Friday, April 10, 2009

Dari Jauh KJ Mengintai Rakan Di Dalam Kabinet

1. Semalam di Melaka Khairy Jamaluddin menyatakan masih mengharapkan sesuatu yang indah daripada belas ihsan DS Najib untuk membawanya ke Kabinet. KJ inginkan cabaran sesuai dengan usia mudanya yang dahagakan cabaran. Mungkin sebagai Abang Besar BN, KJ merasa tercabar dengan pengambilan dua rakan Pemuda yang berjawatan Naib dan seorang lagi berstatus anak pembesar dilihat lebih berwibawa daripada beliau sendiri.


2. KJ tidak perlu berasa begitu, kredibilitinya akan diuji jua dengan niat DS Najib untuk KJ menumpukan perhatian mendampingi generasi muda. KJ seorang anak muda yang penuh dengan idealisme generasi baru. Beliau lantang, berani dan bijak inilah ciri-ciri pemimpin muda yang jarang ditemui di bumi bertuah ini.


3. Mungkin sekarang baru KJ merasa susah payah berkecimpung di dalam politik Malaysia kerana sebelum ini peningkatan mendadaknya banyak dipengaruhi oleh orang no.1. Bagaimana pun jadikan pengalaman dahulu sebagai guru yang paling baik untuk beliau menyusuri susur alur dunia politik hari ini. Janganlah kecewa yang terbaik pasti akan menjadi yang terbaik.


4. Di pihak rakan Pemuda di cabinet sokongan daripada KJ adalah kepercayaan dan kerelaan untuk sama-sama bangkit membina semula negara seperti mana saranan DS Najib, SATU MALAYSIA. KJ masih punyai sokongan 300 ekor unta yang mengangkatnya menjadi Abang Besar BN. Jika kedengaran cacian nyahkan dari pemikiran kerana itu adalah racun.


5. Tidak perlu susah hati atau merasa terpinggir. Ini barulah dikatakan ahli politik yang sejati.

4 comments:

Anonymous said...

Salam ziarah..

saya suka membaca artikel yang di tulis saudara di setiap artikel. Paling saya suka surat terbuka kepada paklah walaupun tun abdullah sudah tidak ada lagi dlm pemerintahan negara.

Adakah tuan akan terus menulis surat sebegitu kepada Dato' Seri Najib?

tampin Mali

Lord Garam said...

Salam kembali,

Jika saudara gemar menyelak dari satu bahagian ke satu bahagian terima kasih saya ucapkan.

Berkenaan surat itu, jika DS Najib tersasar daripada landasan perjuangannya sebagai rakyat kita perlu memberi isyarat untuk beliau kembali kepada tujuannya.

insyallah

PARPUKARI said...

HE HE HE

Anonymous said...

Salam ziarah..

Betulke saudara bernama Zahid Md Arip? Bekas orang keadilan dahulu??

tampin mali