Saturday, April 04, 2009

Angin Perubahan Makin Jelas.


Impossible..impossible..itu adalah ungkapan RE dalam filem Nasib Do Re Mi 40 tahun dahulu. Mungkin itu juga ungkapan Anwar Ibrahim Munafikun setelah mengetahui ‘junior’ beliau dalam Pemuda UMNO telah ditabal sebagai PM ke-6. Terkedu Anwar melihat TV dan surat khabar umum berkenaan pelantikan itu. Suara Keadilan jangan harap nak siarkan berita sensasi itu di‘klentong’ rakyat lagi mendatangkan jualan surat khabar tersebut.


Agaknya bagaimana lenggok Anwar selepas ini dalam menghadapi permainan politik DS Najib. Kita sudah mengetahui tingkah laku buruk Anwar yang suka menyemarakan dan menimbulkan suasana kehidupan yang diselubungi dengan persepsi. Pelbagai andaian dan tohmahan yang tidak berasas menerjah ruang pemikiran rakyat Malaysia. Keadaan ini sangat tidak harmoni kerana yang akan mengundang konflik dan mengikis imej ke arah perubahan yang akan dilakukan kerajaan di peringkat domestik dan global.


Anwar Ibrahim Munafikun mengetahui bahkan menyedari gandingan kepimpinan hari ini adalah igauan ngeri beliau. Berita kemasukan Tun Dr. Mahathir kedalam UMNO sangat-sangat menyeksakan telinganya tambahan pula DS Najib telah bertindak aneh sejurus selepas ditabalkan sebagai PM.


Kesedian Tun Dr. Mahathir untuk berkempen di Bukit Gantang memberi isyarat jelas kerajaan DS Najib benar-benar serius dan ingin membawa bumi Malaysia ini kearah satu ruang gemilang yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia tetapi sangat tidak senang bagi Anwar Ibrahim Munafikun. Bagi Anwar, Tun Dr Mahathir adalah penghalang kepada cita-citanya untuk merosakkan Malaysia.


Langkah pertama DS Najib membebaskan seramai 13 tahanan ISA telah menyentap perasaan Anwar Ibrahim Munafikun. Beliau menjangka DS Najib tidak akan bertindak sejauh ini. Lantas dengan sokongan media alternatif, Anwar Ibrahim cuba mengikis imej dan langkah pertama DS Najib ini sebagai cubaan untuk “berbaik-baik dengan rakyat”. Lihatlah betapa dayusnya Harakah Daily, Malaysiakini, TKO dan sekalian suara sumbang propembangkang yang memperlekehkan akan kebenaran tindakan ini.


Jangan dilupakan Bukit Selambau bahawa PKR bermati-matian untuk menahan gelombang kesedaran rakyat khususnya kaum India yang telah mula beralih arah sokongan setelah menyedari PKR tidak mampu untuk memberi perubahan yang diharapkan rakyat marhaen. Pengumuman DS Najib kelmarin telah memberi kesedaran moral kaum India akan keprihatinan DS Najib berhubung permasalahan mereka.


Inilah kelebihan DS Najib yang disedari Anwar Ibrahim, beliau tahu DS Najib bukan seorang pemimpin yang suka bermain dengan retorik tetapi seorang pemimpin yang penuh realistik dan memahami etika berpolitik. Disinilah membezakan gandingan DS Najib/Muhyiddin dan Anwar Ibrahim Munafikun serta level of confident kedua-dua pemimpin ini tidak boleh disangkal lagi oleh Anwar Ibrahim.


Taktik kotor yang terpaksa digunakan Anwar Ibrahim adalah dengan menwujudkan politik persepsi yang tiada kesudahannya. Jangan dihairankan jika selepas ini gabungan PR akan mengadakan usul tidak percaya terhadap PM apabila sesi Sidang Dewan Rakyat diadakan kelak. Itulah Anwar Ibrahim dendamnya tidak pernah padam mungkin beliau memerlukan cermin ajaib untuk menilai dirinya sendiri.


PAS semenjak bersahabat baik bersama Anwar Ibrahim dan rakan-rakan hati dan keimanan mereka benar-benar telah dihitamkan oleh sifat munafik diri sendiri. Kepimpinan tertinggi yang bercakaran dan tidak bersependapat telah menguji PAS dan arah perjuangannya.


Bukit Gantang selepas tarikh 7 APR bakal menyaksikan PAS akan mengurungkan diri sendiri untuk memikirkan kemunafikan yang telah menyelubungi sekian lama dan PAS akan diukur tahap kekuatannya di sini. Makin jelas kelihatan sinar-sinar perubahan di Bukit Gantang akibat permainan kotor PAS. Rakyat Bukit Gantang telah menyedari permainan licik PAS dengan imej Islam yang dipolitikkan demi kuasa yang merosakkan. Angin perubahan makin jelas kelihatan di Bukit Gantang.

