Tuesday, March 17, 2009
Ikan Bilis Kita Goreng, Ikan Bawal Kita Lepas
Buka komputer lagi cerita orang berebut kuasa. Kali ini cerita orang politik. Si A kena tuduh rasuah politik mengugut nak letak jawatan masuk parti tunggang langgang. Kemudian penyokongnya pulak pakat-pakat nak undi calon B yang melopong nanti calon C sebab 1 lawan 1. Dah kira bagus le tuh one by one kira jantanman la..
Dalam dok sibuk bekerja buat paper work projek di selatan tanah air, berbunyi pulak henfon ni. satu msg diterima. Cerita berebut lagi. Kali ini berebut taknak serah jawatan. Si B minta serah jawatan bila tiba masanya, Si A kata "Wait and See"..Mendengus Si B. Yelah yang dibawah-bawah ni cakap "come on la be gentleman"..be gentlemen katanya.
Disuruhnya malaikat jibrail ini buka satu kertas siasatan. Di selak dari satu helaian ke satu helaian..Ah..Bos, ikan bilis kita kasi goreng, Ikan bawal kita lepaskan..ini punca rezeki kita. Malaikat jibrail ini masih dikontrol rupanya.."Takper selagi aku masih berkuasa".
Tup-tup yang dekat kena jek warning letter lagi satu "kau boleh blah"..selamat kiranya. Aduih..yang suruh goreng ikan bilis, apahal..ikan bawal tu kan lagi sedap..Si Penguasa dengan jaring emasnya takkan tinggalkan jaringnya kerana tahu dimana lubuk ikan. Ha..Ha..Ha..nasib-nasib, dunia ini tidak adil.
Lagi Artikel Menarik : Mesti Baca
Tuesday, March 10, 2009
Hua..hua..hua

Monday, March 09, 2009
Nizar Dah Tahu Realitinya.
Seperti pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Nizar a.k.a Jebat Moden sudah jauh menyimpang dan tidak tahu mana arah yang perlu dituju. Beliau ternyata sudah terduduk menepuk-nepuk tanah tanda kekecewaan.
Hendak diundur kebelakang malu dan biarlah masa berlalu dan takdir menentukan nasibnya. Sudah tertulis nikmatnya cuma 10 bulan dan masih belum puas merasai kuasa bergelar MB.
Kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat menyedari kenyataan ini. Kuasa tidak mungkin boleh dikembalikan lagi. Apa yang diputuskan itulah takdirnya. Mana mungkin kerusi MB itu boleh dipulangkan kembali, Nizar menyedari semua ini.
Tetapi demi menutup malu dan memperbodoh-bodohkan penyokong mereka, Tuanku Sultan dan BN perlu dipersalahkan. Nizar dan DAP perlu menanam sifat kebencian kepada Sultan dan BN dengan mensensasikan isu perlembagaan ini. Inilah yang menyebabkan rakyat Perak berpecah belah kerana gagal mendapat fakta yang benar.
DAP berterusan menekan Nizar untuk menyalahkan Sultan dan BN kerana bagi mereka Sultan tidak berhak keatas DUN, Speaker cap
Mereka menyalak kenapa Sultan perlu bertindak demikian. Apa yang penting fakta perlu diputar belit untuk kepentingan diri sendiri. Nizar mungkin menyedari kesilapan demi kesilapan yang dilakukan sepanjang 10 bulan bergelar MB tetapi masa itu tidak mungkin boleh diundurkan untuk dibetulkan segala kesilapan. Nizar sudah terlambat.
Penyokong-penyokong tegar PAS dan orang Melayu diperbodohkan . Siapa yang zalim.? Nizar? DAP? Atau Anwar Ibrahim?. Ah..! tidak mungkin kuasa boleh dikembalikan. Nizar menyedari realiti ini.
Nik Aziz ambillah Nizar nasihatilah dia, sudah teruk benar kegilaannya khuatir beliau meroyan akibat hasutan rakan sepermainan yang gila kuasa.
Kenyataan Antara Dua Tok Guru PAS
HAKIKATNYA bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Nik Abdul Aziz mempertahankan kenyataan Datuk Hadi Awang yang mendakwa perbuatan mengumpat memang dibenarkan mengikut syariat Islam.
