Friday, October 30, 2009

Nizar Anwar Attarturk - Ada Video Pula..!

Nik Aziz menulis di blognya, 'dua tiga kerat' pemimpin bermasalah. Dinamakan Mustafa Ali (Setiausaha Agong), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor. Turut disebut juga nama Haji Hadi, tetapi kalau dia tidak terlibat, kita pakat-pakat belalah, tulis di blog Mursyidul am Parti Islam itu.

Sehingga petang semalam, geng-geng Erdogan masih mencari-cari video ucapan Nasharuddin Mat Isa dan Dr Hassan Ali berjumpa dengan blogger-blogger yang kononnya Nasharuddin dan Dr Hassan Ali ada sebut 'soal kerajaan perpaduan'.

"Tok Guru nak tengok video rakaman ucapan Nasha dan Hassan itu, untuk dijadikan bukti dalam mesyuarat khas malam ini. Sesiapa yang mempunyai rakaman video diminta serahkan bukti itu", tulis salah satu blog pro Erdogan yang mengiklankan pencarian 'bukti' video ucapan pemimpin yang dituduh 'bermasalah' bersama blogger. Tetapi hingga ke malam mesyuarat (semalam), tiada siapa pun tampil memberi bukti video dan sekiranya diberikan bukti video pun, tiada apa-apa pun ucapan Nasha dan Hassan seperti yang didakwa.

Begitu terdesak geng-geng Erdogan berusaha menghapuskan kepimpinan bukan pro Anwar Ataturk di dalam PAS. Hinggakan terdengar, 'gosip-gosip' di internet, terus disampaikan ke telinga tok guru, kononnya ada bukti kukuh. Kononnya Nasha dan Dr Hassan ada beritahu blogger, pasal nak masuk UMNO.

Sumber: NT Anwar

Tokey - Bergaduhlah korang kerana daripada kepimpinan parti hingga ke pemain siber sememangnya tidak bijak dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tuan rumah dah minta jangan dihebahkan ke public tapi gatal juga tangan tu nak taip.[Rujuk]. Mungkin Hassan Ali dan Ustaz Nasha perlu memahami erti duri dalam daging kerana yang akan menjahanamkan karier politik depa adalah orang PAS sendiri.

Nizar Oii..!: Bocor Nik Aziz Dan Hassan Ali Kena Screw


Malam yang dingin di Anjung Rahmat, tempat 'orang bulan' lepak-lepak. Tukang Screw dipanggil oleh YB parti bulan untuk sembang-sembang dan pekena teh tarik, kopi tarik dan macam-macam tarik lagi. Lepas isya Tukang Screw dengan kain gombang terus pergi Anjung Rahmat. Apalah yang YB ni nak sangat jumpa Tukang Screw malam Jumaat ni. Bini Tukang Screw pun muncung aje nampaknya.

Alkisah, sesampai aje Tukang Screw di sana adelah 3-4 orang lagi ahli mesyuarat kedai kopi yang turut hadir mesyuarat khas parti bulan pada 28 Oktober lepas. YB sahabat Tukang Screw terus buka mulut bertanya Tukang Screw yang tak sempat lagi nak angkat kain gombang. "Apa yang anta tahu pasal mesyuarat semalam?" Tukang Screw pun dengan muka ala-ala Ebby Yus menjawab balik.

" Ek eh, YB ni sudah gaharu cendana pula!" Alah, ana saje nak test anta. Manalah tau, anta dapat info yang lagi pelik. Kata YB kepada Tukang Screw. Apa yang Tukang Screw tahu, mesyuarat malam tu parti bulan nak bersihkan Selangor dan adakan seminar khas pada awal Disember nanti. Nak tahu lebih lanjut [Rujuk] Screwkuat69. Ada YB yang kutuk Tok Guru dalam meeting malam itu.

Tokey - Kesian Hassan Ali nak membela agama dan bangsa pun boleh kena screw.

Wednesday, October 28, 2009

Nizar News Update: Selepas 9 Mac 08, PAS Ajak UMNO Berunding.



1. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.

2.Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.(sumber asal dipetik dari : papa gomo) : Tulisan diatas memang jelas ada sebahagiannya telah disebutkan, tetapi perlu difahami dengan jelas bahawa si penulis itu menulis dari sudut pandangan dan pemahaman beliau sebagai ahli dan blogger Umno.

Apa yang dijelaskan dan disebutkan oleh Ustaz Nasa dan Dato' Hassan adalah 'isu rundingan' bukannya 'isu kerajaan perpaduan' sebagaimana yang dituliskan. Dan itulah yang dipertikai..!! Apapun bandingkan tulisan si gomo itu dengan ulasan yang diberikan dibawah :

Ulasan : Apa yang berlaku sebenarnya pada 9 March 2008 ( sehari selepas PRU 12) satu mesyuarat AJK PAS Pusat telah diadakan di Kota Baharu. Mesyuarat tersebut berbincang untuk menguruskan kemenangan PAS di negeri-negeri yang telah kita sedia maklum.Mesyuarat itu juga telah memutuskan agar bersedia berunding dengan UMNO sekiranya segala syarat yang PAS letakan mendapat pertimbangan dari UMNO.

Rundingan dengan UMNO itu bermaksud untuk memelihara agama, kerana apa yang ada pada PAS tiada pada UMNO dan apa yang ada pada UMNO tiada pada PAS kerana saling lengkap-melengkapi. Mesyuarat tersebut bukanlah untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.Sejurus mesyuarat selesai TGHH telah pergi ke Kedah, Dato' Husam Musa ke Perak, Hj Mohamad Sabu ke Pulau Pinang, Ustaz Nasa dan Dato' Mustafa Ali ke KL dan Selangor untuk membantu menguruskan kemenangan PAS di negeri-negeri tersebut.

Ustaz Nasa memaklumkan, selepas mesyuarat di KB, dan ketika dalam perjalanan beliau ke KL/Selangor mereka mula berhubung dengan Khair Toyo selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan pertemuan pertama berlangsung di Shereton Subang dan turut dihadiri bersama oleh Dr Hassan Ali.

Tiada persefahaman yang dapat dibentuk dalam pertemuan itu dan segala usaha kerjasama berakhir dan tamat di situ juga.Umno terus berikhtiar, hinggalah beliau di hubungi pula oleh Pak Lah untuk pertemuan yang selanjutnya.

