Thursday, April 09, 2009

Antibiotik Demokrasi

1.Bukit Gantang secara moralnya orang Melayu lebih khayal berpolitik. Tak kira mereka mewakili UMNO, PAS atau PKR. Memang begitu lumrah bumi bertuah ini. Fakta keputusan Bukit Gantang yang menyaksikan orang Melayu lebih menghargai UMNO daripada PAS. Orang Melayu Bukit Gantang lebih menyedari kepincangan bangsanya. Melayu PAS hanyut dengan antibiotik demokrasi.


2. Di Malaysia, orang Melayu tiada apa-apa. Yang membezakan Melayu dengan bangsa lain adalah kuasa politik. Jika kuasa politik ini diragut oleh bangsa lain, Melayu adalah ‘Nothing’.


3.60 tahun dahulu, Melayu menerima syarat British untuk menerima bangsa lain sebagai terma untuk mencapai kemerdekaan. Itu dinamakan Sosial Kontrak. Sejarah pun tercipta.Melayu beralah dengan syarat kepimpinan negara ditadbir oleh Melayu. Kedaulatan Raja-raja tidak boleh dipolitikan.


4.Orang Melayu bukan perkauman yang lebih sifat perkaumannya adalah bangsa yang menguasai ekonomi. Kerana apa kerana kuasa ekonomi ditentukan mereka. Jika harga gula turun, diboikot pengeluaran besok harga pasti naik.


5.Akhir kata, orang Melayu asyik berpolitik sehingga tidak sedar diri sendiri diperbodohkan atas nama demokrasi. BN perkauman kerana itu adalah teras perpaduan negara ini dan terbukti berjaya.

1 comment:

Penyokong KJ said...

Ini kata Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen - HANYA TUHAN YANG TAHU ?

Adakah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dianiaya oleh pihak-pihak tertentu? Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen apabila diajukan soalan itu, menjawab, “Saya tidak boleh menjawab soalan itu. Hanya Tuhan yang tahu.” Apabila diajukan soalan sama ada keputusan itu adil atau tidak dan sama ada beliau menghadapi desakan daripada pihak-pihak tertentu, Rithaudeen menjawab:

“Kami adalah entiti yang bebas dan tidak ada seorangpun harus kacau dan campurtangan urusan kami. Sama ada keputusan yang kami buat itu adil atau tidak, terpulang. Kami mesti telus dan terperinci dalam melakukan siasatan.

“Kami akan siasat setiap aduan yang diterima, tanpa mengira dari sesiapa atau mengenai sesiapa,” tegasnya.

Beliau berkata, jawatankuasa telah memanggil semua orang yang dituduh, termasuk Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika menjalankan siasatan berhubung aduan rasuah.

Sidang media yang berlangsung hari ini agak panas apabila wartawan berebut-rebut mengajukan soalan.

Wartawan bertalu-talu bertanyakan mengenai hukuman berbeza yang dikenakan terhadap Mohd Ali Rustam dan calon Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaluddin walaupun kesalahan mereka adalah sama.

Rithaudeen berulangkali menjelaskan Mohd Ali dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas ejen-ejennya didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik dan Mohd Ali dilihat mempunyai kaitan secara langsung di atas kesalahan ejen-ejennya, berbanding Khairi yang didapati tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan tindakan ejen-ejennya.

“Kami telah menyoalsiasat ejen-ejennya, termasuk Setiausaha Politiknya Haji Saadun dan mendapati beliau serta beberapa ejen lain bersalah melakukan rasuah dan sogokan wang,” katanya dengan menambah kesalahan itu dilakukan sebelum dan selepas penamaan calon Perhimpunan Agung UMNO.