Friday, September 09, 2011

Anwar Restu Memorandum Sabotaj Khalid Ibrahim


Saya menghubungi 'seseorang' dalam Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor' bagi mendapatkan kepastian berhubung desas desus 'rampasan kuasa' dalaman pentadbiran Negeri Selangor. Ini bermula dengan kenyataan Khalid Samad yang menyatakan terdapat usaha bagi menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Jika diikutkan kronologi, usaha ini sudah bermula lama dulu. Ketika itu, isu pasir telah menjahanamkan imej pentadbiran Khalid Ibrahim yang gagal mengekang kemarahan rakyat Selangor dan timbul ura-ura untuk menaikkan Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru

Menurut Khalid Samad beberapa ahli parlimen dari PKR sedang mengusahakan satu memorandum bagi  mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatan. Walaupun Khalid Samad tidak menyatakan yang sebenarnya memorandum itu telah pun sampai ke tangan Wan Azizah.

Untuk lebih memahami, memorandum itu melibatkan sokongan tandatangan ahli-ahli parlimen PKR dan apa yang lebih penting usaha itu sudah mendapat 'blessing' daripada Anwar Ibrahim. Bagi Anwar, tindakan ini perlu memandangkan kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim mampu memberi impak buruk terhadap prestasi PKR di Selangor menjelangnya pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRU Ke-13. 

Pada Anwar, untuk memimpin pentadbiran negeri lebih mudah diuruskan oleh Azmin Ali selain kapasitinya sebagai Pengerusi PKR Selangor. Lagi pun Anwar pernah berjanji untuk memberi 'imbuhan' yang besar kepada Azmin atas konsistensinya membelanya.

Desakan ini ekoran kegagalan Khalid Ibrahim menunaikan janji-janji pilihan raya selain daripada sikap kedekut Khalid Ibrahim sendiri yang menyekat bantuan kewangan kepada ahli parlimen Selangor dan jentera pembangkang.

Isu pokok yang lebih besar menjurus kepada desakan ini adalah kegagalan Khalid Ibrahim dalam menjalankan pentadbiran yang cekap dan adil sesama ahli parti selain daripada isu semasa yang telah menyinggung perasaan orang Melayu di Selangor.

Gerakan ini sedang berlaku dan diketuai oleh Azmin Ali. Antara ahli parlimen yang lantang mendesak ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Mike (Kapar) dan Haniza Talha (Kg Medan). Selain itu, beberapa ahli parlimen luar dari Selangor yang turut menyokong ialah Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Yusmadi Yusuf (Balik Pulau)

Untuk rekod, Khalid Ibrahim sudah lama mengetahui gerakan ini dan dia akan terus mengekalkan kuasa selaku MB sehingga mendapat ilham untuk membubarkan DUN dan meminta perkenan Tuanku Sultan Selangor.

Bagi pemimpin kanan PKR, kumpulan yang pro Azmin Ali dilihat amat 'dominan' menguasai segala keputusan dan perjalanan politik PKR yang diketahui tidak boleh lagi mengharapkan kredibiliti Anwar Ibrahim untuk terus memimpin. 

Dengan bergerak mengikut bayangan Anwar, pakatan sulit yang sedang bergerak ini mahu mengangkat Azmin Ali sebagai ikon pemimpin baru bagi menggantikan Anwar Ibrahim. Segala isu yang sedang berlaku di Selangor sepertimana isu pemeriksaan JAIS dikatakan turut mendapat sentuhan kotor daripada pakatan ini.

Jika pun Khalid diturunkan apakah Azmin Ali mampu mengekalkan status quo pembangkang di Selangor?

Melihat stail dan game politik PKR ianya penuh dengan tipu muslihat, kecurigaan, ketidakadilan dan tikam belakang walaupun PKR selalu gah dengan terma 'keadilan' diatas-atas pentas ceramah. Apa yang berlaku di Selangor memperlihatkan game politik yang merbahaya.

Bagaimana mahu memiliki Putrajaya jika kepimpinan yang sedia ada penuh dengan taktik kotor dan sesat?

Bagaimana pula peranan UMNO Selangor untuk mengeksploitasi perpecahan ini?

---------------------------------------------------------------------------------------
Penipuan Keahlian Dalam PKR - The Unspinners

Laksmi dihubungi oleh Anuradha untuk menyerahkan borang yang sudah siap tapi dia buat pelbagai helah untuk tidak mahu serahkan. Maklumlah perkara ini salah. Itu yang Anuradha telah mengugutnya di dalam perbualan talipon dengan ibu Lakshmi.

Rakan PKR kaum India itu memberi kami maklumat dan dokumen ini untuk didedahkan betapa buruk dan jijiknya politik dalaman PKR hingga sanggup ugut mengugut. Jadi berapa kali ganda keleontong PKR tentang jumlah keahlian mereka. Kalau 300,000 tu agaknya cuma 30,000 kot???

Ini rupanya cara pemimpin PKR menang jawatan dalam PKR. Agaknya begini jugakah cara Azmin menang? 

1 comment:

PemikirpolitikJerantut said...

MOHON LINK TUAN,
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/