Perkara itu juga dimaklumkan terus kepada TGHH dan TGHH yang berada di Kedah terus pulang ke KL dan satu perbincangan atau Mesyuarat Khas telah diadakan diantara beliau dan AJK Pas pusat yang lain di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Diantara agendanya ialah untuk membuat persediaan bagi menemui Pak Lah dan Khair Toyo buat kali ke dua. Dinyatakan juga dalam pertemuan ini tiada persefahaman yang dapat dibuat kerana PAS tetap dengan prinsipnya sebagai parti Islam. Usaha Umno GAGAL.

Pertemuan ketiga yang dikatakan oleh Ustaz Nasa ialah semasa beliau sedang minum di kantin Parlimen, tiba-tiba beliau di sapa oleh Dato' Yaacob (bapa Fazly) yang menyampaikan salam pertemuan dari Pak Lah dari pejabatnya ditingkat Parlimen. Menurut Ustaz Nasa pertemuan itu tiada langsung membincangkan mengenai perpaduan atau penyatuan yang telah gagal dalam pertemuan sebelum ini dan selepas itulah Pak Lah telah menyatakan kepada press(Media) tentang pertemuannya sebanyak 3 kali dengan Ust Nasa.

Bermula dari kenyataan Pak Lah itulah keadaan PAS mula menjadi haru biru. Lalu ustaz Nasa terus terfitnah sehingga sekarang. Dan fitnah itu pula berterusan dimainkan oleh blogger-blogger di blog.Ustaz Nasa dan Dato' Hassan melontarkan persoalan, mengapakah hanya dipersalahkan ustaz Nasa, Dato' Mustafa Ali dan TGHH dalam isu rundingan ini ? Tidakkah keputusan ini telah dicapai dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat di Kota Baharu pada 9 March 2008 lalu ?

Saya(MRK albanjari) bertanya, apakah dan mengapa TGNA tidak dimaklumkan akan butir keputusan mesyuarat tersebut ? Jawapnya kerana TGNA tidak hadir. Walaubagaimanapun menurut Ustaz Nasa segala keputusan itu telah pun dipersembahkan dan dimaklumkan kepada TGNA.Maka dari itu ustaz Nasa dan Dr Hassan Ali, meminta mohon penjelasan daripada AJK PAS Pusat yang terlibat, sila nyatakan pendirian anda samada kenyataan ini benar atau tidak ! Jika anda ingin melihat keadilan dan perpaduan terus kukuh dalam PAS.

Isu yang kedua terhadap Ustaz Nasa ialah apabila beliau respons terhadap kenyataan Najib Razak di Parlimen. Dan beliau hanya menyatakan bahawa beliau mengalu-alukan kenyataan tersebut dan akan menyampaikan kepada Presiden PAS yang ketika itu berada di London.

Ujar, ustaz Nasa salahkah beliau mengungkapkan demikian, ini kerana sudah menjadi akhlak Islam apabila orang memberi salam kita wajib jawab salam tersebut, dan apabila orang menyatakan hasrat kita sambut hasrat itu dengan sopan, dan beliau juga tidak memutuskan sebarang pelawaan dari Najib bahkan beliau mengambil sikap untuk membawa perkara itu kepada bosnya terlebih dahulu, maka salahkah sikap yang telah beliau ambil ?

Dan selepas itu timbul pula isu UG yang menjadikan jemaah dan ahli PAS semua menjadi bertambah haru-biru. Dari apa yang disampaikan oleh beliau, idea UG ini timbul bagi menjaga kepentingan Islam dan Bangsa Melayu tetapi malangnya belum sempat ianya diseminarkan dan dibincangkan secara serius, ramai yang membantah dan menyuarakan bantahan.

Maka ia terus ditarik balik oleh TGHH dan mati begitu sahaja sehinggalah ia hangat kembali selepas Muktamar PAS baru-baru ini.Soalnya siapa yang menghidupkan kembali isu UG ini ? Siapakah yang ingin melompat katak masuk UMNO ? Menurut Dato' Dr Hassan Ali lagi, kepada kami dan kepada anda semua sila nyatakan bila dan dimana beliau pernah mengatakan akan melompat masuk UMNO dan membawa orang-orang PAS Selangor bersamanya ?

Bahkan beliau menyatakan beliau dari awal lagi tidak pernah membicarakan tentang isu UG ini secara terbuka dan bagaimana beliau pula yang dikaitkan dengan isu tersebut. bersambung siri ke-2 yg kontroversi.
Sumber: Al-Banjari

Tokey - Sekarang kita melihat siapa yang bersikap munafik dalam hal ini. PAS atau UMNO dan siapa yang memulakan perbincangan kearah itu. Sepertimana kenyataan Nik Abduh [Rujuk] ternyata dia amat kecewa dengan 'penasihat-penasihat' yang berada disekeliling bapanya. Ibarat makan nangka orang lain yang terkena getahnya.

Nizar News Update..! Presiden PAS Akan Nyatakan Pendiriannya..!

Artikel ini Tokey ceduk daripada blog Screwkuat.[Rujuk] Mungkin perkara yang dinyatakan adalah isu-isu yang akan dibawa dalam mesyuarat PAS menggantikan EGM (everybody goes madness)

1. Untuk posting kali ini Tukang Screw khabarkan berkaitan Mesyuarat Khas PAS esok. Media galak mengatakan Nik Aziz akan hadir sebagai menyahut desakan kepimpinan PAS setelah penat menghangatkan ruang politik negara. Tukang screw tabik spring pada tok guru kerana berani berhadapan dengan kenyataan dan realiti.

2. Semua penyokong totok dan ahli PAS tahu EGM yang dicadangkan tok guru tak jadi. Alasannya tak sesuai atau ada sebab lain yang lebih berhemah..! Tok guru berjawatan mursyidul am tidak berkelayakan. Selesai solat maghrib tadi Tukang Screw dihubungi teman, alibinya antara ahli rapat dengan kepimpinan kanan PAS.

3. Panjang ceritanya tetapi Tukang Screw rumuskan beberapa perkara yang akan dibincangkan esok. Dalam mesyuarat esok semua pimpinan PAS mahu tok guru menjelaskan punca sebenar hingga memaksanya mengeluarkan kenyataan sepertimana yang terkandung didalam laman blognya. Maksudnya kepimpinan mahu tok guru berterus terang (heart to heart) kiranya seperti tok guru dihadapkan ke tribunal displin parti.

