Melihat senario semasa beberapa YB pembangkang banyak yang berpotensi akan kalah dalam PRU akan datang. Isu DUMC, kenyataan menyokong komunis Mat Sabu, isu kesucian Islam dan beberapa lagi isu yang telah menyedarkan orang Melayu.
Apabila kesedaran mulai timbul dalam fikiran dan sanubari orang melayu serta beberapa kekalahan pembangkang dalam siri PRK sebelum ini, gabungan ini mula mempersoalkan ketelusan dan gerak kerja proses demokrasi.
Perkara ini boleh dilihat apabila pembangkang galak menyerang beberapa agensi kerajaan. Menimbulkan isu pengundi hantu (Phantom Voters) dan pengundi Pos (Postal Voters) diibaratkan sebagai bom tangan untuk menimbulkan persepsi yang buruk terhadap agensi pelaksana demokrasi.
Dalam pada itu, beberapa dakwaan pemindahan pengundi yang kononnya didalangi oleh kerajaan juga cuba dieksploitasi semacam perkara sedemikian tidak langsung terfikir untuk dibuat oleh pembangkang.
Contoh terbesar ialah pemindahan pengundi yang masuk ke dalam Pulau Pinang. Tindakan pengukuhan pengundi ke dalam Pulau Pinang boleh disifatkan sebagai mengukuh penguasaan DAP ke atas pulau itu.
Adalah logik untuk diperdebatkan jika kelompok pengundi berbangsa Cina mencatatkan peratusan perpindahan yang tinggi ke dalam Pulau Pinang sedangkan bilangan penduduk Melayu merangkumi tanah besar dan pulau mencatatkan bilangan yang tinggi melebihi penduduk berbangsa Cina. Bukankah sokongan pengundi Cina lebih memihak kepada pembangkang khususnya DAP?
Disebabkan itu beberapa pemimpin pembangkang cuba mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan dengan cubaan membawa usul pindah undi ke sesi Parlimen. Dengan sokongan beberapa jentera psywar pembangkang seperti MKini, TMI, Harakah Daily (Sumber Kelentong Anda) serta bantuan laman blog propembangkang membuatkan isu ini seolah-olah barah yang tiada pengubatnya.
Apa yang mahu ditonjolkan dalam artikel ini ialah kedatangan PRU Ke-13 dan kekalahan beberapa ahli parlimen dari side pembangkang memang sudah tidak boleh dielakkan. Biarpun pada ketika kempen kelak berbakul bakul janji pilihanraya ditabur, apakah orang melayu dan pengundi amnya akan terus memberi undi kepada sebuah gabungan yang carca marba dan tidak beretika?
Banyak sudah isu yang dilihat orang melayu sebagai mengecewakan kerana konsistensi pembangkang yang enggan mengaku kalah dan menyokong kerana lebih mahu menjaga sensitiviti politik daripada menjaga sensitiviti kaum.
Melihat daripada itu, kekalahan yang sudah dijangka tidak dapat dielakkan dan apa yang pasti kekalahan ini sudah pasti akan disertakan dengan beberapa dakwaan yang tidak masuk akal. Logikkah jika usia jenama demokrasi sudah melangkau 60 tahun untuk menidakkan ketelusan yang sudah diyakini.
For sure yang kalah itu akan menafikan kelemahan sendiri tetapi akan menunding jari menyalahkan orang lain itu pun jika BN mampu menguruskan konflik menjelang PRU supaya dilihat lebih segar dan diyakini.
No comments:
Post a Comment