9 comments:

Syammil said...

pakatan sedang menderita akibat dibelasah teruk

Anonymous said...

"politik persepsi" adalah ungkapan terbaik untuk memahami permainan politik DSAI. Cara ini lah yang digunakan disaat-saat akhir untuk menghalang DSN dari dilantik menjadi PM. Walau bagaimanapun usaha ini gagal...kerana Allah tak merestuinya . Mat Darbus, pemberita Perancis,tetap gembira dan gelakketawa, kerana walaupun misinya gagal untuk menconteng arang ke muka DSN, duit tetap masukkkkkk.....dan mungkin dia boleh hidup untuk dua generasi dengan upah liputan kes yang dibuatnya.....

Z-MAY said...
This comment has been removed by the author.
Z-MAY said...

khabarnya ada yang menggelabah dgn kehadiran tun. diorang kalau gelabah, apa saja pun sanggup diterjah...

fargoman said...

If you turn on BBC, there are fair and equal coverage on the UK opposition parties.

So is NHK (Japan), so is KBS (Korea), so is CNN (America), so is CBC (Canada), so is ABC (Australia).

Even in our neighboring Thailand, their TV coverage is fair for both ruling and opposition parties!

Only in this Umno hijacked country that you find most lop-sided idiotic coverage on Umno and its running dog partners!

no brain leader said...

Yes, a lot of non-malays in Malaysia are leaving this country. But what the hell, they (babiputras) don't care. They are happy that we leave.

I do agree with you of those mentioned, our country is stepping backward, we are loosing in all aspects and yet overdue and retarded ministers are still available on shelf.

The ministers think that they are the only ones capable and qualified to be there and not replaceable, otherwise the country could collapse.

Looking at Afghanistan, Iran, Iraq likes looking at this country future. The well connected babiputras are getting richer. This government is spoon feeding the babiputras at this nation expense. I am sick of this country too.

My advise is let them rot in their own stew.

The Barisan government has achieved 0% in reversing the trend of racism.

While South Africa has disbanded racism through the government's initiative after the global news onslaught, our government leaders are propagating FACISM and RACISM in every way.

In term of racism, we are the most uncivilised country in the world. Look into our neighbouring countries of Asia, they are advancing economically on a straight forward objective, for their citizens.

Whereas we are moving in deviationist path, widely off the international economic theory for the sole objective, of propelling the well being of a supreme race.

Mahathir era is over, here we have Badawi. Is he changing the trend? Not a single sign of it.

How about the future under Najib? Sad, sad. They have more camouflage in readiness.

reek said...

If only the malays are a bit smarter, then BN won't win. The problem is malays are too damn stupid that they keep voting for BN. I don't know what poison BN gave to make them in this state.

Anonymous said...

ade lagi org tak cerdik dok nyokong AMNO KERIS YANG X BERSARUNG. dlm dok pesan2 jgn maki hamun org. kau terus terusan memaki hamun melalak tanpa tuan punya tubuh baca pun idak ko punya lalakan. kesian pun ada. geram pun ada. tapi nak buak mcm mana memang AMNO yang tarbiyyah org2 mcm kalian macam tu. sudahnyo hancur la AMNO nanti. org yang dah biasa dititipkan duit memang laju makiannya. bila lambat duit masyuk maka nak tekan kiboard pun lemah. bila dia ajak bedebat kita sambut. dah disambut tarik diri pula. nak bedebat mcm mana duit x masyuk lagi. kononya pembela bangsa melayu. tapi sudahnya meratah darah daging melayu sendiri. bukan setakat daging, sampai ke tulang temulang AMNO telan. itu yang keris pun tinggal batang. sarung tah kemana dimamah. bila hati dah hitam legam. garam pun jadik manis. malang sungguh dirimu. yang dicaci itu tidak tahu pun dirinya dicaci. al serah saja pada Yang Maha Kuasa Tuhan Sekalian Alam untuk menentukannya. kalau garam ini masih lagi manis, maka mungkin Tuhan masih belum mahu buka hatinya ekoran diri itu sendiri masih senang berhambakan pemusnah agama. Buat Blogger Pemusnah Negara buang la sifat kebangsaan. tanamkanlah sifat KeIslaman. Yang 7 soalan bakal ditanya, tiada ditanya soal bangsa. tapi, apakah agamamu? jawablah Islam agamaku...
garam kembali lah kepada rasa asalmu...
jangan lagi menungkat langit, serahkanlah kepada malaikat dan Allah urusan itu...

Eisya said...

Hi Encik Abg Garamanis.... Thanks atas pelawaan tu... :-)

Cuma sya malu la..... nak jumpa dgn org yg baru kenal.... hehehehee...

Tapi yg penting misi kita sama, utk memenangkan BN dlm PRK tiga bahagian ni.....

DS Najib dah buat perubahan &
pembaharuan..... Harap2 blogger BPN pun sama.....