Thursday, March 26, 2009
UMNO dan Kemewahan
Sepanjang berlangsungnya Pemilihan Agung UMNO semacam ada sesuatu yang tidak kena dengan UMNO. Di dalam UMNO itu dilihat telah menwujudkan puak-puak yang condong ke arah seseorang pemimpin. Budaya ini jika UMNO tidak mengambil serius dikhuatiri akan melemahkan UMNO yang telah sedia lemah.
Bagaimana pun dalam mencari kekurangan itu, GM dapat melihat kemegahan UMNO yang paling menonjol disebalik imej UMNO yang elitis, UMNO masih belum belajar sepanjang penubuhannya kerana UMNO hari ini telah dilihat terlalu elit dan prestij. Inilah yang menyebabkan cakap-cakap yang tidak enak oleh kalangan rakyat yang semakin menjauhkan diri dari UMNO.
Rakyat melihat UMNO sebagai sebuah parti yang kaya, mewah dan bercitarasa tinggi. Cubalah dilihat sepanjang persidangan ini berlangsung, terlihat deretan kereta-kereta berjenama luar parking dan keluar masuk di PWTC. Semewah-mewah Porsche dan sekecil Perdana V6 menghiasi ruang letak kereta PWTC.
Tun Dr. Mahathir pernah berkata, jika kita melihat sebuah kereta mewah parking, terlibat kemalangan atau menyulusuri jalan raya di bandar sudah tentu itu adalah kereta mewah milik orang Melayu. Tun berpandangan demikian kerana orang Melayu kini sudah mampu berbelanja besar dan tahap ekonomi yang semakin baik kesan dari dasar-dasar yang direncanakan beliau khususnya untuk orang Melayu.
Selain itu, sepanjang kempen-kempen melobi calon-calon dapat dilihat betapa mewahnya UMNO dengan baju-baju yang pelbagai design (Polo Tee) yang tentu memerlukan belanja yang besar untuk penyediannya. Baju-baju itu memaparkan calon-calon yang bertanding beserta no. calon dan logo UMNO. Dikhabarkan kesemua baju-baju itu disponsor oleh calon Ketua Pemuda dari Selangor yang telah tewas di tangan calon yang kaya raya. Ini secara tidak langsung menonjolkan imej UMNO ditempat yang betul tetapi pada masa yang salah.
Untuk bermewah-mewah bukanlah sesuatu yang dilarang tetapi dikesempatan UMNO mengadakan pesidangan seeloknya tonjollah imej yang sederhana. Rakyat semua sudah maklum akan kemewahan UMNO tetapi disaat UMNO ingin melakukan transformasi gunakanlah sebaik mungkin peluang itu untuk meraih kembali sokongan marhaen.
GM malas nak ulas kelibat calon-calon yang bertanding cuma GM ingin menanyakan adakah ahli UMNO kini boleh digelarkan sebagai ''Instant Supporter'' atau ahli-ahli yang betul-betul ''hardcore'' dan berjuang untuk pemimpin dan partinya.
Sesiapa boleh berikan jawapan.?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
orang melayu yang berjawatan dalam UMNO memang hidup mewah. Itulah yang ditonjolkan dari dulu hingga kini, yg menyebabkan berebut-rebut nak pegang apa saja jawatan dalam umno tanpa mengetahui apa tujuan mereka masuk umno dan tanpa mengenali diri sendiri terlebih dulu... kerana ingin mengikut jejak ke arah itu... ke arah kemewahan dan keselesaan yg diidam-idamkan...
saya bersetuju dengan pendapat saudara..UMNO hari ini menjadi tumpuan manusia hipokrit yang mengejar kebendaan semata-mata. Tidaklah semua yang bersifat begitu tetapi langkah manusia hipokrit di dalam UMNO yang akan merosakkan keseluruhannya. UMNO perlu ditransformasi sebetul-betulnya. Buangkan pemimpin yang bertuhankan helaian wang kerana pemimpin sebegitu harus dipetisejukkan sahaja.
kita sayang umno tapi yang buat rosak ialah mereka yang mahu mencari imbuhan
kalau tak ada helaian wang, masihkah sudi mahu jadi pengikut? lakukan mengeluarkan arahan dan mengharapan orang hanya dengan tangan kosong?
akan bergerakkan kenderaan tanpa minyak...?
inilah persoalannya.
contoh: datuk mukhriz tercorot dalam pemilihan KPU kenapa? sedangkan dia nampak lebih berkaliber dan berdaya saing dgn yg lain2. adakah kerana dia tak keluar modal maka kurangnya meraih undi..?
(bukan maknanya saya menuduh yg lain tu keluar modal untuk raih undi).
apa pandangan saudara?
UMNO = Untuk Manusia No Otak
saudara Z-May,
Cakap-cakap rakyat sekarang mengambarkan Pemuda tidak disokong oleh kepimpinan yang tulen. Pemuda hari ini dilibatkan oleh kuasa helaian wang.
Itu tidak dapat dinafikan. Jika Pemuda UMNO melakukan pembersihan sekalipun masih belum mampu menarik sokongan yang kian hilang.
Dalam Pemuda suara ahli bawahan dinafikan dan selepas ini pasti UMNO akan melalui laluan sukar kerana Pemuda adalah front line UMNO.
Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah medan ujian terbaik.
Mengapa UMNO nampak mewah.
Disitulah lubuk mencari rezeki, tambahan pula kebanyakkan anggota UMNO adalah businessman atau konglomerat.
Inilah yang silapnya UMNO. Perlu kita ingat, UMNO ditubuhkan oleh golongan marhaen seperti pendidik, petani dan nelayan dan golongan berpendapatan rendah, dan juga segelintir alim ulama', bukan ditubuhkan oleh businessman atau konglomerat.
Sejak penjawat awam dilarang terlibat berpolitik, keahlian UMNO menjadi berasaskan kewangan dan mewah. Inilah yang perlu dilakukan oleh saf kepimpinan baharu agar UMNO kembali dianggotai golongan yang pada awalnya menubuhkan UMNO dan membawa panji kemerdekaan bersama.
Post a Comment