Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Friday, December 09, 2011

Rozali Ismail Dan BAPAK?

 saat bahagia

Kita wajar berasa curiga dengan tindakan Tan Sri Rozali Ismail apabila mencapai persetujuan dengan PKR State untuk settle down isu saman sebelum ini. Sepertimana yang didedahkan The Unspinners sebelum ini bahawa seperti terdapat 'kecurigaan' apabila diberitakan Rozali Ismail ada berjumpa dengan Anwar Ibrahim.

Ada yang kata Rozali Ismail sedang melobi untuk bertanding dalam PRU akan datang. Wallahualam.....

Pokok pangkalnya, Rozali Ismail walaupun kemaruk untuk bertanding mewakili bendera UMNO kredibilitinya wajar dipersoalkan. Ini mengambil kira tindakan dalam hal isu saman dan pertemuannya dengan Anwar Ibrahim. Mungkin bayangan cilok mencilok ada kelihatan.

Reputasi Rozali Ismail wajar diperdebatkan. Seperti yang ditulis disini dan sini. Ini mengambil kira dengan senario semasa apabila PAS sudah melancarkan 'Gerakan Selamatkan Felda' yang bertujuan untuk menjahanamkan kredibiliti Felda dengan mahu memberi taklimat berhubung penyenaraian Felda di Bursa Malaysia.

Dakwaan ANAK, Felda bakal mengalami kerugian jangka panjang jika disenarai di Bursa Malaysia.

Seperti yang semua tahu, ketika ANAK mengadakan 'roadshow' seluruh negara untuk meraih sokongan peneroka, Rozali Ismail cuba menjadi juara dengan menubuhkan BAPAK melalui GWGF [Gabungan Wawasan Generasi Felda]. Asasnya, BAPAK mahu menjadi 'check and balance' dalam isu peneroka dan generasi kedua.

Baguslah kalu betul arah tujuan dan keikhlasan BAPAK.

Persoalannya, daripada sumber yang diperolehi tujuan untuk menyelesaikan masalah peneroka menerusi BAPAK ini sudah lari dan merapu-rapu. Dwifungsi yang diharapkan tak lebih hanyalah diatas kertas dan untuk mempromosi Rozali Ismail.

Bayangan mahupun kelibat BAPAK tidak kelihatan cuma sikap tidak gentleman dengan menguis setiap aduan ke atas Felda sendiri. Ibarat kata, fungsi BAPAK hanyalah sebagai batu loncatan mengendurkan amarah warga peneroka.

Oklah, jika itu stail politik yang mahu diterapkan tetapi mahu juga difikirkan undi 2 juta warga peneroka jika begini punya pengurusan. Stigma fix deposit mungkin boleh  jadi disaster kepada masa depan BN.

Monday, September 12, 2011

PRU Dah Dekat: Yang Kalah Pasti Akan Salahkan Orang Lain

Melihat senario semasa beberapa YB pembangkang banyak yang berpotensi akan kalah dalam PRU akan datang. Isu DUMC, kenyataan menyokong komunis Mat Sabu, isu kesucian Islam dan beberapa lagi isu yang telah menyedarkan orang Melayu.

Apabila kesedaran mulai timbul dalam fikiran dan sanubari orang melayu serta beberapa kekalahan pembangkang dalam siri PRK sebelum ini, gabungan ini mula mempersoalkan ketelusan dan gerak kerja proses demokrasi.

Perkara ini boleh dilihat apabila pembangkang galak menyerang beberapa agensi kerajaan. Menimbulkan isu pengundi hantu (Phantom Voters) dan pengundi Pos (Postal Voters) diibaratkan sebagai bom tangan untuk menimbulkan persepsi yang buruk terhadap agensi pelaksana demokrasi.

Dalam pada itu, beberapa dakwaan pemindahan pengundi yang kononnya didalangi oleh kerajaan juga cuba dieksploitasi semacam perkara sedemikian tidak langsung terfikir untuk dibuat oleh pembangkang. 

