Thursday, April 30, 2009

Penanti Peluang PAS Tebus Maruah


Dah muncul pula, YB Kota Alam Shah nak meletakkan jawatan. Dipaksanya YB ISA dari penjara untuk meletakkan jawatan melalui isterinya. Anwar Ibrahim Munafikun dah nampak prospek ‘testing ground’ untuk mengukur sokongan rakyat. Memang jijik taktikal Anwar Ibrahim Munafikun untuk mempermainkan sistem demokrasi Negara ini.


Baginya, pedulikan wang rakyat kerana beliau lebih banyak mendapat dana dari salur luar. BN wajar diludahkan dengan taktikal serampang depan mata PKR. Belum habis Mengkuang dibebaskan daripada PKR disuruh pula YB ISA meletakkan jawatan. Nasib rakyat Kota Alam Shah, mereka yang memilih jalan begini. Memang jijik politik Anwar Ibrahim Munafikun, de facto yang sangat disayangi dan dikagumi oleh PAS dan penyokong tegarnya.


Kita lihat betapa tamaknya PKR dalam meletakkan wakilnya dalam pilihanraya. Sudahlah mereka punyai wakil dalam exco kerajaan negeri kini PRK Penanti PKR turut juga mahu ambil dari tangan PAS. Berilah PAS peluang mereka sudah malu benar dengan insiden di Bukit Gantang.


Lim Guan Eng harinya penuh dengan hiburan seloka sarkas daripada PAS


PAS juga yang menangis, merintih meminta kawasan walhal PAS adalah penyumbang kepada Anwar Ibrahim Munafikun untuk berada di dalam Parlimen. Hari ini PAS ingin meminta untuk bertanding terpaksa berbisik takut benar keinginan itu sampai ke telinga Anwar Ibranim Munafikun apatah lagi jika de facto itu berdehem maka kecut perutlah PAS Pulau Pinang akan pukulan Anwar Ibrahim Munafikun yang semakin kuat di dalam PAS.


Jika dulu YB Mengkuang memegang port folio hal ehwal agama kini PAS yang berkopiah dan berwirid sepanjang masa langsung tidak dipandang untuk memegang jawatan yang sinonim dengan mereka.


PAS ada wakil dari Permatang Pasir mengapa beliau tidak diangkat sebagai exco hal ehwal agama. Adakah beliau tidak punyai kelayakan agama untuk memenuhi criteria sebagai exco. Apakah YB Mengkuang lebih kuat wiridnya untuk melayakkannya memegang exco tersebut. Nasib PAS di Pulau Pinang, melukut di tepi gantang.


Contohi Perak, MCA tidak banyak kerusi yang dimenangi tetapi atas semangat setiakawan wakil MCA masih lagi diangkat sebagai exco kerana kepercayaan dan kebolehan yang diyakini. Pepatah mengatakan orang tamak selalu rugi. Mungkin selepas ini PKR akan belajar untuk memahami pepatah itu.


Kasihan sungguh PAS. Mereka lebih hebat bercakap, berceramah memuja rakan pakatan namun untuk tugasan semudah ini kredibiliti mereka langsung tidak dipandang. Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim Munafikun ketawa melihat lawak sarkas yang disajikan PAS di Pulau Pinang.


Bertandinglah PAS di Penanti ukurlah kemampuan sendiri jika mahu membuktikan kepada rakan pakatan yang lain PAS boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan sokongan PKR dan DAP yang hanya mahu menggunakan PAS. Cukuplah PAS, sudah teruk benar diperbodohkan dan diperlekehkan oleh Anwar Ibranim Munafikun.


PAS wajar meletakkan calonnya di Penanti, pejamlah mata sekejap ketika menghantar borang penamaan calon pedulikan PKR kerana PAS boleh berjaya. Ambil peluang di Penanti untuk membuktikan sokongan PAS tidak berubah walaupun telah dimalukan di Bukit Gantang.


BERANI MEMBUAT PILIHAN...: RUBBISH!
Aspirasi Bangsa "Satu Malaysia": Kenapa semua pemimpin PAS membisu?
warisan2057: 1Malaysia "sekadar kosmetik" ???

2 comments:

Ayahchu said...

sangat tepat PAS hari-hari ditertawakan oleh PKR dan DAP

x-pkr said...

salam...

ana setuju sheikh...ana anta dlm PAS diuntakan DAP n PKR yg sesat lagi menyesatkan..

PAS perlu berubah demi islam!!

x-pkr