Sunday, April 05, 2009

Fakta Yang Menakutkan PAS Ketika Ini.

Mengikut sumber, survey yang dijalankan oleh kumpulan risikan hamPAS bagi Pilihan Raya Bukit Gantang mengatakan 60% orang Melayu akan mengundi calon BN dan harapan hamPAS untuk mempertahankan kerusi itu akan mengalami jalan sukar. Jalan terbaik untuk hamPAS mengatasinya adalah dengan mengembleng seluruh tenaga kepada undi bukan Melayu iaitu Cina dan India.


Satu lagi fakta yang benar-benar menakutkan hamPAS ketika ini adalah jika 90% pengundi Bukit Gantang keluar mengundi pada 7hb Apr nanti, hamPAS akan dihalau oleh penyokongnya sendiri. Sebab itu, media-media alternative keparat hamPAS dan PR bertungkus lumus memainkan isu DS Najib dan menyebarkan dakyah songsang tindakan terbaru PM tidak mendapat respon yang baik dari PR. Isu tahanan ISA dan konsep ONE MALAYSIA DS Najib menjadi mimpi ngeri PR.


Disebabkan itu, sumber dalaman hamPAS menyatakan hamPAS sedang mempersiapkan rancangan untuk diadaptasi pada 7hb APR dengan perancangan untuk membuat kacau atau menganggu gugat pengundi-pengundi Bukit Gantang. Mengikut sumber dalaman, taktik kotor hamPAS last minute dengan mengarahkan seberapa ramai ahlinya dari luar berkempen dan meramaikan kawasan membuang undi bagi menakut-nakutkan pengundi dengan kempen dakyah karut.


Selain itu, Unit Amal hamPAS juga kali ini tidak akan berbaju maroon wajib mereka tetapi akan berpakaian biasa sebagai strategi menghasut pengundi. Rancangan asal adalah untuk membeli undi supaya pengundi memangkah calon DAP, Nizar Camry. Yang pasti hamPAS kini berada dalam situasi yang sangat terdesak berikutan angina perubahan yang melanda semenjak DS Najib mejadi PM ke-6.


hamPAS benar-benar terdesak ketika ini.

6 comments:

PaKMie said...

Salam...

Benar apa kata gaRamaNis.
Pas akan lakukan apa cara sekali pun untuk mencari kemenangan. Pas tiada resiko apa2 jika berlaku sesuatu perkara yg tdk diingini angakara dari perbuatan mereka sdri sebaliknya menyalahkan pula UMNO.

Ini adalah dasar Pas dari dahulu hinggalah sekarang....

Asalamualaikum dan salam perjuangan demi agama bangsa dan negara...Pakmie.blogspot.com

Hashim said...

Loo lawak korang ni... geli kepala lutuk aku mendengarnya. .

melayuangkat said...

Salam,

Mungkin tak seterkejut kita mendengar orang DAP "Lafaz Ayat Quran" dalam ceramahnya di tv 3 tadi.

Lim Guan Eng tersenggih dan ramai yang berkopiah putih turut dengar ceramah DAP itu. Al Maklumlah dah sama sama geng kena beri sokongan.

Tidak pula saya pasti di Selambau atau Gantang.

Saya rasa kempen Pilihanraya kecil ini telah tersasar jauh hingga Ayat Suci Al Quran pun digunakan orang Kafir dan orang PAS yang alim-alim duduk sahaja dengar tanpa ada 'rasa' apa dalam hati mereka.

Kita yang dengar pun terkejut, sampai begini sekali manusia terdesak nak menang undi.

Waliyazubillah!!

Memang betul2 HAMPAS lah.

Anonymous said...

Apa-apa pun Cdo dan kelaurga akan balik untuk mengundi. Yang pasti BN dan dapat 7 undi dari kelaurga CDO, 2 dari kami suami istri+ 2Acu suami Isteri+ Pat Tam suami isteri dan + 1 Yeop...7 undi tu boleh jadi undi penentu tu....IsyAllah BN akan menang di P59 Bukit Gantang...

Sepupu Celine Dion said...

Transkrip Soal Jawab Sidang Akhbar DS Anwar Ibrahim
Jump to Comments

Soalan:
Adakah benar kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Datuk Seri (Anwar Ibrahim) terlibat dalam rancangan mencemarkan imej politik beliau?

Jawapan:
Memang mereka percaya bahawa saya pernah berhubung dengan Raja Petra Kamaruddin (pengendali portal Malaysia Today) mengenai perkara ini. Mereka juga beranggapan bahawa akuan bersumpah Raja Petra adalah sebahagian daripada rancangan saya untuk jatuhkan Najib. Namun ia tidak benar.

Najib sebenarnya takut dan beranggapan saya akan gunakan kes Altantuya untuk jatuhkannya. Namun saya sangat percaya bahawa Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan), Peguam Negara (Tan Sri Abd Gani Patail) dan Najib terlibat dalam siri terbaru menentang saya.

Soalan:
Bila Datuk lihat akuan bersumpah ini?

Jawapan:
Saya diberitahu mengenainya lebih kurang lima hari lalu. Namun saya baru melihatnya semalam.

Soalan:
Datuk berjumpa Balasubramaniam atau sebaliknya?

Jawapan:
Dia berhubung dengan (peguam) Sivarasa Rasiah (yang juga Naib Presiden PKR).

Soalan:
Adakah terdapat maklumat-maklumat lain yang berkaitan?

