Monday, September 12, 2011

Taib Mahmud - Liabiliti Kepada BN?

Dalam lawatan Hari Raya Anwar di Sarawak – dan pertemuan dengan pimpinan PKR di Sarawak; Anwar memang ada dalam mood yang luarbiasa. Anwar yakin bahawa Sarawak akan ‘deliver’ sekurang-kurangnya 10 kawasan Parlimen kepada Pakatan Rakyat. Soalnya, berapa yang akan diwakili PKR? Anwar mahu para petugas pilihanraya PKR bekerja lebih keras – kerana jumlah wakil daripada setiap parti akan memberikan ‘leverage’ kepada kedudukan parti yang diwakili. 

Anwar membayangkan kepada hadirin bahawa kemungkinan…bahawa dia tidak akan bersama dalam PRU13. Saya ambil cuti ‘sabatikal’, kata Anwar. Hadirin tergelak. Namun, Anwar sudah menyampaikan wasiat bahawa perjuangan PKR di Sarawak mesti diteruskan di bawah naungan Baru Bian. 

Anwar menceritakan bagaimana sebenarnya Taib Mahmud akan menjadi catalyst kepada kejatuhan BN di Sarawak dalam PRU akan datang. Anwar berkongsi cerita bagaimana PM membuat usaha yang tepat untuk meminta Taib mengundur diri daripada jawatan Ketua Menteri. 

Semua ini dirancang di Hotel Hilton, Kuching – kata Anwar. Semua jentera diarahkan untuk memberikan tekanan kepada Taib Mahmud untuk bersara. Apabila Taib Mahmud enggan – ‘kempen anti Pek Moh dan Jom Ubah’ anjuran DAP sahaja sudah mampu menyebabkan undi popular BN merosot teruk.

Pada ketika ini, Anwar memaklumkan bahawa Taib akan memastikan bahawa LEGASI kepimpinannya akan kekal elok di Sarawak. Desas desus untuk membawa Mahmud Abu Bekir Taib sebagai pemimpin baru PBB akan menjahanamkan sama sekali BN di Sarawak. Mahmud akan bertanding Parlimen – dan seterusnya melompat naik ke jawatan kanan PBB dalam masa yang sangat singkat.

Anwar menceritakan bagaimana Abang Jo sudah menjadi tak tentu hala dengan rumours ini. Awang Tengah yang pada mulanya dikatakan akan menjadi calon KM juga – kata Anwar, akan KEMPUNAN jawatan Ketua Menteri. 

Semua ini, tegas Anwar adalah sumber kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat di Sarawak. Anwar mahu ianya digunapakai sebaik mungkin. 

Dalam konteks BN – apa ‘game plan’ untuk Sarawak ini? Nak biarkan sahaja Taib Mahmud menghancurkan peluang BN ikut suka hati? Nak biarkan sahaja Sarawak jadi milik peribadi Taib Mahmud? 

Blog ini melahirkan kerisauan kerana nampak macam TIDAK ada kesungguhan di peringkat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah Taib Mahmud di Sarawak. Ini sebenarnya litmus test kepada keberanian Najib. Setakat ini? Mengecewakan. Tak ada keberanian. Tak nampak macam ada harapan.

DAP tak perlu usaha banyak – guna semula propaganda Pek Moh; dan BN Sarawak akan menyerahkan lebih 10 kawasan Parlimen kepada Pakatan Rakyat dengan mudah. Maaflah dalam isu ini, tidak ada blogger pro-BN yang boleh pertahan. Taib Mahmud sememangnya sudah menjadi liabiliti kepada BN.

1 comment:

Anonymous said...

Liabiliti mendenya... BN bawah Taib Mahmud boleh menang 100% kerusi pilihanraya yg lepas melalui parti yang dinaunginya... sebab tu parti pembangkang di Sarawak amat risau... sekiranya Taib dah takda.... boleh dikatakan kerja pembangkang untuk menang di Sarawak sudah semakin mudah...