4. Kenyataan keras tok guru dilihat seperti menghala muncung pistol ke kepala Presiden. Ini mungkin Tukang Screw gambarkan kekalahan PAS di Bagan Pinang telah menyediakan alasan yang kukuh untuk Tok Guru menghentam Presiden secara halus. Ibarat pukul anak sindir menantu. Bagaimana pun, mesyuarat esok Presiden yang disindirkan oleh ramai ortodok PAS sebagai lembik dan flip flop akan diberi ruang untuk menjelaskan berkaitan hala tuju parti mengikut situasi politik semasa tanpa merosakkan asas perjuangan PAS (Anwar dan klik pasti tak senang duduk)..!

5. Dalam blog Tok Guru dengan jelas telah menamakan beberapa tokoh pimpinan PAS yang tidak disenangi tok guru kerana tindak tanduknya yang digambarkan bertentangan dengan prinsip Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun ruang musyawarah esok akan digunakan oleh tokoh2 ini untuk memberi penjelasan dan membela diri. Mereka juga mempunyai hak walaupun dalam perjuangan PAS, tidak se'veteran' Tok guru dan Presiden.

6. Tetapi bab yang ini Tukang Screw paling suka seperti mana yang diberitahu oleh teman, kesemua Pesuruhjaya Negeri akan diberi peluang untuk memberi pandangan dan juga pendirian dalam pelbagai isu terutamanya perkara pokok..kerjasama didalam Pakatan Rakyat. Kalu diikutkan berkemungkinan topik ini paling tidak disukai oleh beberapa pimpinan yang proAnwar. Ustaz Azizan mungkin banyak perkara yang mahu disentuhnya. PAS Perak akan konsisten dengan kegilaan untuk bubar DUN dan lagi satu apa khabar PAS Penang dan Khalipap Umar. Selangor tak perlu diulas mungkin ada yang kena screw bawah meja..!

7. Agak lama juga terkedu mendengar perkara terakhir yang dikhabarkan oleh teman kepada Tukang Screw. Katanya perkara ini mungkin mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak tetapi masih ada ruang untuk berbincang dan mencapai kata sepakat. Mesyuarat esok juga akan membahaskan peruntukan undang-undang tubuh PAS berkaitan pemecatan seseorang yang mempunyai jawatan didalam parti. Nampak macam ada sorang dua yang nak kena screw esok.

8. Sebelum mengakhiri talian, teman Tukang Screw sempat berseloroh "hang jangan screw kuat sangat pasai esok ada yang lagi kuat kena screw" Tukang Screw sambut mari kita tengok sapa yang kena...Screwww...!

Tokey - Pasti akan menjadi medan untuk berselinsing lengan jubah puak-puak yang tidak puas hati antara satu sama lain. UMNO dalam proses transformasi, PAS juga harus begitu supaya kematangan PAS berpolitik di bumi bertuah ini hampir 50 tahun digeruni rakan komplot pembangkang bukan dijinakkan seperti kucing kelaparan.

Tuesday, October 27, 2009

Nizar News: Semuanya Kerana Kekebalan Presiden


Kita sudah sedia maklum PAS tidak akan mengadakan EGM dan perbalahan antara Nik Aziz dengan kepimpinan kanan PAS akan dibincangkan dalam mesyuarat khas esok. Pelbagai pihak melihat krisis terbaru PAS adalah kemuncak daripada ketidakpercayaan antara pemimpin semenjak PAS berjaya mentadbir penuh di 2 buah negeri.

Bullet yang dilemparkan oleh Nik Aziz untuk mengadakan EGM benar-benar memeranjatkan pemimpin dan ahli PAS seluruh negara. Perkembangan ini membuktikan bahawa wujud 2 kumpulan didalam PAS iaitu proPresiden dan pro Nik Aziz lanjutan daripada konflik cadangan penubuhan Kerajaan Perapduan (Unity Goverment) selepas Muktamar Agung Tahunan PAS 2009 yang lalu.

Dalam susur jalur komplot pembangkang Nik Aziz dilihat lebih akomodatif kepada aspirasi PKR dan DAP tetapi kumpulan proPresiden melihat situasi ini sebagai berbahaya kepada kepentingan agama dan kelangsungan bangsa Melayu.

Rata-rata pemimpin PAS tidak menduga bahawa Nik Aziz begitu beriya-iya untuk menghukum kumpulan proUG iaitu kumpulan yang cenderung kepada asas perjuangan PAS tanpa merosakkan hubungan langsung dalam komplot pembangkang. Harus diingatkan, cadangan untuk mengadakan kerjasama diantara UMNO dan PAS hanyalah melibatkan beberapa kepentingan agama dan bangsa dalam situasi menang-menang.

PAS menyedari UMNO mempunyai 'sesuatu' yang tidak ada dalam PAS dan begitu sebaliknya. Ibaratnya kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain. Mengapa komplot pembangkang yang diwujudkan hingga kehari dilihat dingin dalam asas perjuangan PAS.? Hingga menimbulkan reaksi tidak senang akar umbi yang menyifatkan PAS sudah mengadaikan segalanya hanya kerana mahu mengekalkan status quo komplot pembangkang. Bagaimanapun PAS dilihat gagal.

"Yang payah nak selesai ialah perbalahan orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.Yang saya takut ialah perbalahan ini sengaja dipanjangkan selepas ia disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tidak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat." Nik Abduh Nik Aziz

Apakah Nik Abduh sedar mengapa ayahnya bertindak sekeras itu mahu pemimpin 'bermasalah' disingkirkan ataupun mungkin dia tidak menyedari bahawa pemimpin yang 'bermasalah' itu sebenarnya adalah darah dagingnya sendiri.

Dalam kepimpinan PAS ataupun suara veteran PAS, Nik Aziz dianggap sudah hilang sengat sebagai pemimpin yang dihormati. Nik Aziz dianggap liabiliti cuma ketika ini Nik Aziz dihormati kerana tuanya bukan sebagai politikus yang hebat bak 20 tahun dulu.

Persoalan mengapa Nik Aziz begitu marah kepada kumpulan proHadi adalah kerana musyawarah yang berlangsung awal bulan oktober telah mencadangkan untuk meminda perlembagaan parti yang lebih terarah kepada kekebalan Presiden dan Timbalan Presiden. Cadangan pindaan ini sudah dipersetujui hampir keseluruhan dalam Jawatankuasa PAS Pusat. Atas persetujuan inilah Nik Aziz bertindak memboikot perbincangan itu.

