Tuesday, March 23, 2010

Umum: Kenapa Mesti Lari Daripada Kebenaran.


Nampak gaya, Anwar macam berjaya mengalih seketika perhatian rakyat daripada isu besar iaitu kes liwatnya yang akan timbul semula lusa nanti. Kelmarin sidang dewan rakyat masuk minggu kedua, Anwar lewat hadir bagi menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan minggu pertama lalu. Anwar cuma membiarkan panglima-panglimanya membuka langkah untuk membidas apa yang disuarakan.

Begitulah sikap Anwar. Jika isu tidak memihak kepadanya maka jalan mudah adalah Anwar meninggalkan semua persoalan tanpa menjelaskan. Kelmarin Anwar hadir cuma sekadar mengadakan sidang media. Itupun sudah lewat memandangkan barisan panglimanya terlebih dahulu membela bagi pihaknya. Meminta kerajaan menjelaskan terdahulu kaitan APCO dalam polisi kerajaan.

Yang angkuhnya bila disentuh risalah 1 juta, Saifuddin berkeras jawab akan menyusul lagi sejuta risalah yang sama. Saifuddin sudah memberi hint kepada Hishammudin untuk alert pergerakan seterusnya yang akan dibuat PKR. Apa sebenarnya yang dicari Anwar. Mahu didakwa mengikut sedition act atau Anwar masih terus berdoa siang malam memohon untuk dikenakan ISA. Itu lebih bahagia dan berbaloi mengikut perancangannya.

Ini namanya strategi, membiarkan persoalan ditunggu dengan persoalan. Media-media propakatan rancak memanipulasi segala apa yang hangat diperkatakan kelmarin. Semacam sudah berjaya mahu mengalihkan daripada isu yang lebih besar. Percikan 1 Israel oleh Anwar sudah menutup kepada perdebatan projek 16 Sept dan Sodomi II.

Ramai yang percaya apa yang diluahkan Zahrain Hashim sebenarnya senada suara pemimpin PKR yang masih tertinggal di dalam. Mereka setuju apa yang diluahkan Zahrain keseluruhannya tetapi demi menumbangkan kerajaan BN, masing-masing mendiamkan dan mengganguk kepala mengikut Anwar.

Jangan kita terikut dengan rentak Anwar. Makin melalut sawan Anwar makin tidak fokus kepada perkara pokok, Sodomi II. Inilah yang perlu dihadapi Anwar dan akan menjadi penentu landskap politik Malaysia. Mencetuskan seberapa banyak spekulasi ketika ini perlu dibuat Anwar. Logiknya untuk menawan minda rakyat Malaysia seberapa yang boleh dengan perkara yang tidak dipastikan kebenarannya.

Yang akan rosak adalah legasi masyarakat akan datang. Siapa yang mahu dipertanggungjawab...

2 comments:

Kak Wan said...

Y anwar still bernafsu songsang meraba bontot.

tak kesian dgn kak wan kah.?

Anonymous said...

bro,

sah-sah orang bersalah. itu yang meraban cari talian hayat.

kerajaan sepatutnya jangan layan karenah peliwat tu