GM kelmarin pegi di Masjid Negara bukan niat nak turut serta berdemonstrasi tapi nak melihat situasi. Apa yang GM tau perancangan awal Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Polis beri permit hanya berhimpun di Masjid Negara. Klik. Dalam jam 1255 pemimpin GMP yang itu Dato' Hassan Ahmad dan A.Samad Said tiba di Masjid Negara.
GMP ini adalah satu kumpulan yang ditubuhkan secara ad-hoc yang ditunjangi oleh PAS dan PKR kononnya mereka adalah pejuang rakyat tulen. Pegiirrahhh....
Dengan bersongkok kedua-dua pemimpin itu disambut oleh ratusan penyokong yang kebanyakan PAS tegar dan dikawal oleh Unit Amal PAS. Fuuyyooo..!!! lagak dah macam SWAT Team US. Dan macam biasa laungan takbir berkumandang.
Kedua-dua pemimpin itu memberi sedikit ucapan kepada penyokong dan para media yang hadir. Apa yang lucu bagi mereka ini adalah pejuang bahasa Melayu tetapi bercakap dalam loghat Indonesia yang tersangat pekat. Hairan Bin Ajaib mungkin tersalah korum.!
Kemudian tiba sekumpulan Cina yang khabarnya dari Persatuan Cina Selangor dan Wilayah menyokong perhimpunan itu dan mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI. Apa hal yang group ini sampai di hadapan Masjid Negara. Inilah yang tidak disedari oleh penyokong GMP. Ada niat tersembunyi disebalik sokongan kumpulan Cina. Apa yang pasti sokongan ini datang dari Kumpulan Dong Jng Zhio (DJZ) yang sangat kuat semangat kecinaannya.
Bagaimana pun sebelum masuk waktu Zohor, Presiden PAS bersama-sama strike force (Unit Amal PAS) hadir bagi manyatakan sokongan kepada penyokong GMP. Sementara itu, di Kompleks SOGO dan kawasan sekitarnya lebih ramai lagi penyokong GMP yang bersedia untuk berarak ke Masjid Negara yang diketuai oleh Mahfuz Omar, Salehuddin Ayub dan Saifuddin Nasution.
Selepas solat Zohor, kumpulan ini terus bergerak setelah kumpulan dari SOGO sampai dan disinilah tercetusnya ketegangan seperti orang yang hilang akal kumpulan ini terus merempuh Polis yang berkawal membuat halangan dan tercetus sedikit kekecohan. Tanpa mempedulikan arahan Polis kumpulan sialan ini bergerak menuju ke Istana Negara dan bergabung bersama kumpulan Mahfuz Omar dan terus membentuk ribuan manusia-manusia dungu berarak ke Istana Negara.
Sungguh menyedihkan, manusia-manusia dungu ini tidak beretika seperti hilang kewarasan kononnya perarakan ini adalah untuk menyuarakan bantahan dan kutukan kepada kerajaan. Perhimpunan yang pada awalnya telah dijanjikan di Masjid Negara terus bertukar ke Istana Negara. Jika Agong tunggu depan Istana pasti sudah dihalau manusia dungu ini.
Akibat keadaan tidak terkawal Polis FRU terpaksa melepaskan beberapa das tembakan pemedih mata bagi menyuraikan keadaan dan menghalau manusia dungu supaya tidak menghampiri Istana negara.
Apa yang GM cuba nak tulis disini adalah untuk menyangkal laporan yang di tulis di Harakah Online. Klik. Klik. Klik
Ini adalah pembohongan, macam biasalah Harakah pasti tak mau kalah punya. Perarakan tak sampai 6,000 manusia-manusia dungu bukan 100 ribu seperti yang ditulis. Kalau 100 ribu pasti lumpuh bandaraya Kuala Lumpur deh..!
Adakah tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata disifatkan sebagai menderhaka. Amat cetek si penulis ini. GM lihat semasa kumpulan ini bergerak ke Istana Negara dalam kumpulan yang besar Polis telah memberi amaran supaya tidak menghampiri kawasa Istana tetapi sebab dan dungu makan semut banyak sangat kumpulan terus menghampiri dan akibatnya FRU terus melepaskan gas pemedih mata.
Pihak telah memperkenan untuk menerima memorandum tetapi dimana pemimpin-pemimpin PAS semasa kumpulan ini menghampiri Istana. Pemimpin PAS hanya tau membakar semangat kemudian lari meninggalkan dan bersembunyi di bawah pokok ketapang. Apaaraa...
Apa yang pasti kebanyakkan gambaran yang di tulis dalam kitab fitnah Harakah hanyalah untuk tatapan penyokong dungu yang tidak dapat menghadiri perhimpunan itu. Secara umunnya PAS dan GMP gagal mematuhi arahan Polis untuk berhimpun hanya di Masjid Negara tetapi langkah mereka telah sampai ke Istana ini yang dikatakan cakap tak serupa bikin.hhaaattuuiihhhh..
Setelah melihat temasya itu GM angkat kaki start motor dan terus memecut meninggalkan Masjid Negara dengan seribu persoalan. Apakah mereka tidak mengkaji sejarah Perjanjian Pangkor 100 tahun dahulu dan niat sebenar bangsa asing terhadap orang Melayu.?
2 comments:
Salam GM,
Perkara 152 dalam perlembagaan telah termaktub dan jelas perlu difahami oleh warganegara Malaysia.
Perlaksanaan pengajaran bahasa inggeris dalam subjek matematik dan sains tidaklah ditafsir mencabul kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Yang kelihatan dan tersirat ialah pertubuhan NGO dan penyertaan Parti Pembangkang saja mencari ruang menghentam dasar kerajaan di bawah dukungan parti UMNO.kenapa setelah 6 tahun berlalu sistem ini dipanaskan,sepatutnya ketika sistem ini perkenalkan bantailah TUN MAHATIR.
Nampaknya ada mesej lain yang nak diperjuangkan kot! siapa tak kenal PENASIHAT PKR dan KETUA PEMBANGKANG.
Apapun kita kena sokong juga seruan PAK LAH agar pihak yang berkenaan buat keputusan bijak berhubung perkara ini.sebab kita duga ISU inilah yang berterusan sehingga PRU 13.
Salam
Anak-anak kita sudah belajar PPSMI..
Takkan kita mahu ia diundur semula..
walaupun belajar tak banyak.. tapi ia amat penting untuk masa depan.
Berundur bermakna menuju kearah kebodohan semula..
Pertahankan PPSMI..
Wassalam...
Post a Comment