Nik Abdul Aziz tidak mempunyai banyak pilihan selain menyokong apa yang dikatakan Abdul Hadi. Jika beliau membantah, ia sudah tentulah menunjukkan bahawa ulama-ulama dalam Pas tidak sepakat dan ini boleh memberi kesan sokongan rakyat kepada mereka.
Adalah sesuatu yang malang apabila setiap kali pilihan raya dua ‘tok guru’ ini seolah-olah berubah wajah. Mereka terlupa gelaran ulama yang disandang sebaliknya menjadi ahli politik sepenuh masa.
Mereka keluarkan kenyataan yang bukan-bukan dan `fatwa’ mengelirukan. Segala-galanya dilakukan demi untuk mencari undi.
Jika sejarah pilihan raya dikaji, kedua-dua tok guru ini pasti membuat kenyataan yang bukan sahaja mencetuskan kontroversi malahan kekeliruan di kalangan umat Islam dan rakyat.
Dua tok guru ini ada ketika membenarkan sesuatu yang selama ini dianggap oleh umat Islam bertentangan dengan ajaran Islam.
Sebagai contoh, Nik Abdul Aziz pernah berkata, Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut manakala Abdul Hadi pula membenarkan perbuatan mengumpat.
Tanpa memikirkan kesannya, dua tok guru ini yang setiap Jumaat mengadakan kuliah agama di Marang dan Kota Bharu terus membuat kenyataan mengelirukan itu.
Apa yang berlaku adalah menyedihkan kerana demi mencapai cita-cita politik dan meraih undi, kedua-dua tokoh ini terus memaparkan identiti yang mengelirukan menjelang pilihan raya.
NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
* Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.
– 24 Januari 1999
* Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.
– 28 April 1999
* Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir.
– 3 Julai 1999
* Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.
– 4 Mac 2001
* Pas Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 sebaliknya orang utan yang tidak tahu undang-undang.
– 17 Februari 2008
ABDUL HADI AWANG
* Orang UMNO dianggap kafir berpandukan tiga faktor:
*Ahli-ahli UMNO telah menyokong perlembagaan negara yang bukan merupakan perlembagaan Islam.
* Pemerintah yang terdiri daripada orang- orang UMNO telah meletakkan perlembagaan negara lebih tinggi dari al-Quran.
* Kezaliman yang telah ditunjukkan oleh pemerintah terhadap orang-orang Islam khususnya Pas, jelas menunjukkan mereka tidak Islam.
– 17 Jun 1986
* Jadi apa salahnya buat demonstrasi? Biarlah mereka buat, bukannya mereka bakar kereta. Kalau bakar, ambillah tindakan.
– 18 Februari 2008
* Urusan memilih pemimpin adalah lebih besar daripada meminang. Oleh itu tidak salah mendedahkan keburukan- keburukan yang pernah mereka lakukan.
– 27 Februari 2008
* Saudara-saudara sekalian, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana namanya BN. Kita menentang dia kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.
Oleh kerana itu, kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.
– 7 April 1981
Inilah pemimpin 'sebenar' yang dicari-cari oleh orang Islam. Sentiasa membimbing untuk mendapat keberkatan Allah...HHAATTUUIIHHH.....PAS.
Sunday, March 08, 2009
Tidak Menyokong dan Tidak Juga Membantah
GMP ini adalah satu kumpulan yang ditubuhkan secara ad-hoc yang ditunjangi oleh PAS dan PKR kononnya mereka adalah pejuang rakyat tulen. Pegiirrahhh....
Dengan bersongkok kedua-dua pemimpin itu disambut oleh ratusan penyokong yang kebanyakan PAS tegar dan dikawal oleh Unit Amal PAS. Fuuyyooo..!!! lagak dah macam SWAT Team US. Dan macam biasa laungan takbir berkumandang.
Kedua-dua pemimpin itu memberi sedikit ucapan kepada penyokong dan para media yang hadir. Apa yang lucu bagi mereka ini adalah pejuang bahasa Melayu tetapi bercakap dalam loghat Indonesia yang tersangat pekat. Hairan Bin Ajaib mungkin tersalah korum.!