Alasannya, jika pindaan ini berlaku bermakna keinginan untuk mengadakan perbincangan kearah UG akan terlaksana. Nik Aziz tahu pemimpin yang dimaksudkannya untuk kerjasama itu dan beberapa lagi pemimpin kanan yang dianggapnya menyebelahinya juga mula terikut-ikut rentak proHadi. Apakah Nik Aziz mula bersikap diktator lantaran daripada tindakannya itu.?

Seperti mana yang pernah disuarakan oleh Nik Abduh pada kontroversi akibat tulisannya dulu yang mengatakan, "ayahnya telah dinasihati oleh penasihat-penasihat yang bodoh dan memberi gambaran yang salah"mungkin ada kebenarannya hinggakan Nik Aziz sudah tidak mampu untuk dinasihati kerana hasutan dan adu domba sesetengah pemimpin PAS yang bersisi gelap.

Kerjasama yang direncanakan PAS bersama UMNO memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak demi agama Islam dan juga bangsa Melayu. Hingga artikel ini ditulis usahlah PAS hipokrit perihal bangsa kerana PAS juga amat concern berkenaan bangsanya walaupun diakhirat kelak kita tidak ditanya kita daripada suku bangsa apa.

Tokey - PAS masih dihati tetapi fahaman Anwarisme perlu dibuang.

Sunday, October 25, 2009

Nizar Flyingkiss Garam: Nik Aziz Nak Jadi Presiden PAS.

PAS tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, tetapi sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat bagi membincangkan isu parti.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu Bernama hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.

Salahuddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu semalam.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS. PAS akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkan (mengenai EGM)," katanya. Sumber: Malaysiakini

Tokey - Nik Aziz dah nyanyok dan perlu disingkirkan sebab dah jadi beban pada PAS. Cadangan dah ada tapi Nik Aziz main politik dia buat EGM sebab nak tanding jadi Presiden untuk menjadi diktator. Sumpah seranah Nik Aziz pada Tun Mahathir sudah terkena balik. Sapa suruh cakap Tun Mahathir diktator mahafiraun..!

Friday, October 23, 2009

Nizar Obses Garam: Seriuskah PAS..?


Persoalan berkaitan gesaan Kelab Penyokong PAS (KPP) [Rujuk] untuk menjadi sebahagian family songsang PAS dan diiktiraf serta diterima oleh kepimpinan PAS masih hangat diperdebatkan.

Paling kuat menyokong dan bekerja keras adalah Pengerusi Lajnah Perpaduan dan juga Ahli Parlimen Parti Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa. Haprak Daily dan Malaysiakini galak memaparkan isu ini kononnya untuk menunjukkan kepada rakyat akan keterbukaan dan semangat 1 Malaysia yang didahulukan oleh PAS.

Seriuskah PAS untuk menerima KPP sebagai dewan dalam PAS sama taraf dengan DPP dan Muslimat. Semua hasrat ini sebenarnya hanyalah mahu memperkudakan antara satu sama lain. PAS di satu sudut mahu menggunakan KPP sebagai batu loncatan mengukuhkan sokongan bukan Islam kepada PAS.

Walau bagaimanapun, sediakah PAS untuk merombak perlembagaannya hanya kerana mahu membentuk satu lagi sayap bukan Islam. Jika KPP diterima sebagai satu dewan yang berfungsi PAS perlu membuka keahliannya kepada bukan Islam. Ini bermaksud Perlembangaan PAS akan dirombak dan air ludahan terdahulu PAS termasuk amanat Hadi Awang Belit 28 tahun dulu akan dipalit ke muka PAS.

Paling mendatangkan persoalan mengapa mesti KPP beriya-iya mahu diupgrade sebagai sebuah dewan.? Apakah kini semua orang di Malaysia mahu mejadi ahli politik dan mencari kekayaan dengan berpolitik. Ingat, jika KPP dijadikan sebagai sebuah sayap dan keahliannya dibuka pasti akan mengundang pelbagai masalah.

Yang pasti disatu hari nanti atau paling hampir PRU ke-13 pemimpin KPP meminta kerusi untuk ditandingi dan jika PAS gagal memenuhi tuntutan pasti akan berlaku konflik dalaman ibarat virus ciptaan sendiri PAS. Bukan Islam melihat PAS boleh dikudakan demi kepentingan parti bukan Islam di dalam komplot pembangkang. Itu strategi halus yang tidak disedari oleh PAS.

Dr. Mujahid Rawa antara golongan profeSIALnal dalam PAS yang begitu ekstrim memperjuangkan hasrat ini. Dalam kepimpinan PAS Pusat, Dr. Mujahid bukanlah antara pemimpin yang boleh diharapkan walaupun dia berstatus AP. Semua orang dalam PAS Pusat tahu akan sikap ego dan dia banyak menimbulkan masalah terhadap kepimpinan PAS seperti mana yang berlaku di Melaka dan Penang. Last sekali dia bertanding kat Perak. Padahal dia orang Johor. Dr. Mujahid cuba mencari platform untuk menonjolkan dirinya.

Tokey tidak melenting hasrat KPP untuk menjadi sebahagian daripada family songsang PAS. Itu adalah cukup bagus untuk political mileage lawan PAS dan juga komplot pembangkang untuk PAS menuju kehancuran. Buangkan perkataan Islam pada nama PAS dan jangan terlampau angkuh dengan perjuangan Islam jika tidak mampu menjadi pejuang Islam yang baik.

Tokey - Belum lagi kedengaran reaksi daripada kumpulan Ulama berhubung isu ini. Mengapa tiada pemimpin ulama yang beriya-iya mahu menyokong KPP.? bimbang nanti fatwa songsang PAS menjadi Fak'wa kerana memakan diri sendiri.

Dengar cerita EGM akan berlaku rombakan besar-besaran melibatkan kepimpinan dan juga perlembangaan PAS. Fasal 3 ( tubuh negara Islam) akan dirombak kerana PAS merasakan sudah lapok dan tidak laku buat masa sekarang. Rombaklah perlembagaan PAS dan anta sokong jika KPP dijadikan sayap. [Rujuk]





Nizar Kantoi Speedtrap: Korban Aidiladha.!

Ahli Palimen Batu, Tian Chua akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen jika gagal mengemukakan rayuan berhubung tuduhan menghalang tugas seorang anggota polis dan menggigitnya.

Seperti diduga, Ahli Parlimen PKR Kawasan Batu Tian Chua mendakwa hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3,000 terhadapnya oleh Mahkamah Majistret sebagai tidak adil.

