Tuesday, April 21, 2009

2 Senario Yang Berbeza

Nada suaranya begini, “Tindakan YB Mengkuang meletakkan jawatan sebagai ADUN perlu kita hormati dan menerima sebagai pergorbanan untuk menjaga MORAL dan INTERGRITI parti (PKR). Kami sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat sentiasa menghormati keputusan rakan pakatan lain kerana sikap tolenrasi kami menjaga hubungan antara satu sama lain.


Tetapi suaranya berubah untuk hal ini. YB yang putih mulus, rajin, kuat kerja hingga tidak sedar diri ‘DIKERJAKAN’ oleh orang lain. “Bagi kami, perbuatan individu yang menceroboh hak privasi rakan kami adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Keputusan YB putih mulus untuk TERUS BERKHIDMAT di dalam kerajaan negeri adalah tindakan yang wajar”. “Pemuda Islam itu perlu dihadapkan ke Mahkamah Syariah”.


2 senario yang memperlihatkan sikap DOUBLE STANDARD gabungan kelam kabut yang wujud ketika ini. Masing-masing saling curiga mencurigai kerana mengharapkan sokongan dan dokongan politik rakyat marhean mereka menjual perjuangan diri.

PAS juga yang selalu diperbodohkan. Mereka terlalu menjaga silaturrahim antara kedua-dua parti tetapi mereka juga yang selalu tersepit dan tercekik. Merekalah yang selalu bercakap banyak tetapi jarang sekali mereka dikenang dan berjasa. Mereka lebih banyak bersifat munafik dan meletakkan wajah tawaduk itu di dalam poket sendiri. Malu agaknya PAS atau mungkin mereka belajar untuk menerima ilmu globalisasi dari Pak Sheik.


Dalam 2 senario di atas nyata sekali berbeza sikap dan wajah PAS, Muslimah bergenang air mata kerana mempertahankan YB putih mulus daripada meninggalkan rakan-rakan di dalam kerajaan. Betapa beliau disayangi dan dipuja kerana hak mutlak miliknya tetapi YB Mengkuang terpaksalah bertempur bertepis si Mengkuang untuk mempertahankan diri.


Wahai rakyat marhaen parti inikah yang boleh kita beri tanggungjawab untuk memimpin kita. Pemimpin inikah yang layak memimpin kita..? Orang Mengkuang renungkan kembali ceramah-ceramah yang kita hadiri. Renungkan kembali kepimpinan negeri yang selalu memperbodohkan kita sehari-hari.


12 comments:

Admin said...

GM...

Mengkuang mana? Mengkuang Mak Sulong? Mengkuang Titi? Mengkuang Keretapi? Tikaq Mengkuang...

Pas serabut! Ingatkan nak harap depa la nak bela nasib Melayu kalau UMNO depa kata korup, sekali degan depa bangang dibodohkan oleh PKR!

PARPUKARI said...

bro, aku nak linkkan artikel kau ni kat blog aku la, ok ke?

KAU BAGI TAK BAGI AKU LINK KAN JUGAK, MUAHAHAHAHAHHAHAA

Lord Garam said...

DESPERADO,

MENGKUANG DAM....LEPAIH TURUN BUKIT LENGKOK RUMAH KALER KUNING.

PARPUKARI said...

TAU TAKPE, HE HE HE

AKU DAH LINK DAH GARAMANIS. TQ

Lord Garam said...

BRO PARPU,

THANKS BRO...SEMANGAT LU MEMANG GUA TAK BOLEH NAK LAWAN...

DUBUK KUNYIT MENANTIKAN KITA DI PENANTI..

Walk D Talk 09 said...

Jambatan bengkok yang merogol Singapore lambang kedetektoran Tun Mahathir

Akar Umbi said...

Memanglah muslimah nangis tapi tangan sempat cubit dan berbisik "kenapa kau tergamak berkelakuan macam tu, buat malu kita orang aje".

MOHAMAD AKMAL said...

Politik memang dilihat kotor kerana tangan yang mengotorkan. kotoran boleh dibersihkan dengan "rule" yang betul dan benar.

"Rule" itu ialah Islam. sumber islam ialah quran, sunnah dan ijma'.untuk mengetahui sumber perlu pada ahlinya.

moga saya dan anda menggunkan rule itu untuk "menceritakan" politik.

Tok Pambu said...

Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

Anonymous said...

Bro minta izin masukkan coretan ko nie ke dalam blog perisik rakyat@yahoo group.

Jeepers Creepers said...

Eh eh bodohnya orang yang gantung kain tuh. Ada ke parti PAS didalam Al Quran ataupun Hadis? sehingga mewajibkan orang islam menyokongnya?

daripada sokong PAS, baik aku sokong Hamas. Lagi besar faedah melawan zionis daripada menyokong parti politik dunia yang mempergunakan nama agama.

Anonymous said...

Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)

Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

1. Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
2. Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
3. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
4. Dimanakah Prowaris?

Apa lagi yang Najib tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!