Kemudian tiba sekumpulan Cina yang khabarnya dari Persatuan Cina Selangor dan Wilayah menyokong perhimpunan itu dan mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI. Apa hal yang group ini sampai di hadapan Masjid Negara. Inilah yang tidak disedari oleh penyokong GMP. Ada niat tersembunyi disebalik sokongan kumpulan Cina. Apa yang pasti sokongan ini datang dari Kumpulan Dong Jng Zhio (DJZ) yang sangat kuat semangat kecinaannya.
Bagaimana pun sebelum masuk waktu Zohor, Presiden PAS bersama-sama strike force (Unit Amal PAS) hadir bagi manyatakan sokongan kepada penyokong GMP. Sementara itu, di Kompleks SOGO dan kawasan sekitarnya lebih ramai lagi penyokong GMP yang bersedia untuk berarak ke Masjid Negara yang diketuai oleh Mahfuz Omar, Salehuddin Ayub dan Saifuddin Nasution.
Selepas solat Zohor, kumpulan ini terus bergerak setelah kumpulan dari SOGO sampai dan disinilah tercetusnya ketegangan seperti orang yang hilang akal kumpulan ini terus merempuh Polis yang berkawal membuat halangan dan tercetus sedikit kekecohan. Tanpa mempedulikan arahan Polis kumpulan sialan ini bergerak menuju ke Istana Negara dan bergabung bersama kumpulan Mahfuz Omar dan terus membentuk ribuan manusia-manusia dungu berarak ke Istana Negara.
Sungguh menyedihkan, manusia-manusia dungu ini tidak beretika seperti hilang kewarasan kononnya perarakan ini adalah untuk menyuarakan bantahan dan kutukan kepada kerajaan. Perhimpunan yang pada awalnya telah dijanjikan di Masjid Negara terus bertukar ke Istana Negara. Jika Agong tunggu depan Istana pasti sudah dihalau manusia dungu ini.
Akibat keadaan tidak terkawal Polis FRU terpaksa melepaskan beberapa das tembakan pemedih mata bagi menyuraikan keadaan dan menghalau manusia dungu supaya tidak menghampiri Istana negara.
Apa yang GM cuba nak tulis disini adalah untuk menyangkal laporan yang di tulis di Harakah Online. Klik. Klik. Klik
Ini adalah pembohongan, macam biasalah Harakah pasti tak mau kalah punya. Perarakan tak sampai 6,000 manusia-manusia dungu bukan 100 ribu seperti yang ditulis. Kalau 100 ribu pasti lumpuh bandaraya Kuala Lumpur deh..!
Adakah tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata disifatkan sebagai menderhaka. Amat cetek si penulis ini. GM lihat semasa kumpulan ini bergerak ke Istana Negara dalam kumpulan yang besar Polis telah memberi amaran supaya tidak menghampiri kawasa Istana tetapi sebab dan dungu makan semut banyak sangat kumpulan terus menghampiri dan akibatnya FRU terus melepaskan gas pemedih mata.
Pihak telah memperkenan untuk menerima memorandum tetapi dimana pemimpin-pemimpin PAS semasa kumpulan ini menghampiri Istana. Pemimpin PAS hanya tau membakar semangat kemudian lari meninggalkan dan bersembunyi di bawah pokok ketapang. Apaaraa...
Apa yang pasti kebanyakkan gambaran yang di tulis dalam kitab fitnah Harakah hanyalah untuk tatapan penyokong dungu yang tidak dapat menghadiri perhimpunan itu. Secara umunnya PAS dan GMP gagal mematuhi arahan Polis untuk berhimpun hanya di Masjid Negara tetapi langkah mereka telah sampai ke Istana ini yang dikatakan cakap tak serupa bikin.hhaaattuuiihhhh..
Setelah melihat temasya itu GM angkat kaki start motor dan terus memecut meninggalkan Masjid Negara dengan seribu persoalan. Apakah mereka tidak mengkaji sejarah Perjanjian Pangkor 100 tahun dahulu dan niat sebenar bangsa asing terhadap orang Melayu.?