Tuesday, September 27, 2011

PANAS! Video PAS Tolak Hudud



Sebelum terjah lebih elok kita fahami kandungan video diatas.

Perjuangan hudud PAS yang mula dicetuskan semula Nik Aziz seolah-olah siren kebangkitan PAS. Jangan salah tafsir siren itu bukan kerana komitmen perjuangan PAS yang tertinggal sebelum ini tetapi siren untuk memberitahu orang Melayu PAS masih lagi wujud dan bernafas di muka bumi ini.

Blog ini bukan mahu memperkecilkan perintah agama atau pun mentertawakan pelaksanaan undang-undang Islam. Sabar dulu brader jangan cepat melompat.

Parti Islam yang berusia 60 tahun ini makin dilupakan kerana kedajalan perjuangan yang mempermainkan agama untuk kepentingan politik.

Untuk apa lagi bukti yang mahu ditunjukkan perihal tidak konsisten PAS. Apa habis semua dibuang kerana taksub dengan keseronokan duniawi.

Komitmen tulisan ini bukanlah terletak kepada sokongan pelaksanaan hudud yang dibincangkan sekarang ini. Menyokong dan membangkang yang tidak ekstrem kerana apa yang keluar dari mulut PAS semuanya harus diteliti.

Yang dipersoalkan orang Melayu dan umat Islam ialah dimana keikhlasan PAS dalam menegakkan agama Allah?

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

yang salah tetap salah.

pergunakan Islam atau ikhlas kita tidak pasti. politik ibarat sebuah kilang, walaupun ada general manager, tapi setiap bahagian ada penyelia masing-masing dan kepala masing2.

Pas silap apabila memilih untuk menunduk akan tekanan dari PKR & DAP. situasi ini mungkin sesuai bagi kawasan pantai barat. Pas juga silap apabila memilih Mat Sabu sebagai orang no 2 mereka.

tapi bagi kawasan Kelantan & Kedah, sebenarnya Pas punya kuasa dan sokongan untuk menentukan identiti mereka sendiri dari segi pentadbiran. sekadar polemik atau tidak,

seharusnya BN mengambil peluang ini. pertama di atas nama Islam & Ummah, kedua diatas nama Melayu. Apa salahnya jika BN menkaji balik larangan Hudud Kelantan tu, kalau benar ia tidak menurut acuan Islam sebenar, banyak cerdik pandai agama di dalam Kerajaan yang boleh menolong untuk memperbaiki draf Hudud Kelantan, malahan kerajaan pusat jika mau punya peruntukan unutk mendapatkan pandangan pakar Perundangan Islam dari luar negara.

BN terutamanya UMNO seharusnya memberi sokongan bagi Kelantan untuk melaksanakan Hudud. jika memerlukan pindaan pada Akta & Undang2 sedia ada, silakan, sila beri sokongan.

apa ruginya kepada UMNO jika Hudud di laksanakan di Kelantan. sekurang-kurangnya jika berjaya, UMNO sebagai Parti utama yg mendokong juangan Agama, Bangsa & Negara boleh berbangga kerana dalam memperkatakan bab Islam, bukan sahaja Pas yg perjuangkan, malahan UMNO juga membantu dengan mencantikkan lagi draf Hudud.

JIka tidak berjaya Hudud itu, kesan nyata bukan kepada UMNO, tetapi kepada Pas.

Saranan KP UMNO sepatutnya diberi perhatian.

paku dulang paku serpih... dulu mengata PAS yg sengaja sentia nak memecah belahkan org Melayu, bila ada kalangan UMNO sendiri yang menjurus kepada perpaduan walau bukan dlm lingkup ideologi, itu pun tak dilayan. malahan bagai anak kecil bermain dgn air, ditepuk terpercik bukan sahaja ke muka sendiri, malahan ke serata pandangan.

ish ish apalah nasib bangsaku, inikah yg dikatakan bakal tentera Panji Hitam???

tungkaran hati.blogspot said...

...tetapi kata orang DS Najib takut kepada Chua Soi Lek pasal bab Hudud ni...betul ke?

Anonymous said...

salam,

saya tertarik dgn komen anon berkenaan hukum hudud. kita jangan curiga dgn tulisan tuan punya blog ini. tulisannya hanyalah melemparkan persoalan keikhlasan.

hukum allah bagi kita umat islam wajar untuk kita laksanakan dan pratik.

yg jadi persoalan seperti mana yg terkandung dlm video itu ialah PAS sendiri seperti malu mahu menegakkan hukum allah.

jika yg dilontarkan menjadi debat hari ini adalah hudud kenapa dilihat seolah-olah tindakan terdesak walhal PAS sudah ada 60 tahun dlu.

hukum tetap hukum tetapi nawaitu yg jadi persoalan dan akan ditanya di padang mashar kelak

PemikirpolitikJerantut said...

MOHON LINK,
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/