Beliau mungkin kehilangan jawatan sebagai ahli parlimen memandangkan dalam Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang ahli parlimen yang dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda melebihi RM2,000 akan digugurkan dari jawatannya.

Tokey - He..he..he.. Anwar mahu yang putih gebu ka atau yang mental dari Pelabuhan Klang..?

Nizar Mas Ngesot: DAP Pun Dah Tahu Songlap Menyonglap.

Apa nie mana you punya CAT Guan Eng.? Seperti yang diceritakan Screwkuat

DAP selama ini menyalak tentang integriti, ketelusan dan yang sewaktu dengannya untuk menunjukkan bahawa parti komunis ini layak memerintah Tanah Melayu.

BN terutamanya UMNO sebagai parti rasuah dan penuh penyelewengan perlu dilunyaikan dengan apa cara sekalipun bagi menafikan hak-hak Melayu supaya parti komunis ini boleh mengaut segala harta Melayu.

Apa yang Tukang Screw nak paparkan kali ini ialah wujudnya penyelewengan dalam DAP Perak yang amat dirisaukan oleh Ustaz Ngeh dan Ustaz Nga.Ustaz Nga dalam satu sembang-sembang dengan Tukang Screw terbuka cerita ini.

Alkisahnya, Jawatankuasa Disiplin DAP Pusat telah bersidang pada 3 Oktober lepas di PJ bagi menyiasat beberapa kes disiplin yang membabitkan pemimpin parti komunis ini di Perak. Yang dok menyonglap duit DAP kali ini ialah Leong Mee Meng, ADUN JALONG yang juga bendahari DAP Perak yang dah songlap lebih RM 30,000 duit DAP Perak.

Banyak jugak bukti yang didedahkan oleh beberapa orang ahli DAP cawangan yang membuatkan Leong Mee Meng terkedu tak boleh nak menepis. Khabarnya lagi DAP Perak cukup takut kalau-kalau kes ini terdedah kepada BN Perak sebab banyak peluru akan ditembak ke DAP Perak. Leong Mee Meng dikatakan hanya diberikan amaran dan sekiranya isu ini terdedah maka tindakan lain akan dibuat termasuk dipecat atau digugur dari jawatan ADUN. PRK lagilah nampknye!Nampaknya baru DAP sedar yang bukan senang nak memerintah.

Kita tak boleh nak tolong rakyat dengan air liur aje (ceramah sana sini). Duit pun kene huluq gak. Satu perkara lagi, DAP pun tak yakin boleh menang besar dalam PRU 13 jadi baiklah songlap apa yang ada depan mata. Bak kata pepatah "membujur lalu melintang patah, membujur aku sebat dulu melintang aku sesah". Sampai di sini aje Tukang Screw nak khabarkan.
Tokey - Bukan ker DAP dulu ada masalah gender..? Mungkin nak buat revenge kat Guan Eng dan penghina gender songlap duit lagi bagus.

Cuba tanya PAS Perak kalu kerajaan bubar DUN konfiden tak nak menang besar..! Jawapannya hanya Nizar Camry yang tahu.

Wednesday, October 21, 2009

Nizar News Update: Dr. Patpong Dr.Meletup

Menurut Dr.Porntip a.k.a Dr. meletup, Teoh mungkin mati kerana dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam. Menurutnya lagi, kecederaan pada lubang dubur Teoh boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh. MalaysiaKini

Persoalan, jika Teoh mati dicekik dan bukan kerana dia terjun untuk membunuh diri siapa yang membunuhnya..?

Dr. Porntip (macam tip lucah) mempertikaikan laporan bedah siasat Forensik Malaysia menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah tetapi tiada kesan kecederaan untuk melindungi diri.

Maksudnya ada seseorang yang tidak senang hati dengan Teoh kerana mungkin Teoh sudah terlebih kata kerana kes yang sedang disiasat sudah diketahui. Umum sudah mengetahui dan sudah ada keterangan daripada pegawai SPRM berhubung individu terakhir yang berjumpa Teoh dan keterangan perihal pertengkaran mulut antara Teoh dan juga Tan Boon Wah.

Jika benar keterangan Doktor kata Teoh membunuh diri bagaimana pula dengan kesan torehan yang wujud pada pergelangan tangan kanan Teoh.? Bukankah itu juga boleh ditafsirkan sebagai cubaan membunuh diri..!

Pasti lepaih nie, pejuang siber pembangkang akan mengatakan SPRM telah membunuh Teoh bersandarkan pada keterangan Dr. Punk Rock Siam nie. Jangan cepat melatah dan gunakan akal dan fikiran untuk menilai. Atas sebab apa mesti SPRM membunuh Teoh padahal Teoh adalah saksi depa dan bukannya tertuduh melainkan Tan Boon Wah manusia chi bai yang mengetahui selok belok kerja haram DAP yang terpaksa mencekik Teoh supaya menutup mulut terus.

Tokey - Kredibiliti Dr. Siam nie di Thailand tak diragui tetapi cuma nak tanya adakah dengan menilai daripada laporan bedah siasat dan juga gambar Teoh tanpa perlu memeriksa dengan teliti mangsa sudah mendapat penilaian yang munasabah .? Sudah boleh menetapkan satu pendirian yang bersandarkan kepada andaian.

Kita mengetahui dan sudah terbukti rakyat Malaysia hari ini hidup dalam suasana yang penuh dengan persepsi dan juga andaian yang kadang kala karut marut seperti sahabat yang boleh memberi isterinya untuk dikasihi dan terbukti berlaku hari ini.

Atau mungkin ketika ini ada pihak yang tidak senang duduk dengan pendedahan Dr. Siam itu atau mungkin Anwar Ibrahim berkira-kira dengan strategi untuk mengalihkan perhatian.

Monday, October 19, 2009

Nizar News Update: Bocor..! Post Mortem Bagan Pinang


Hasil post mortem tu agak menarik untuk dibincangkan. Cuba kita kaji:-

Pertama, Pakatan Haram mengakui yang kekalahan teruk PAS berpunca daripada jentera pilihanraya yang lemah. Alasan tak masuk akal! Satu Malaya dah dicanangkan yang Pakatan Haram berjaya memenangi 7 PRK selepas PRU 2008 kerana jenteranya yang mantap! Untuk Bagan Pinang ni, Al Juburi mengadap Al Gore untuk dapatkan dana kempen PRK.

