1. Kepimpinan baru
2. Jika PAS, DAP dan PKR ditakdirkan satu hari nanti berkuasa di bumi bertuah ini mungkin landskap pentadbiran akan sempurna. Selama hampir 30 tahun membangkang bagi PAS dan DAP serta lebih kurang 10 tahun bagi PKR, kumpulan ini telah sedia lengkap dengan segala ilmu pentadbiran ditambah pula acuan dari Singapura dan Amerika menjadi kiblat untuk skema jawapan pentadbiran pembangkang.
3. Lihatlah betapa hebatnya pentadbiran PAS di Kelantan. Aman, makmur dan sempurna dibawah telunjuk pentadbiran Nik Aziz. Masalah sosial, kemajuan dan miskin tegar adalah perkara biasa di Kelantan. Terbaru hasil acuan pentadbiran ortodok PAS, menonton bola sepak pun boleh dibawa minyak tanah. Manalah tahu peminat naik minyak ada minyak tanah untuk dijadikan ubatnya. Jika Kelantan bertemu Perak mungkin lebih dahsyat jadinya, stadium dibakar. Siapa tahu.!
4. Pulau Pinang adalah Singapura tetapi Singapura bukanlah Pulau Pinang. Pentadbir Pulau Pinang menjadikan Singapura sebagai kiblat untuk penunjuk indeks pentadbiranya. Makin cepat kehidupan kaum minority di himpit makin tinggi markah yang pemerintah perolehi. Singapura juga begitu, tanah yang asalnya tanah Melayu kini hampir tiada tuan Melayunya. Asalkan berpaksi kepada barat konsep demokrasi Singapura indah khabar dari rupa. Pulau Pinang jika berterusan begitu, kaum minoriti akan jadikan Melayu Singapura sebagai sumber rujukan untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar.
5. Cara kepimpinan PKR lebih hebat. Salah laku moral adalah perkara biasa. Amerika juga begitu. Moraliti dan Individualiti adalah perkara yang berbeza tetapi bagi PKR itu yang terbaik untuk dicampur aduk dalam saluran pentadbirannya. Bagi mereka, isu moral adalah satu cabang cara musuh untuk menjatuhkan maruah pemimpinnya. Ahli yang taksub telah direkrut untuk tidak mempercayai sebarang kelemahan kepimpinannya. Daripada pemimpin atasan hinggalah pemimpin bawahan, moraliti adalah perkara biasa bagi PKR.
6. Pasti aneh jika ditakdirkan satu hari nanti ketiga-tiga sahabat diatas diberi kuasa untuk memerintah negara ini akan kedengaran pelbagai kesulitan untuk menzahirkan ilmu kepimpinan masing-masing mengikut acuan dan teknik sendiri. Apa yang pasti akan menyusahkan rakyat dan hanya rakyat yang mampu mengubah segala kecelaruan yang melanda ketika itu.
7. Siapa yang Hebat Mentadbir? Jawapan GM adalah BN terbukti cemerlang dalam menguruskan negara ini.
2 comments:
Salam Garammanis:
Kalau ada pertandingan kain rentang semasa pilihan raya kain rentang hang boleh jadi juara...Ha..ha..mana pii lama tak singgah kat blog http://rajahmas.blogspot.com.Rindu komen hang...he..he
Wassalam.
Salam Mamak,
Ceq ada kat sini tak pi mana-mana.Hua..hua..hua..mahai kain rentang tuh
Post a Comment