Wednesday, April 15, 2009

Kisah Yang Aku Faham



Aku sokong PAS. Dulu aku takut nak join PAS. Risau digelar ekstrim sebab PAS nak tubuh kerajaan Islam dan nak buat hokum hudud. Itu pasal aku join PAS. PAS best sebab boleh jamin aku masuk syurga.

Aku bukan tak pandai agama ada la ilmu skit dari jahil tahap Abu Jahal tak kot. Sembahyang ok kadang-kadang mis juga.


Aku orang Islam wajib sokong PAS. Bila masa puasa aku puasa tapi bila matahari dah agak-agak panas aku mula la ingat macam-macam. Kawan-kawan juga yang nak makan itu ini la..Nasi Kandar Subaidah selalu jadi port. Yang ajaibnya, bila puasa la..Nasi Kandar sangat dekat di hatiku. Bila bukan bulan puasa jauh sekali aku nak singgah makan.


Lepas makan yang syok hisap rokok. Nikmat hanya perokok yang tahu. Nik Ajis cakap hisap rokok macam binatang. Tak kisahla, PAS dah jamin syurga untuk aku. Hisap rokok tak best hisap rokok daun plak. Kali ini ada perisa tambahan baru stim..lagi banyak lagi stim..


Tengah layan kepala, Steven member Cina aku datang. Ketawa besar dia tengok aku. Layan juga kepala. Steven hanyut aku pun hanyut. Dalam dok stim, Steven buat gila nak baca Al-Quran. Minta aku ajar. He..he..he..slow aku cakap. Mana aku tahu baca. Kali ini terbalik dia ajar aku baca. Aik, tak sunat lagi dah nak jadi ustaz. Tak pa aku ikut. One by one aku baca. Surah apa tah. Steven cakap Surah Aura. Aik..! macam aku pernah dengar je surah ini.


Masuk member aku sorang lagi. Woi..! buat apa nie.? Steven jawab selamba saja baca Surah Aura nie..Ooo..baca2 tak per nak belajar depan kitaorang ok kalu nak ambil hati. Steven cakap, relek la hokum hudud bukan ada pun kat sini. Aik..! pandai menjawab. Dulu aku takut nak kawan dengan Steven..Yela Nik Ajis cakap kalu berkawan dengan kafir kita pun jadi kafir. Tapi hari tu aku tengok dalam TV Nik Ajis selamba je bergelak ketawa dengan kafir. Aku pun ikut la..Tok guru dah buat aku follow je...betul ker tak nie..Aku dah pelik.Ah..! hentam jelah cakap pandai sangat susah.


Malam nie tak da plan. Member ajak pegi lepak club kat Bukit Bintang. Aku tahu kalu dah lepak tak mabuk saja sangat. Tak pa aku join bukan nak mabuk pun. Aku tak layan. Cuci-cuci mata ok..dok syok layan lagu Umbrella, member sua segelas Heneiken. Alamak, tak ambil kecik hati plak. Ambil dosa. Tuhan marah.


Dalam dok fikir nak layan ker tak baru aku teringat..Tak pe hari mengundi nanti aku pangkah PAS. Aku orang Islam wajib undi orang Islam. Pangkah PAS masuk syurga. Nak risau apa. PAS ada boleh kasi tiket ekonomi kelas pegi syurga…Dah lewat pagi kepala pun dah pusing mabuk termuntah-muntah, azan subuh pun berkemundang.


Alah apa nak kisah besok mengundi kita pakat-pakat pangkah PAS dapat masuk syurga. Balik rumah panas. Buka aircond full pun panas lagi..oh..! lupa plak kita boleh buka aurat dalam rumah nak bogel pun tarahal. Itukan rumah kita. Nik ajis pun dah restu..tak kisah janji rumah kita orang lain tak nampak.


Jiran sebelah rumah lagi best, keluar kerja pakai songkok, isteri seksi tapi ada nandek kat dahi. Yang laki pakai songkok siap dengan sejadah kat bahu. Yang isteri seksi ada nandek kat dahi..Ajaib sungguh, oh diorang moderat. Islam liberal..Tak kisah sangat pun. Patut la boleh kahwin gitu..


Best juga..aku nak kahwin dengan awek salib aku tak nak suruh dia masuk Islam la..dia kristian aku Islam ok la..tak yah dia nak melalak kat klinik kena sunat. Kesian kat awek aku tuh. Aku Islam dia kristian..Cukup 5 tahun aku pangkah PAS dapat masuk syurga..awek aku tuh pun aku suruh pangkah PAS dapat dia masuk syurga dengan aku.


Apa nak risau aku Islam wajib undi orang Islam. Aku undi PAS dapat la aku masuk syurga. Itu yang aku faham. Dosa bertimbun-timbun, cukup 5 tahun aku pangkah PAS. Dosa aku kira setel la lepas aku pangkah PAS. Bestkan..!

7 comments:

Parpu Kari said...

WOW BESTNYA, NIK AJIS DAH BAGI TIKET SYURGA FREE YA BRO!

BESTNYA! HE HE HE PEDAS SIOT

garamanis said...

BRO,

RUGI TAK MASUK PAS..SYURGA DALAM TANGAN. BODOH BETUL YANG PANGKAH BN..

HE..HE..HE

Anonymous said...

ni yang merepek tak tentu pasal apalak ni...engko faham ke yang kau kata tu....bawak-bawaklah mengucap...Parpu Kari dan garamanis janganla permainkan agama...kalau tak faham tak usah la perli-perli..Ingatlah Umno to Rasuah ...Rasuah tu Umno

Anonymous said...

Kalau gitu PRU13 ni saya pun nak pangkah PAS jugak lah... tapi saya nak tiket fistklass, boleh tak?..

nalapambu said...

PAS dan PKR akan tetap terus unggul selagi kaum cina dan india terus menyokong nya.

UMNO akan tetap terus ditolak oleh kaum cina dan india.

Penyokong UMNO boleh cakap apa saja yang mereka suka terhadap Pakatan Rakyat, tetapi sokongan kaum cina dan india semakin bertambah teguh terhadap Pakatan Rakyat.

TS Muhyiddin Yassin TPM menyatakan UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk pulih, jika gagal dipulih dalam masa dua tahun ini, UMNO akan berkubur.

Kepada juak2 UMNO sekelian, berusahalah bersungguh2 pulih kan UMNO jangan terlalu sibuk dengan hal Pakatan Rakyat.

UMNO sedang menghadapi saat2 maut - Pakatan Rakyat sedang menuju kearah kemenangan pada PRU13 akan datang.

Anonymous said...

bangkitlah sedar lah jgn jadi org melayu yg tak bolih tgk kaumnya senang dia nak hancurkan biar jadi barua kaum lain takpe kepada yang masih tak ingat tu buka mata luas luas

raz said...

buat apa sokong pakatan pengganas..pengganas hanya tahu nak merusuh, hanya tahu nak menjahanamkan negara, orang melayu dan agama islam.