Mana pergi dana tu? Risik-risik semasa kempen Bagan Pinang, Cikgu Bard mengeluh sebab PAS tak 'pump' dana kepada jentera PKR untuk bantu kempen PAS. Mana RM 30,000.00 yang musuh politik Tan Sri Isa Samad beri sebelum Penamaan Calon? Takkan masuk kocek sendiri kot.PAS Negeri Sembilan dituduh PKR gagal sediakan bahan-bahan kempen sehinggalah 2 hari sebelum mengundi.

Sedarlah, apa pun alasan jentera lembab berpunca daripada strategi kempen Pakatan Haram yang lapok. Ceramah, ceramah, ceramah, maki orang, dakwa diri sendiri bagus memerintah dan macam-macam lagilah yang tak lalu nak disebut. Tukang Screw memang nampak kelemahan tu. Memang tiada koordinasi sebab Pengarah Pilihanraya, Salahudin Ayub hilangkan diri sebab dicari polis.

Puncanya Salahudin Ayub dah sebarkan berita-berita fitnah yang menggalakkan konflik sesama Melayu dengan mengada-adakan cerita seorang petugas PAS ditetak dengan parang dikepala! Harap-harap selepas ini polis dan SB boleh cari balik Salahudin Ayub dan sumbatkan ke Kemunting!

Kedua, Pakatan Haram dakwa UMNO guna pendekatan politik ganas untuk menakutkan jentera dan petugas PAS yang tak dapat menembusi beberapa kawasan di Bagan Pinang. Sedarkah PAS yang Bagan Pinang bukan pentas tarian parti syurga? Terlupakah PAS yang amalan yang sama juga digunakan masa di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Permatang Pasir?

Lupakah PAS yang mereka ni pun ganas sampai belasah 'budak-budak UMNO' di Bagan Pinang? Tukang Screw ada terdengar satu ungkapan atau gelaran yang diberikan oleh penduduk Bagan Pinang kepada orang-orang PAS totok sepanjang kempen tempoh hari; "Mak oi, pakai kopiah tapi hati busuk", "Harap serban aje bosa, kepalo otak kocik"!

Fikir-fikirkanlah maksud tersirat daripada ungkapan itu.

Ketiga, Pakatan Haram menuduh BN guna pendekatan provokasi dan sentimen perkauman terhadap pengundi Cina dan atas pagar hingga menyebabkan mereka takut untuk mengundi pembangkang. Kelakar jugak bunyinya. DAP terlupa ke yang selama ni bahan-bahan kempen mereka lebih kuat bau perkaumannya untuk tarik sokongan pengundi Cina?

Malas Tukang Screw nak komen takut dituduh 'racist'. Ini bukti yang menunjukkan DAP gagal membantu calon PAS semasa kempen sebab kurang turun jumpa pengundi Cina! Itupun PAS tak sedar yang DAP memang tak ikhlas nak bantu mereka.

Keempat, Pakatan Haram mendapati isu-isu yang mereka mainkan tak relevan dan tidak sesuai dengan budaya pengundi di Bagan Pinang. Untuk makluman Pakatan Haram, rakyat Malaya di sebelah selatan tak makan dengan kelentong putar alam korang yang begitu jijik dan menjelekkan! Isu arak dan Kg.Buah Pala pun tak selesai, inikan pulak nak cerita keburukan orang lain! Al Juburi sendiri tak selesai kes liwat di mahkamah, hahahaha.

Terkejut gak Tukang Screw sebab terjumpa iklan KY Jelly di Bagan Pinang. Sempat jugak Al Juburi promosi barang baik tu. Jadi itulah ceritanya, rumah roboh pahat berbunyi! Dahlah kalah teruk, ada hati nak buat post mortem nak menyalahkan BN!

Salahkanlah diri sendiri yang sebenarnya tak ikhlas dalam perjuangan. Cerminlah diri dan hiasi peribadi! ZZZZZZZZZZZZTTTTTTTTTTTTTTT....screw dah masuk!

Sumber : Screwkuat
Tokey - Nak lebih tau tanya Cikgu Bard dan Salahuddin Ayub.

Friday, October 16, 2009

Nizar News: Tokey Menyokong, Anda Bagaimana.?

Tokey memetik kenyataan Mujahid Yusuf berkaitan pembentukan sayap baru PAS:-

Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap PAS yang mempunyai perlembagaan mereka sendiri tidak lama lagi.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada penduduk keturunan India di Pokok Machang, Tasek Gelugor.

Sumber: Harakah Daily

Tokey : Menyokong penuh pembentukan sayap baru PAS. Anda bagaimana.? Inilah dikatakan Islam sebagai alat. PAS memang macam tu.!!

Thursday, October 15, 2009

Nizar News: *Pemudi Jihad PAS


Tuan Ibrahim Tuan Man sibuk hendak pertikaikan kemenangan Isa Samad yang telah menampar muka Nik Aziz dengan undi yang sangat besar. Kemenangan yang telah mencalarkan ego PAS yang takbur cuba menafikan kredibiliti pengundi. Tak pa..biaq kat dia nak riak dan takbur sebab penampor demokrasi dah hingap kat depa.

Kita fikir kenapa mesti depa semua riuh hendak pertikaikan kemenangan Isa. Kenapa depa tak sibuk pasal militan-militan PAS yang berjuang jihad hingga berparang dan bertetak (kononnya) luka berjuang atas nama jihad. Lebai Din Tantawi pun annouce jihad pada *pemudi2 PAS seluruh negara.

PAS lupa jasa *pemudi2 jihad nie. Sama kes macam *pemudi unit amal masa demo Anti ISA kat KL dulu yang patah riuk sebab kemalangan. Dengaq cerita pemudi tuh langsung tak dijenguk dan dibantu. Cayalah PAS yang baik hati..!

Berbalik pada isu di Bagan Pinang, PAS sebenarnya cuba menutup kelemahan dan kekalahan depa dengan mencipta aura ini. Kelemahan depa yang tidak susun gerak kempen selain berbangga dengan kemenangan sebelum ini telah melalaikan PAS. Huh..! Islam bawaan PAS untuk takbur.

Pokoknya, PAS cuba berselindung daripada isu semasa. Tokey nak tanya awat yang depa tak buat laporan Polis pasal *pemudi yang kononnya kena tetak dengan 100 orang pemuda UMNO. Mana dia..? Pasal apa yang depa tak besarkan isu ini hingga peringkat nasional padahal ini lebih menguntungkan depa untuk rakyat lebih kesian dengan perjuangan PAS.

