Sunday, October 25, 2009

Nizar Flyingkiss Garam: Nik Aziz Nak Jadi Presiden PAS.

PAS tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, tetapi sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat bagi membincangkan isu parti.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu Bernama hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.

Salahuddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu semalam.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS. PAS akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkan (mengenai EGM)," katanya. Sumber: Malaysiakini

Tokey - Nik Aziz dah nyanyok dan perlu disingkirkan sebab dah jadi beban pada PAS. Cadangan dah ada tapi Nik Aziz main politik dia buat EGM sebab nak tanding jadi Presiden untuk menjadi diktator. Sumpah seranah Nik Aziz pada Tun Mahathir sudah terkena balik. Sapa suruh cakap Tun Mahathir diktator mahafiraun..!

6 comments:

eXception said...

Itu cita-cita sbnr Nik Aziz, dia nak kuasai PAS dgn menggunakan pengaruh Anwar...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Anonymous said...

bodoh punya melayu..

nik ajis adalah manusia yang bertanggungjawab menjahanamkan ummah, anwar ibrahim mengadaikan maruah ummah

YANG GAMBI said...

Salam Tokey, Nik Aziz mungkin tak mahu jadi Presiden PAS selagi dia ada kuasa mutlak sebagai Mursyidul Am, dia mahu memberi luang kepada orang-orang yang kurang ilmu, jangan melebihi dia supaya senang nak diperbodohkan. Haji Hadi ilmunya lebih dari Nik Aziz, sebab itu dia takut sangat......

Apache said...

Biarkan Pas terjun dengan labu-labunya...biarkan...biarkan

Anonymous said...

Nik Ajis tu dh takbur. Dia ingat pengaruh dia hebat sgt dlm PAS. Dia hanya dipergunakan. Kalo dia berani cabar Hj Hadi, cubalah. Kita akan beri dia malu yg tak akan dia dapat lupakan. Dia sebenarnya sudah tidak diperlukan lagi. Hanya beberapa kerat saja yg masih menyokong dia, terutama PAS Kelantan. PAS negeri lain kata, bye, bye lah. Jika nk diumpamakan, dia samalah spt ex PM UMNO dulu. Beliau dh jd beban kpd parti. Hanya beberapa kerat org2 berkepentingan saja yg masih memerlukannya. Aku fikir, jika nik ajis disingkirkan dari PAS, maka PAS akan bertambah kuat. Imej nik ajis kebelakangan ini byk terjejas oleh lidah dan tindak tanduknya yg tidak menggambarkan taraf seorg ulama pd dirinya. Buah fikirannya sudah lusuh dan tidak sesuai dgn zaman, bersesuaian dgn fisikalnya yg kian lusuh. Maka kebanyakan org2 PAS memikirkan, lebih baiklah beliau menarik diri dgn hurmat agar imejnya tidak terus terjejas dan bertambah merudum.


ahli bosan

tayapijau said...

PAS = Kwarij.

Tahu nabi kata apa patut dibuat oleh pemerintah islam keatas puak kwarij ni?