Monday, April 13, 2009

Kabinet Bayangan: Dulu Dan Hari Ini

Ini adalah Kabinet Bayangan Anwar ketika beliau heboh dengan Projek 16 Sept. Kabinet Bayangan ini dikeluarkan pada awal Sept 2009 sehinggakan mengerunkan Pak Lah dan memaksa sebilangan Ahli Parlimen BN bersiar-siar di Taiwan. Walau bagaimanapun, Anwar Ibrahim Al-Penipu ternyata telah membikin siri Sitcom untuk tatapan rakyat Malaysia berhubung khayalannya itu.



Anwar Ibrahim Al-Penipu meneruskan Produksi Sitcom siri ke-2. Baru dilancarkan beberapa hari yang lalu. Bagaimana pun terdapat sedikit perubahan beberapa watak dan jawatan di dalam sitcom terbaru ini. Pelancaran sitcom ini bermula selepas pesaing Anwar Ibrahim Al-Penipu iaitu DS Najib telah melancarkan barisan tenaga produksinya yang telah diakui kualiti oleh badan bertindak seluruh rakyat Malaysia. Ini mungkin mengambil kira khayalan Anwar Ibrahim Al-Penipu merasakan perlunya beliau meneruskan sitcom ini untuk memberi kepelbagaian sitcom di Malaysia. Kita tunggu langkah seterus Al-Penipu untuk mengambil hati rakyat Malaysia.

6 comments:

Senapang Patah said...

Anwar adalah seorang pelakon politik yang baik tetapi malangnya beliau tidak disokong oleh pelakon pembantu yang dapat menghidupkan lagi watak lakonan beliau. Atas sebab itu kualiti drama itu dan ini yang diarahkan oleh beliau sukar mendapat tempat dalam khalayak umum melainkan dalam khalayak sendiri saja.

X - FILE : PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI

najamarine said...

wahai rakyat melaysia..lihat lah apa yg bakal berlaku jika bapak segala munafik ni jadi PM..

wahhh..republik ehh?kan dah boleh bayangkan keadaan malaysia ketika itu.ade beza ke dengan singapore?org cina ngn india dah nampak kepentingan mereka di situ tetapi org melayu pulak bertakbir selepas mereka hanya layak duduk kat umah flet,bawak teksi keje kat majlis perbandaran je..takde tempat dah nak berase selesa macam sekarang.

bukan ke bagus kekalkan keadaan sekarang ni,dan berusaha eratkan perpaduan sesama kaum dari memikirkan sangat angan2 mat jenin anwar ibrahim tu.anwar ibrahim ni da macam hilang pertimbangan tau,selangkah lagi je nak jadi PM,nak jual malaysia..tapi selepas allah tidak mmbenarkan dia mula mengeroyan.ehh..bole nampak la.

selamatkan perpaduan yg masih wujud,jangan terlalu taksub untuk seseorang yg tidak waras habis negara tergadai,melayu hilang hak istimewa.banyakkan bace sejarah ye..

Anonymous said...

Elok kalu ISA tak payah di semak-semak..ikut seperti sedia ada...kalu semak pon ketatkan lagi..tangkam mereka yang cuba cetus huru hara..yg. asik nak berpolitik tak sudah..Negara rosak....janganlah kita hanya menjaga kepentingan individu..yang penting kepentingan Awam..Mereka yang berniat jahat sahaja takut ISA..
Cuba lihat negara agak aman apabila 2 tiga kerat Hindraf masuk ISA..ini telah memberikan ketenteraman dari segi Mental dan Fizikal rakyat malaysia...Alhamdullilah..Jangan lah kita jadi thailand..dah terlambat...nanti..

Anonymous said...

Melayu hilang hak ke istimewaan bawah pemerintahan siapa ya??

Bercakap seolah olah PR pulak yang memerintah sekarang ini. Takpe ...doakan agar PR dapat memerintah dan mengambil kuasa dari pemerintah gila..

adios

penoreh said...

Anon Adios...


Betul juga apa yang kamu cakap.

Anwar ibrahim ni siapa?

Aku tak kenal la...Yang penting pisau getah aku kena hari hari asah. Esok nak motong. Bila time mengundi,parti mana boleh bagi aku duit lebih sikit,aku pangkah la.

p/s yang biasa bagi duit Bn la...siapa lagi.

Anonymous said...

korang cakap la apapun....
aku akan terus sokong BN.. hidup BN hidup BN hidup BN. aku akan terus sokong BN sebab BN la rajin bagu duit tunai kat aku tambah lagi bila musim Pilihan Raya. biar la pemimpin BN terus kaya, aku dapat dua tiga ratus jadi la. aku duli ape..
jom sokong BN dapat 2-3 ringgit jadi la merasa jugak