Contoh terbesar ialah pemindahan pengundi yang masuk ke dalam Pulau Pinang. Tindakan pengukuhan pengundi ke dalam Pulau Pinang boleh disifatkan sebagai mengukuh penguasaan DAP ke atas pulau itu.

Adalah logik untuk diperdebatkan jika kelompok pengundi berbangsa Cina mencatatkan peratusan perpindahan yang tinggi ke dalam Pulau Pinang sedangkan bilangan penduduk Melayu merangkumi tanah besar dan pulau mencatatkan bilangan yang tinggi melebihi penduduk berbangsa Cina. Bukankah sokongan pengundi Cina lebih memihak kepada pembangkang khususnya DAP?

Disebabkan itu beberapa pemimpin pembangkang cuba mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan dengan cubaan membawa usul pindah undi ke sesi Parlimen. Dengan sokongan beberapa jentera psywar pembangkang seperti MKini, TMI, Harakah Daily (Sumber Kelentong Anda) serta bantuan laman blog propembangkang membuatkan isu ini seolah-olah barah yang tiada pengubatnya.

Apa yang mahu ditonjolkan dalam artikel ini ialah kedatangan PRU Ke-13 dan kekalahan beberapa ahli parlimen dari side pembangkang memang sudah tidak boleh dielakkan. Biarpun pada ketika kempen kelak berbakul bakul janji pilihanraya ditabur, apakah orang melayu dan pengundi amnya akan terus memberi undi kepada sebuah gabungan yang carca marba dan tidak beretika?

Banyak sudah isu yang dilihat orang melayu sebagai mengecewakan kerana konsistensi pembangkang yang enggan mengaku kalah dan menyokong kerana lebih mahu menjaga sensitiviti politik daripada menjaga sensitiviti kaum.

Melihat daripada itu, kekalahan yang sudah dijangka tidak dapat dielakkan dan apa yang pasti kekalahan ini sudah pasti akan disertakan dengan beberapa dakwaan yang tidak masuk akal. Logikkah jika usia jenama demokrasi sudah melangkau 60 tahun untuk menidakkan ketelusan yang sudah diyakini.

For sure yang kalah itu akan menafikan kelemahan sendiri tetapi akan menunding jari menyalahkan orang lain itu pun jika BN mampu menguruskan konflik menjelang PRU supaya dilihat lebih segar dan diyakini.

Baca juga disini dan disini untuk memahami suara rakyat disaat keyakinan rakyat terhadap BN semakin mendekat

Taib Mahmud - Liabiliti Kepada BN?

Dalam lawatan Hari Raya Anwar di Sarawak – dan pertemuan dengan pimpinan PKR di Sarawak; Anwar memang ada dalam mood yang luarbiasa. Anwar yakin bahawa Sarawak akan ‘deliver’ sekurang-kurangnya 10 kawasan Parlimen kepada Pakatan Rakyat. Soalnya, berapa yang akan diwakili PKR? Anwar mahu para petugas pilihanraya PKR bekerja lebih keras – kerana jumlah wakil daripada setiap parti akan memberikan ‘leverage’ kepada kedudukan parti yang diwakili. 

Anwar membayangkan kepada hadirin bahawa kemungkinan…bahawa dia tidak akan bersama dalam PRU13. Saya ambil cuti ‘sabatikal’, kata Anwar. Hadirin tergelak. Namun, Anwar sudah menyampaikan wasiat bahawa perjuangan PKR di Sarawak mesti diteruskan di bawah naungan Baru Bian. 

Anwar menceritakan bagaimana sebenarnya Taib Mahmud akan menjadi catalyst kepada kejatuhan BN di Sarawak dalam PRU akan datang. Anwar berkongsi cerita bagaimana PM membuat usaha yang tepat untuk meminta Taib mengundur diri daripada jawatan Ketua Menteri. 

Semua ini dirancang di Hotel Hilton, Kuching – kata Anwar. Semua jentera diarahkan untuk memberikan tekanan kepada Taib Mahmud untuk bersara. Apabila Taib Mahmud enggan – ‘kempen anti Pek Moh dan Jom Ubah’ anjuran DAP sahaja sudah mampu menyebabkan undi popular BN merosot teruk.

