Sunday, April 19, 2009

Dah Letih Sangat.

BN baik tak payah join PRK Penanti. Betul juga cakap DS Najib, Anwar Ibrahim Munafikun cuma nak permainkan sistem demokrasi negara ini. Memang zionis sikap Anwar Ibrahim Munafikun.


Taktiknya hendak mengekalkan momentum sokongan rakyat hari ini. Yang jadi masalah, orang Melayu yang seronok berpilihanraya dan politik cara yahudi ini. Marahkan Israel jika menyerang Palestin tapi masa yang sama shake hand dengan Yahudi. PAS pun terlena di bahu Anwar Ibrahim Munafikun. Kaku dan khayal dengan politik kotor Anwar Ibrahim Munafikun.


Sudahlah, rakyat dah bosan dengan politik bgini. Tunggulah sehingga tahun 2013 buatlah PRU ke-13. Berlawanlah cara matang, jangan childish sangat rakyat dah bosan. Masalah ekonomi yang kritikal lebih elok difikirkan daripada nak melayan nafsu gila orang politik.


Bagi GM jika BN tak nak bertanding pun dah kira memadai daripada hendak melayan nafsu buas si pencinta Putrajaya. Masih ada 3 tahun setengah hendak diadakan semula PRU ke-13. Jika BN hendak menaja calon bebas adakah dikira BN takut untuk menghadapi PKR.?


Jawapan itu hanya penguasa yang tahu. Bagi GM sebagai anak Mengkuang hendak tak nak terpaksa pi buang undi juga. Lepas ini lebih baik yang keluar mengundi cuma 50 peratus saja. Dapat satu rekod baru. Biar ahli politik gila tahu rakyat memprotes secara aman.


Hendak berbaring atas jalan, itu bukan budaya kita. Itu budaya manusia gila yang tidak boleh menerima ketentuan ilahi. Kuasa yang sedikit direntap sehingga menyentap asas pemikiran wajar seorang manusia.


Cukuplah rakyat sudah letih dengan masalah ekonomi yang menguncup usahlah ditambah lagi dengan pelbagai masalah bodoh dan remeh dalam kehidupan kita sehari-hari.


Klik Untuk Lihat Kehodohan Mainan Politik:


1. Sivakumar di'PUPPET'kan oleh Master Of Puppet.
2. YB Mengkuang Menghilangkan Diri

2 comments:

GuruBashid said...

Bukan semua perkara yang harus diperdebatkan. Sebahagian perkara kena ikut sahaja. Mungkin pendekatan ini tidak popular, tetapi biarlah daripada menjadi populis yang menjahanamkan. Orang selalu melihat bertanding sebagai pilihan. Malahan ada individu yang seronok untuk bertanding dan melihat pertandingan sebagai cara untuk membalas dendam dan menghukum. Ingat masalah tidak berakhir di medan pertandingan dan pertandingan itu sendiri bukanlah menjadi titik untuk menamatan sesuatu. Kadang-kadang pertandingan akan lebih memudharatkan apabila masalah sedia ada akan menjadi semakin buruk selepas itu. Masalahnya hanya kerana orang sudah biasa dengan pertandingan. Mengapa tidak melihat tidak bertanding juga sebagai satu pilihan. Yang paling penting pilihan sama ada untuk bertanding atau tidak bertanding itu merupakan keputusan yang tepat.
Jika keputusan tidak bertanding itu untuk kepentingan rakyat dan negara 1 Malaysia, maka kepentingan rakyat dan negara itulah yang wajib didahulukan. Apatah lagi melihat kepada situasi kemelut ekonomi negara yang berlaku akibat krisis ekonomi global, maka saya berpendapat tidak bertanding itu menjadi suatu keputusan yang tepat.Bukankah dengan cara itu kita telah mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Tidak bertanding mungkin menyinggung segelintir orang tetapi dalam keadaan negara dilanda krisis ekonomi dan wujud pula minoriti yang sangat memementingkan diri sendiri serta selalu mengambil kesempatan, percayalah keputusan tidak bertanding itu melegakan ramai rakyat yang memerlukan pembelaan kita.

GAP said...

Musang berbulu ayam..