Jawapan:
Kami akan kemukakan maklumat yang lain dalam tempoh terdekat. Ini bukan penghujung segala-galanya. Harap bersabar. Maklumat lain akan dikeluarkan.

Perdana Menteri kata segalanya harus dilakukan dengan cara yang profesional. Beliau juga memberi jaminan kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah (Wan Ismail) dan Nurul Izzah bahawa kes ini akan disiasat, semasa pertemuan mereka.

Namun 10 minit kemudian, Perdana Menteri buat kenyataan lain yang mengatakan bahawa dia percaya sepenuhnya dengan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Soalan:
Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah ia melibatkan soal peribadi Datuk dan Datuk Seri Najib?

Jawapan:
Tidak! Saya tahu sesetengah pihak cuba untuk menunjukkan ia sebagai masalah peribadi. Tiada yang peribadi. Saya ada maklumat, saya akan kemukakan. Kita di sini bercakap mengenai keadilan di negara ini. Kita mahu amalan demokrasi yang sebenar diamalkan.

Soalan kepada P. Balasubramaniam

Soalan:
Mengapa ambil masa terlalu lama untuk keluarkan akuan bersumpah ini dengan bukti-bukti terbaru?

Jawapan:
Saya terkejut bila pendakwa raya tidak menanyakan sebarang soalan mengenai beberapa kenyataan yang saya buat. Semasa saya di dalam lokap, saya rasa sangat takut dan hanya memikirkan untuk pulang ke rumah.

Ketika itu sebenarnya saya berada dalam tempoh sembahyang selama 40 hari. Saya sepatutnya pergi ke India. Dalam lokap saya tidak makan makanan vegetarian yang baik.

Jadi bila polis datang ke lokap dan minta saya turunkan tandatangan pada kertas kenyataan saya, saya baca dahulu walaupun ia tidak lengkap. Saya tanya kepada mereka (polis)… tapi jika anda mempunyai pengalaman ditahan di lokap, anda pasti akan tandatangan jika disuruh berbuat demikian untuk keluar dari lokap. Saya ada tiga orang anak.

Anwar kemudiannya menambah apa yang diperkatakan Balasubramaniam:

Saya ada pengalaman ditahan di lokap. Jadi saya faham perasaan itu. Kebanyakan wartawan ini belum lagi… namun mereka tidak perlu merasainya.

Balasubramaniam menyusul:

Saya ditempatkan di lokap yang sama dengan Datuk Seri Anwar di Bukit Aman.

Lagipun mereka menahan saya di lokap tanpa sebarang alasan. Saya ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Apa alasannya? Saya hanya penyiasat peribadi kepada Razak (Baginda). Saya tak sepatutnya ditahan di bawah seksyen itu.

Saya tak perlu ditahan di lokap. Mereka (polis) boleh ambil keterangan saya. Mereka boleh dapatkan kenyataan saya setiap hari.

Soalan:
Adakah anda percaya bahawa kenyataan anda telah diubah?

Jawapan:
Saya fikir begitu.

Soalan:
Bagaimana anda pastikan bahawa khidmat pesanan ringkas (SMS) Datuk Seri Najib kepada Razak adalah benar?

Jawapan:
Saya berada di sebelah Razak ketika itu. Razak memberitahu saya bahawa dia ada mengirimkan SMS kepada Datuk Seri Najib. Namun masih belum menerima jawapan. Kemudian bila kami duduk bersama lagi, dia ada menerima jawapan SMS daripada Datuk Seri Najib dan dia tunjukkan kepada saya.

Soalan:
Razak dan Altantuya memberitahu maklumat yang berbeza kepada anda. Razak menyatakan bahawa Altantuya ada hubungan dengan Datuk Seri Najib, manakala Altantuya mengakatan bahawa dia sudah berkahwin dengan Razak. Tidakkah anda terkejut dengan kenyataan-kenyataan berbeza ini? Adakah anda mendapatkan kepastian lanjut?

Jawapan:
Penguam Balasubramaniam menjawab bagi pihaknya.

Americk Singh Sidhu:
Apa yang dinyatakan dalam kenyataan bersumpah Balasubramaniam bukan kenyataan yang benar. Itu adalah kenyataan mengenai apa yang telah diberitahu kepadanya oleh Razak dan Altantuya. Itu tak bermakna apa yang dia dengar adalah betul sepenuhnya. Jadi saya rasa sangat susah untuk dia jawab soalan ini. Sama ada betul atau tidak, ia perkara lain.

Anonymous said...

Fakta apa lagi yang ko nak fitnahkan??? Tuhan dah tunjuk bahawa garam itu masin. nko x nak terima. apa2 pun teruskan lah fitnah dan mehnah mu. kami di bukit gantang, bagi pembangunan ambik! bagi duit ambik! bagi batik ambik! bagi umah ambik! bila undi pangkah PAS! ha(3kali).

untuk MELAYUANGKAT:

dalam ayat2 Quran, hadith, x dak sebut tentang larangan org Islam x boleh sebut,guna,baca ayat2 dalam al Quran. sedara2 baru yang memeluk Islam rata2nya baca dan kenali Quran sendiri2 sebelum secara officialnya peluk Islam. memang x salah!!! UMNO xdak ajar benda ni tu yang nko pun main redah jer!!! dasar bangang. x tahu, bertanya! x reti, mengaji la wei!!!

bukit gantang sapa punya?
PAS
bukit selambau sapa punya?
PKR

garamanis menang apa?
FITNAH