Thursday, April 09, 2009

Datuk Mukhriz Meneruskan Idealisme Tun. Dr. Mahathir.

1. Selesai sudah pembentukkan barisan kabinet baru Malaysia di bawah kepimpinan DS Najib. Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri selain memegang port folio Menteri Pelajaran, memang kena pada masanya. Beliau berkebolehan dan berpengalaman dalam mengurus sesuatu kementerian dan juga sebagai seorang yang bersih tanpa ada secalit kekotoran.

2. Tahniah juga kepada Datuk Mukriz Mahathir yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Selain itu Naib Ketua Pemuda turut diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri.

3. Satu perkara yang baik adalah bayangan Tun Dr. Mahathir dilihat mulai menyerap kedalam kabinet baru DS Najib dan disifatkan satu perkembangan yang positif. Datuk Mukhriz dijangka akan menzahirkan idealisme Tun Dr. Mahathir melalui kementerian yang diwakilinya.

4. DS Najib terlebih dahulu melihat kesinambungan ini dan beliau tentunya mengharapkan sesuatu yang bernilai untuk bumi bertuah Malaysia melalui peranan tidak langsung Tun Dr. Mahathir melalui anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir.

5. Tentunya rakyat Malaysia mengharapkan yang terbaik dan akan menilai keberkesanan polisi yang akan dibawa oleh DS Najib. Kisah 8 Mac 2008 harus dijadikan motivasi bahawa rakyat mampu mengubahkan landskap politik hari ini.

2 comments:

Pewaris Melayu said...

biar 8 mac berlalu membawa perubahan utk kita

atuk said...

Bapa Burik Anak Rintik, mungkinkah Dato' Mukhriz boleh menjejak langkah ayanhandanya??