Monday, March 16, 2009

Siapa Second Man UMNO.?


Rasa-rasanya tempoh seminggu dari sekarang adalah tempoh yang paling menyesakkan semua rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO seluruh negara. Paling terasa adalah getaran menanti saat peralihan kuasa diantara DS Abdullah dan Timbalannya, DS Najib. Pelbagai spekulasi yang melanda mutakhir ini berhubung isu nasional tersebut. Ada yang menyebut peralihan kuasa itu akan berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang masalah yang berbangkit.

Bagaimanapun terdapat juga cakap-cakap yang kurang enak apabila perlihan kuasa itu tidak akan berlaku seperti yang dijanjikan. Mungkin akan mengambil masa selepas Perhimpunan Agung UMNO berakhir. DS Najib telah diketahui akan memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding dan soalan jawatan second man UMNO ini yang telah menyaksikan perdebatan yang hebat di sidang-sidang meja bulat seluruh negara.

Lupakan jawatan Presiden, tumpuan adalah terarah kepada siapa gandingan yang berhak untuk menduduki kerusi Second Man UMNO.? Sehingga ke saat ini DS Najib tidak pernah memberi sebarang petunjuk atau hint siapakah yang sepatutnya membantu beliau dalam melaksanakan dasar-dasar parti dan juga agenda negara.

Sebelum ini, kedengaran calon pilihan DS Abdullah klik untuk menjawat jawatan itu walaupun sebelum ini beliau menolak untuk bertanding jawatan no. 2 parti. DS Ali Rustam adalah calon pilihan DS Abdullah tetapi harus diingat, dengan desakan kuat dari bawahan yang mahukan peralihan kuasa ini dipercepatkan berkemungkinan 'saki baki nafas' DS Abdullah bakal melalui jalan sukar.

DS Ali Rustam seorang Ketua Menteri yang belum benar-benar teruji karier politiknya berbanding calon favourite Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun di dalam kalangan perwakilan nanti ramai yang menerima gelaran Datuk hasil pemberian DS Ali Rustam, namun dijangkakan perkiraan budi bukan jawapannya.

DS Ali Rustam, walaupun beliau berpengalaman mentadbir sesebuah negeri tetapi untuk mentadbir sebuah negara dan sebuah organisasi yang besar memerlukan pengalaman melawan asakan setinggi ombak atau menjinakkan buaya seganas bujang senang. Secara peribadi DS Ali Rustam masih belum berkemampuan kearah itu.

Seorang lagi calon Timbalan Presiden UMNO terarah kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Beliau seorang yang bercita-cita besar setelah melalui pelbagai kontroversi semenjak mula mengenali dunia politik. Secara kasarnya, pencalonan Tan Sri MMTaib turut melalui kepayahan dan beliau layak pada saat-saat akhir. Secara tidak langsung kehendak akar umbi tidak memihak kepadanya. Namun asam garam politik, segalanya boleh berlaku dan tiada perkara mustahil.

Umum mengetahui kebolehan Tan Sri MMTaib dan kelebihannya sepanjang mentadbir sebuah negeri yang kaya, Selangor. Dimana sepanjang penguasaan beliau Selangor menjadi gemilang walaupun pada ketika itu dasar kerajaan melebihkan Selangor dari negeri-negeri lain. Tetapi beliau lebih terkenal dengan pelbagai kontroversi yang dicipta dengan tindakan yang tidak masuk akal. Secara tidak langsung calon ketiga ini telah membawa imej yang buruk ke sesi pertandingan nanti.

Berlainan hal pula dengan calon favourite jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muyhiddin Yassin (TMY). Anak seorang ulama Johor ini telah melalui liku-liku politik pelbagai era. Semenjak pentadbiran Tun Dr. Mahathir, beliau diberi tanggungjawab menjadi Menteri Besar Johor yang paling muda ketika itu.

Imej yang dibawa TMY juga tidak pernah tercalar dengan kontroversi yang boleh menjahanamkan dirinya walaupun ramai yang tidak senang dengan lagak seriusnya ketika bekerja. Itulah gaya seorang pemimpin yang berwawasan. TMY juga turut diuji memegang pelbagai port folio kementerian dan selalunya ia tidak pernah mengecewakan.

Tidak harus dilupa peranannya setahun yang lepas mendesak supaya pelan peralihan kuasa dipercepatkan. Jika tidak mungkin UMNO masih lagi dibuai mimpi indah akan kekalutan hari ini.

Secara peribadinya, GM memilih TMY sebagai calon yang paling berkebolehan dan berkaliber bukan bersandarkan kepada populariti semata-mata. UMNO memerlukan pemimpin yang berkebolehan untuk berhadapan cabaran era globalisasi yang memerlukan pemimpin yang telah bersedia dengan pelbagai ilmu untuk diadaptasikan melalui tindakan dan kebijaksaan mengurus.

Lagi artikel berkaitan : Muyhiddin Paling Layak
Gandingan Mantap Najib-Muhyiddin
Khas Buat Perwakilan UMNO

1 comment:

Anonymous said...

Bab nie yang sayatak minat dengan Pak Samad nie. Cadangan dia tu, maaf kata macam budak-budak aje....merajuk laa tu. Kalau macam gitu apa kata Pak Samad bila pergi luar negeri ke, jumpa mat salleh, guna bahasa melayu aje...sebab dia taksub sangat dengan perjuangan bahasanya, sampai dah tak nampak rasionalnya....kalau nak kempen semasa Pilihanraya kecil ini , nak guna bahasa Inggeris , tak masuk akal laaa. Saya rasa Pak Samad merajuklaa tu, sebab ada orang yang tak sokong dia pasal isu bahasa ini. Sabar Pak Samad..bawa banyak-banyak mengucap....kalau boleh guna bahasa melayu juga laa semasa mengucap tu.....

Nak tanya Pak Samad sikit

# 1...."Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang'
parti, situasi....tu bahasa melayu sebenar ke?

#2...dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.
Betul ke tulisan KeADILan kalau mengikut tatabahasa melayu ?

#3..hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu.

Pak Samad Keadilan tusemuanya melayu ke ? Adake bangsa lain nak selamatkan melayu?Kalau ye kenapa masa perhimpunan haram minggu lepas tu, anggota PKR , Cina, India tak turut sama....?

Pak Samad , mengajar Sains dan matematik bukannya bermaksud kita membuang bahasa Melayu...Bahasa inggeris tu adalah bahasa ilmu....
awat Pak Samad tak marah kat budak-budak UiTM yang belajar Law guna Bahasa inggeris, Kat UM yang buat perubatan belajar guna bahasa Inggeris, kat ,UTM yang ajar engieering guna bahasa inggeris ? ...yang u nak marah kat budak sekolah rendah....yang hanya belajar hanya dua subjek guna bahasa inggeris..

# 4 Pak Samad tak diperalatakan tetapi di menafaatkan membawa maksud yang sama juga akhirnya...

Kalau orang peralatan kita....bermakna usaha kita adal;ah untuk kebaikan dia..

Kalau orang menafaatkan kita , bermakna......usaha kita juga membawa kebaikan kepada dia..

kedua-duanya sama aje, cuma ayat pertama disebut dalam bentuk -ve dan ayat kedua disebut dalam bentuk +ve....

Maaf Pak Samad ....bukan nay mengajar orang yang terpelajar macam Pak Samad nie...

P/S kalau kedua-dua calon BN tu cina atau india boleh lea tolong pangkah sekali ye? Kenapa kena tolak UMNO aje ?