Depa tak buat pasal depa yang tarok sirap dan koyak baju *pemudi itu dan ambil gambar pastu kecoh dalam web. Depa yang create bende bodoh dan tunding kat oghang lain. Ajaib tak..! Senang cerita, PAS memang expert dalam bab menipu dan buat kecoh. Dah banyak sangat contoh.

Tokey - Lepaih nie depa pakai sos cili plak, lebih pedas lebih sedap cerita yang akan dibikin skripnya.

*Tokey panggil Pemudi sebab bila dengan sesama Islam (UMNO) bukan main garang lagi tapi bila dengan kafir harbi DAP, depa menikus unta.

Nizar Forsaken: Keinginan Chin Peng Buat Kali Terakhir.


Sahabat Tokey mengirimkan SMS yang mengatakan beberapa pemimpin kanan DAP telah berlepas ke Thailand untuk bertemu dengan Chin Peng bagi membincangkan proses mahkamah untuk membawanya pulang semula ke Malaysia. Antara yang dikenali dalam rombongan itu adalah Ngeh Ko Ham, Wong Wing Onn (bekas AP Kampar), M. Kulasegaran dan Chan Kok Keong, Peguam.

Pemergian wakil DAP bersama peguam adalah susulan daripada keputusan Mahkamah yang menolak kes samannya terhadap kerajaan Malaysia dan enggan membenarkan permintaan Chin Peng untuk bermaustatin di Perak. Nak lebih tahu klik

Malaysian Insider pernah release kisah Chin Peng nie pada 14 Okt lepas. Bagaimana pun apakah sebenarnya punyai maksud tersirat Chin Peng yang kepingin pulang setelah dulu dia pernah meludah untuk tidak menjejaki ke Malaysia.

Kita harus tahu, fahaman ideologi komunis tidak pernah terpadam dalam diri anggota komunis yang berselerak di seluruh negara. Walaupun depa pernah mengisytiharkan tidak lagi menjadi pejuang komunis tetapi itu adalah secara fizikal dan fahaman itu masih lagi subur dalam diri depa.

Melalui pelbagai persatuan dan paling besar Persatuan Persahabatan Berpanjangan/Pheonix pejuang komunis selalu bertemu dan membincangkan keinginan untuk menyebarkan fahaman ini melalui cara halus dan tersusun seperti melalui penyusupan didalam parti politik. DAP adalah salah satu harapan dan kini ideologi songsang ini sudah menular didalam PAS.

Tokey - Itupun PAS berangan-angan mempertikaikan undi Pos Tentera walhal depa juga berjuang untuk ChinPeng kembali ke Malaysia. Sapa yang nak pujuk bekas tentera yang terkorban memerangi Chin Peng. Nak suruh Nik Aziz atau Salahuddin Ayub..?

Nizar Poligami: Nik Aziz Punya Statement

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan faktor kesilapan strategi menyebabkan parti itu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas menghadapi kesukaran menembusi kawasan Bagan Pinang yang masyarakatnya masih lagi tidak terdedah dengan perjuangan parti tersebut.

“Boleh jadi, (silap strategi) orang Negeri Sembilan tidak biasa dengan Pas. Contohnya, rumah yang saya pergi tidak tahu apa itu Pas, yang dia kenal Pas ini ganas,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK 2009) Peringkat Negeri Kelantan, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abd Fatah Harun yang mendakwa faktor kekalahan parti itu di Bagan Pinang adalah disebabkan kesilapan strategi khususnya penceramah Pas yang banyak menggunakan pendekatan menyerang berbanding penerangan. Nik Aziz dah bilang dah..!

Sehubungan itu, Nik Aziz berkata, adalah perkara yang sukar untuk petugas Pas menjalankan kempen lebih-lebih lagi terdapat banyak unsur ugutan yang berlaku sepanjang pilihan raya tersebut dijalankan. “Orang Negeri Sembilan masih ketinggalan dengan Pas.

Oleh itu, bila kita berkempen, sudah la benda baru, bila datang ugutan (dari Barisan Nasional) makin mereka tidak mahu,” katanya. Nik Aziz berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbiran beliau akhirnya akan ditentang kalangan ahli UMNO sendiri.

Malah, menurutnya, konsep tersebut akan ditolak masyarakat pelbagai kaum di negara ini kerana ia diperkenalkan individu yang berada dalam sebuah parti Melayu. “Bagi saya, 1Malaysia tidak boleh. Teori ini keluar daripada Presiden UMNO. Dia sendiri parti Melayu, kalau dia kata ‘united Muslim’ lain.

Tetapi bila dia sebut ‘united Melayu’, kenapa Cina nak terima Melayu, mereka mempunyai bahasa dan tulisan sendiri. “Malah, mereka mempunyai sejarah yang jauh lebih hebat dari Melayu. Adakah mereka perlu turun ke bawah? Melayu masih di bawah, ekonomi di bawah, kesihatan di bawah. Jadi adakah mereka akan ikut?" katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz mengakui bahawa terdapat banyak infrastruktur di Negeri Kelantan menamakan bangunan mereka dengan menggunakan istilah bahasa Inggeris. “Oleh itu, saya minta kaji semula supaya Bahasa Melayu dipopularkan.

Tanda jalan, nama hotel semua sekali. Di Kelantan saya tidak tersedar kerana suasana dan keadaan menyebabkan saya sebagai pemimpin hanyut,” katanya. Sinar Harian

Tokey - Nik Aziz pikior oghang nogori takdo suratkabor dan internet ko sampai tak konal apo itu PAS. Pasal bahasa, den nak kato poie la agungkan bahaso rakyat macam ekau agungkan ketuanan rakyat. Buek apo peduli pasal bahaso melayu. Bahaso rakyat tu apo.? semuo ado, cino, melayu, india dan macam2 laielah...

Wednesday, October 14, 2009

RM200 Untuk Anak Pertama

Dalam ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO, dia mencadangkan supaya kerajaan:-
  1. 1. Menubuhkan tabung pinjaman perumahan (mungkin begitu bunyinya) yang menetapkan kadar faedah yang rendah.

2. Memberi diskaun kereta nasional kepada pasangan yang mendapat anak pertama.

3. Selain diskaun, cadangannya juga mahu sebanyak RM200.00 diberi kepada sesiapa yang mendapat anak pertama.

4. Baucer untuk mendapatkan barangan keperluan asas.

Tokey - Jika Najib ingin merombak barisan kabinetnya, beliau mungkin boleh memberi portfolio Shahrizat kepada Khairy untuk dipertimbangkan.

pssstt...Maukah Khairy jawatan menteri pujaan hati.? He..he..he

Siapa Pula Keluarkan Chameleon Dari Sangkar.?