Pada ketika ini, Anwar memaklumkan bahawa Taib akan memastikan bahawa LEGASI kepimpinannya akan kekal elok di Sarawak. Desas desus untuk membawa Mahmud Abu Bekir Taib sebagai pemimpin baru PBB akan menjahanamkan sama sekali BN di Sarawak. Mahmud akan bertanding Parlimen – dan seterusnya melompat naik ke jawatan kanan PBB dalam masa yang sangat singkat.

Anwar menceritakan bagaimana Abang Jo sudah menjadi tak tentu hala dengan rumours ini. Awang Tengah yang pada mulanya dikatakan akan menjadi calon KM juga – kata Anwar, akan KEMPUNAN jawatan Ketua Menteri. 

Semua ini, tegas Anwar adalah sumber kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat di Sarawak. Anwar mahu ianya digunapakai sebaik mungkin. 

Dalam konteks BN – apa ‘game plan’ untuk Sarawak ini? Nak biarkan sahaja Taib Mahmud menghancurkan peluang BN ikut suka hati? Nak biarkan sahaja Sarawak jadi milik peribadi Taib Mahmud? 

Blog ini melahirkan kerisauan kerana nampak macam TIDAK ada kesungguhan di peringkat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah Taib Mahmud di Sarawak. Ini sebenarnya litmus test kepada keberanian Najib. Setakat ini? Mengecewakan. Tak ada keberanian. Tak nampak macam ada harapan.

DAP tak perlu usaha banyak – guna semula propaganda Pek Moh; dan BN Sarawak akan menyerahkan lebih 10 kawasan Parlimen kepada Pakatan Rakyat dengan mudah. Maaflah dalam isu ini, tidak ada blogger pro-BN yang boleh pertahan. Taib Mahmud sememangnya sudah menjadi liabiliti kepada BN.

Tuesday, August 03, 2010

Bolehkah Komponen Cina BN Dipercayai?

Dalam carta ini, macam MCA sengaja tak bersungguh menjadi juara orang Cina. Depa membiarkan DAP membalun semua orang Cina untuk menjadi pemilih pada PRU akan datang. MCA tak layak nak jadi champion orang Cina dan menunjukkan kelemahan kepimpinan MCA untuk menjadi leader orang-orang Cina di Malaysia.

Sebelum itu, MCA senada dengan DAP dalam hal kalimah Allah. Muhyiddin Yassin pun dah marah,blogger cap ayam dah lama tau orang Cina takkan tunduk pada orang Melayu. Jangan buat-buat lupa, DAP pernah menjadi spokeman MCA dan Gerakan bila Zahid Hamidi kena smash paper cina yang putaq belit kenyataannya.


Kapsyen gambaq kenyataan Anwar Ibrahim untuk memberi jawatan Timb. PM kepada orang Cina jika dia berjaya membentuk kerajaan. Sebelum itu, MCA juga pernah membangkitkan cadangan jawatan tersebut diberi kepada MCA berdasarkan kekuatan sokongan dalam kabinet. Yang kita tak perasan, paper cina terutama Nanyang dan China Press hari-hari hentam, kutuk, hina orang Melayu sebagai rasis.

Masihkah ada kepercayaan pada depa semua..?

Blogger Cap Ayam Dah Lama Tau Cina Takkan Tunduk Pada Melayu


Muhyiddin dah mula bersuara...

Jangan jadi macam Hishammuddin yang kononnya berbangga bagitau strategi 3S yang sedang dibuat pembangkang tapi sebenarnya khilaf mendedahkan diri kepada serangan musuh.

Tuesday, July 20, 2010

Kenapa Mesti Guan Eng Jadi Spokeman Kompenan Cina BN?


Kita boleh andaikan bahawa BN tak perlu bermati-matian berlawan dengan musuh politik yang berada diluar lingkungannya. BN perlu berjuang menghapuskan musuh dalam selimut yang sedang bermaharajalela didalamnya.

Ketika ini, akhbar-akhbar cina rancak memainkan isu kenyataan Zahid Hamidi yang kononnya 'mengucapkan' kata-kata pedas pada komponen BN berteraskan Cina. Akhbar cina ini memanipulasi kenyataan Zahid Hamidi untuk kepentingan politik Cina.

