Friday, September 02, 2011

Anwarfobia....Seni Politik Najib Halus Dan Menikam

Sebenarnya tiada istilah "Anwarfobia" sepertimana yang digembar-gemburkan jentera psywar PKR, Malaysiakini.

Apa yang nak ditakrif sebagai "Anwarfobia"? Ketakutan terhadap seseorang yang bernama Anwar Ibrahim? atau kecelaruan perancangan kerajaan dalam menghadapkan Anwar ke muka pengadilan atas kesalahan meliwat yang diterdapat dalam Al-Quran sebagai dosa besar dan jijik?

Ianya adalah stigma mahu menggambarkan kepada umum ketakutan kerajaan terhadap Anwar Ibrahim walhal tiada apa yang perlu ditakutkan kerana jangka hayat politik Anwar sudah hampir ke penghujung. Anwar cuma perlu pergi umrah atau mengerjakan haji memohon taubat atas kesalahan yang diciptanya sendiri.

Itu pun jika masih ada hidayah untuk Anwar

Kesediaan kerajaan melalui Kementerian Penerangan untuk mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Penanti dalam Permatang Pauh adalah kerana rakyat Permatang Pauh dahagakan perhatian khusus dari kerajaan.

Permatang Pauh sejak dahulu lagi telah dimomokkan dengan fantasi yang kononnya kerajaan zalim mengheret Anwar Ibrahim atas kesalahan yang diciptanya sendiri. Sejak dulu lagi sejak era Wan Azizah kemudian diambil semula Anwar Ibrahim, Permatang Pauh tidak pernah mendapat perhatian Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim tidak menghargai undi rakyat disitu. Sudah ditabal sebagai wakil rakyat dia langsung tidak mempedulikan rakyat Permatang Pauh. Sakit pening susah senang bukan sesuatu yang diambil perhatian Anwar.

Rakyat Permatang Pauh jarang menerima perhatian wakil mereka. Sementahlah bagi Anwar menganggap Permatang Pauh sebagai kubu kuatnya. Percayalah, rakyat disitu sudah jelak dan tidak mahu lagi dibayangi dan dibebani dosa menabalkan seorang peliwat sebagai pemimpin mereka.

Kesedian kerajaan untuk memberi perhatian terhadap Permatang Pauh dengan mengadakan rumah terbuka disitu adalah langkah berani dan tepat. Ianya adalah tamparan untuk Anwar yang gagal sebagai wakil rakyat.

Ini yang enggan diakui Anwar stail seni politik Najib.....halus dan menikam.

4 comments:

Anonymous said...

harap-harap rakyat permatang pauh semua turun....kasi penampaq sulung kat brader anwar

samakita said...

Ya!!!!
Najib memainkan peranan yang sungguh besar demi membetulkan keadaan politik yang huru hara dimanipulasi oleh Pakatan Rabak

Soalnya apakah orang-orang umno lain pandai dan rajin seperti Najib

Kita ambil contoh sesetengah ketua penerangan UMNO dalam negeri,bahagian,dan cawangan,APAKAH mereka berkerja menyampaikan apa yang telah dilakukan oleh Najib

Jika di lihat ,para bloger lebih rajin menulis menceritakan apa yang berlaku ditanah air

Hakikat ini harus diakui oelh semua pihak,,


http://samakita.blogspot.com/

Sebagai penulis blog baru,sudah tentu saya memerlukan sokongan anda semua,oleh itu saya memohon jasa baik rakan semua meletakkan url blog saya pada blog tuan/puan
Jasa baik anda amat diharapkan

Anonymous said...

tudia bang anwar sendiri goyang divert kt kerajaan plak

Anonymous said...

org permatang pauh sanggup undi anwar walau pun anwar kaki liwat.mereka kata anwar mangsa konspirasi.sekarang sendiri mau tanggung lah kawasan mundur.undi membawa rebah,bodoh pun org.