Pemuda Umno hari berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang" menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya.

"Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.

"Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin di persidangan agung Pemuda Umno 2009 hari ini.

Dalam ucapan sulung itu, beliau juga menuduh Pakatan Rakyat sebuah gabungan yang tidak berpegang pada prinsip apabila tidak tegas mempertahankan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada perlembagaan.

"Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?" katanya di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Malaysiakini

Tokey - Siapa pula keluarkan chameleon itu dari sangkar dan siapa pula yang lidah bercabang.?

Tuesday, October 13, 2009

Nizar Fasola : Pemimpin PAS Pun Marah Kat Ahli

PAS masih lagi berkokok tidak puas hati dengan kekalahan di Bagan Pinang. Itu sudah biasa bagi partai yang bernama PAS. Depa memang jenis tidak dapat menerima ketentuan Allah. Walaupun meletakkan Islam sebagai teras perjuangan melalui fasal 4 Perlembagaan PAS tapi perkara pokok Qada dan Qadar PAS mahu menyanggah.

Laman rasmi PAS dan blog prokomplot pembangkang berterusan menafikan kredibiliti pengundi yang memberi kemenangan besar. Kata depa tak mungkin UMNO mampu mencapai kemenangan sebesar ini tapi depa enggan menyebut PAS tak bejaya mencapai undi yang habis lari ke UMNO.

Harus diingat, undi PAS kali ini adalah undi protes kerana calon yang dibawa PAS adalah calon yang tidak mencapai piawaian akar umbi. Akar umbi PAS menggunakan kuasa undi untuk menghalau PAS daripada Bagan Pinang. Maksudnya, pemimpin PAS turut mengatakan 'bodoh' kepada ahlinya yang paling teruk akar umbi PAS dah bijak nak hukum pemimpin depa.

Tokey - Yang mana masih lagi jadi ahli PAS lebih elok korang keluar pasal pemimpin korang pun kata korang bodoh pasal bagi undi kat Isa.! Macam nie punya jenis pemimpin pun masih nak sokong.?


Tiada Apa Yang Dihairankan.


''Jangan lupa dalam pembangkang pun sama, Zaid diterima dengan hati terbuka oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), jadi jika mereka boleh menerima orang seperti Zaid, mengapa pula Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dijadikan sebagai isu besar," katanya.

Sebaliknya beliau berkata, Mohd. Isa telah pun menerima hukuman dan kesalahan yang dilakukannya itu juga bukan kesalahan jenayah tetapi melanggar etika parti. Utusan Malaysia

Bila dah habis pilihanraya pasti kedengaran suara-suara sumbang mempertikaikan proses demokrasi yang telah dijalankan.

Rasanya belum pernah kedengaran suara sumbang daripada pemerintah setelah depa tewas 7 kali dalam piliharaya untuk sepanjang tahun ini.

Pemerintah barangkali sudah imun dengan kekalahan dan depa sudah tak kisah jika kalah berkali-kali kerana depa sudah melakukan yang terbaik. Itu sikap terbaik yang ditonjolkan oleh pemerintah.

Dalam ceramah-ceramah depa diseluruh negara habis semua depa kutuk Isa monang di Bagan Pinang. Tiada apa yang dihairankan, Isa monang di kawasan sendiri. Dia ambil rasuah tapi dah pun kena hukum tiada bezanya. Tapi paling celaka bila Nizar MB Pokok hina oghang Bagan Pinang pasal pilih Isa Samad. Apa punya bodoh mentaliti.

Jadi adakah kita nak cakap oghang Permatang Pauh juga bodoh macam Nizar kata sebab pilih peliwat dan banduan yang dihukum kerana salah guna kuasa. Belum pernah dengaq pemerintah pertikai kredibiliti pengundi bila depa kalah bertalu-talu. Sebab itulah, PAS dihalau dengan malu di Bagan Pinang kerana depa gagal menjadi pembangkang yang bermutu dan matang.

Tapi jika yang selalu menang kalah tiba-tiba itu akan menjadi satu masalah. Heh..! kenyataan selalunya pahit. Mungkin Muhyiddin Yassin boleh menjadi guru yang terbaik.

Sunday, October 11, 2009

Nizar Tercekik: Sweeping PAS From Bagan Pinang

Kata Anwar untuk PAS di Bagan Pinang

Serban sudah dibungkus, meja kerusi sudah diangkut. Sweeping PAS from Bagan Pinang
.

Nizar Of Puppets: Kerana Ini Anda Menjadi....

Ringankan minda hayati produksi tunggal Hentai PAS....

Aku perlukan KY Jelly...! Itu yang diucapkan lelaki yang berjubah menutup mukanya kerana enggan diambil gambar

Kantol..! Kerana KY Jelly kami berlari hingga tidak mempedulikan sesiapa. walaupun berkopiah kehebatan KY Jelly tidak mengenali sesiapa.

Pundek..! Laungan beramai-ramai kedengaran apabila penaja KY JElly mula memecut kenderaan kerana tidak menyangka sambutan yang begini luar biasa.

Penaja-penaja Utama:


Friday, October 09, 2009

Nizar Cirit Dalam Seluar: Kepercayaan Diri Ahli PAS Sebabnya Disini.

Siapa yang baca dan layari laman diatas anda pasti setuju dengan Tokey. Daripada dulu sampai sekarang inilah laman web rasmi PAS yang selalu memutar belitkan fakta. Penyokong dan ahli totok PAS mengalami masalah kepercayaan diri adalah kerana terlalu banyak membaca sumber daripada sini. Ini kerana depa menerima bulat-bulat apa yang dipaparkan tanpa menggunakan akal kurniaan illahi untuk berfikir.

Iklan-iklan seperti minuman, pakaian, pendidikan dan paling meninggalkan kesan adalah ubat kuat yang telah menjejaskan mentaliti ahli PAS untuk menerima sumber informasi lain. Begitunya blog, penulisan tanpa sempadan medium ini telah mewarni dunia maklumat hari ini yang memberi pelbagai bahan untuk tatapan dan pembacaan songsang.

Tokey - Tak kira media cetak dan media elektronik komplot pembangkang depa tidak pernah untuk cuba menjadi komplot yang terbaik melainkan menimbulkan sifat syok sendiri dalam diri masing-masing.