Difahamkan, kenyataan Zahid Hamidi telah disalahtafsir sepertimana yang berlaku pada Nasir Safar dulu. Zahid Hamidi kononnya menghina MCA dan PGRM untuk tidak menjadi 'penumpang 'dalam kapal induk BN. IStilah penumpang ini sedang dieksploitasi anasir-anasir pendokong rasis dalam akhbar-akhbar cina.

Lim Guan Eng dalam kenyataan yang diambil dari sebuah surat khabar cina meminta Zahid Hamidi memohon maaf bagi pihak MCA dan PGRM. Seorang cina yang rasis macam Guan Eng boleh menjadi jurucakap bagi pihak komponen BN dengan tujuan untuk melaga-lagakan sesama parti.

Ini yang celakanya pasal anasir rasis dalam akhbar cina. Depa tak menulis dengan jelas dan cuma mengambil sedikit kenyataan untuk dieksploitasi.

Kita tak tahu apa sebenarnya yang tersirat disebalik hubungan tidak rasmi DAP dan parti komponen Cina BN. Tapi kita tak boleh menolak akan wujud kerjasama kongsi gelap antara parti-parti berteraskan kaum cina ini.

Seperti yang ditulis dari blog The Unspinner
Saya difahamkan, beberapa pemimpin MCA dan Gerakan mengadakan satu perjumpaan sulit dengan pemimpin DAP di Hong Kong dalam masa lebih kurang sebulan yang lepas.

Selepas pertemuan di Hong Kong saya difahamkan sekali lagi mereka berjumpa di Pulau Sentosa, Singapura beberapa minggu lepas.
Kemudian apa yang berlaku di bawah ini boleh menambahkan was-was kita macam nak pakai produk Jus Tok Guru atau Kohilal
Pada 14 jul 2010 aku ada dgr citer Pemuda MCA selangor dtg jd pemerhati pd persidangan DUN. lps tu dia org ada buat pertemuan dgn speaker maharaja Teng secara tertutup, lps pertemuan tu ada lak PC dia org, yg best tu dia org puji sgt'2 Teng sebagai speaker, siap ckp berbeza dgn speaker zaman BN, satu lg yg paling best dia org ckp akan bekerjasama dlm pembangunan masyarakat di selangor, lbh kurang camtulah. Tujuan dia org ni yg sebenarnya apa bro, tlg bongkar bro...

Mungkin Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon juga dapat menjelaskan perkara ini samada ianya benar atau tidak.
Ini yang bahaya bila DAP boleh menjadi pendesak bagi MCA dan PGRM.

Komentar otak dungu macam Mahfuz Omar tidak akan dilayan

Friday, April 10, 2009

Dari Jauh KJ Mengintai Rakan Di Dalam Kabinet

1. Semalam di Melaka Khairy Jamaluddin menyatakan masih mengharapkan sesuatu yang indah daripada belas ihsan DS Najib untuk membawanya ke Kabinet. KJ inginkan cabaran sesuai dengan usia mudanya yang dahagakan cabaran. Mungkin sebagai Abang Besar BN, KJ merasa tercabar dengan pengambilan dua rakan Pemuda yang berjawatan Naib dan seorang lagi berstatus anak pembesar dilihat lebih berwibawa daripada beliau sendiri.


2. KJ tidak perlu berasa begitu, kredibilitinya akan diuji jua dengan niat DS Najib untuk KJ menumpukan perhatian mendampingi generasi muda. KJ seorang anak muda yang penuh dengan idealisme generasi baru. Beliau lantang, berani dan bijak inilah ciri-ciri pemimpin muda yang jarang ditemui di bumi bertuah ini.


3. Mungkin sekarang baru KJ merasa susah payah berkecimpung di dalam politik Malaysia kerana sebelum ini peningkatan mendadaknya banyak dipengaruhi oleh orang no.1. Bagaimana pun jadikan pengalaman dahulu sebagai guru yang paling baik untuk beliau menyusuri susur alur dunia politik hari ini. Janganlah kecewa yang terbaik pasti akan menjadi yang terbaik.


