada poket orang tertinggi PAS. Beliau mahukan semua orang menolak golongan kolot. Golongan kolot ini perlu dikeluarkan sehabis mungkin. Mereka langsung tiada kredibiliti. Mereka tidak tahu berpolitik hanya pandai mencaci dan menjerit-jerit seperti orang gila."..GM terkesima seketika......

Kita nilaikan sendiri...Siapa beliau yang dimaksudkan itu dan siapa pula mereka yang ditafsirkan sebagai kolot.? Wallahualam

Mungkin benar sepertimana yang dicakapkan oleh pemimpin tertinggi ulama PAS.

warisan2057: Info Perak 2-Mentaliti kelas ke3 Adun PR
X-PKR
Faisal Rohban : Perkara Yang Perlu Kita Tahu Dan Ragu
sekupangdua: (KENA BACA) TERKEDU MUKA NIZAR ... AMARAH SULTAN PERAK
Darul Ehsan Today : PAS Tabur Duit Untuk Beli Undi
Pisau: PAS Politik Wang RAsuah

1 comment:

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
MEMANG RAMAI ORANG PAS NI YANG KERJA DAN BUSINESS NYA BAGUS. REZEKI TUHAN KATAKAN...

PASAL DUIT YANG DIPAM TU TAK PAYAH CAKAP LAH BANYAKNYA....

ANWAR PAM LAGI KAT HUSSAM NAK HANCURKAN PAS ULAMAK.

PAS EDROGAN NI SUDAH SEMAKIN LIAR