4. Di pihak rakan Pemuda di cabinet sokongan daripada KJ adalah kepercayaan dan kerelaan untuk sama-sama bangkit membina semula negara seperti mana saranan DS Najib, SATU MALAYSIA. KJ masih punyai sokongan 300 ekor unta yang mengangkatnya menjadi Abang Besar BN. Jika kedengaran cacian nyahkan dari pemikiran kerana itu adalah racun.


5. Tidak perlu susah hati atau merasa terpinggir. Ini barulah dikatakan ahli politik yang sejati.

Siapa Yang Hebat Mentadbir?

1. Kepimpinan baru Malaysia menampakkan kesungguhan dan keikhlasan DS Najib untuk membawa satu makna perubahan yang menyeluruh. Namun di mata pembangkang masih ada lagi yang kurang elok pada pandangan mereka. Takpalah, kritikan sebegitu memang perlu. Tidak semua orang sempurna. Kritikan yang membina sangat dialu-alukan daripada ngomelan merapu yang tidak berfaedah.


2. Jika PAS, DAP dan PKR ditakdirkan satu hari nanti berkuasa di bumi bertuah ini mungkin landskap pentadbiran akan sempurna. Selama hampir 30 tahun membangkang bagi PAS dan DAP serta lebih kurang 10 tahun bagi PKR, kumpulan ini telah sedia lengkap dengan segala ilmu pentadbiran ditambah pula acuan dari Singapura dan Amerika menjadi kiblat untuk skema jawapan pentadbiran pembangkang.


3. Lihatlah betapa hebatnya pentadbiran PAS di Kelantan. Aman, makmur dan sempurna dibawah telunjuk pentadbiran Nik Aziz. Masalah sosial, kemajuan dan miskin tegar adalah perkara biasa di Kelantan. Terbaru hasil acuan pentadbiran ortodok PAS, menonton bola sepak pun boleh dibawa minyak tanah. Manalah tahu peminat naik minyak ada minyak tanah untuk dijadikan ubatnya. Jika Kelantan bertemu Perak mungkin lebih dahsyat jadinya, stadium dibakar. Siapa tahu.!


4. Pulau Pinang adalah Singapura tetapi Singapura bukanlah Pulau Pinang. Pentadbir Pulau Pinang menjadikan Singapura sebagai kiblat untuk penunjuk indeks pentadbiranya. Makin cepat kehidupan kaum minority di himpit makin tinggi markah yang pemerintah perolehi. Singapura juga begitu, tanah yang asalnya tanah Melayu kini hampir tiada tuan Melayunya. Asalkan berpaksi kepada barat konsep demokrasi Singapura indah khabar dari rupa. Pulau Pinang jika berterusan begitu, kaum minoriti akan jadikan Melayu Singapura sebagai sumber rujukan untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar.


5. Cara kepimpinan PKR lebih hebat. Salah laku moral adalah perkara biasa. Amerika juga begitu. Moraliti dan Individualiti adalah perkara yang berbeza tetapi bagi PKR itu yang terbaik untuk dicampur aduk dalam saluran pentadbirannya. Bagi mereka, isu moral adalah satu cabang cara musuh untuk menjatuhkan maruah pemimpinnya. Ahli yang taksub telah direkrut untuk tidak mempercayai sebarang kelemahan kepimpinannya. Daripada pemimpin atasan hinggalah pemimpin bawahan, moraliti adalah perkara biasa bagi PKR.


6. Pasti aneh jika ditakdirkan satu hari nanti ketiga-tiga sahabat diatas diberi kuasa untuk memerintah negara ini akan kedengaran pelbagai kesulitan untuk menzahirkan ilmu kepimpinan masing-masing mengikut acuan dan teknik sendiri. Apa yang pasti akan menyusahkan rakyat dan hanya rakyat yang mampu mengubah segala kecelaruan yang melanda ketika itu.


7. Siapa yang Hebat Mentadbir? Jawapan GM adalah BN terbukti cemerlang dalam menguruskan negara ini.