Anwar membayangkan kepada hadirin bahawa kemungkinan…bahawa dia tidak  akan bersama dalam PRU13. Saya ambil cuti ‘sabatikal’, kata Anwar.  Hadirin tergelak. Namun, Anwar sudah menyampaikan wasiat bahawa  perjuangan PKR di Sarawak mesti diteruskan di bawah naungan Baru Bian. 
Anwar menceritakan bagaimana sebenarnya Taib Mahmud akan menjadi  catalyst kepada kejatuhan BN di Sarawak dalam PRU akan datang. Anwar  berkongsi cerita bagaimana PM membuat usaha yang tepat untuk meminta  Taib mengundur diri daripada jawatan Ketua Menteri. 
Semua ini dirancang  di Hotel Hilton, Kuching – kata Anwar. Semua jentera diarahkan untuk  memberikan tekanan kepada Taib Mahmud untuk bersara. Apabila Taib Mahmud  enggan – ‘kempen anti Pek Moh dan Jom Ubah’ anjuran DAP sahaja sudah  mampu menyebabkan undi popular BN merosot teruk.
Pada ketika ini, Anwar memaklumkan bahawa Taib akan memastikan bahawa  LEGASI kepimpinannya akan kekal elok di Sarawak. Desas desus untuk  membawa Mahmud Abu Bekir Taib sebagai pemimpin baru PBB akan  menjahanamkan sama sekali BN di Sarawak. Mahmud akan bertanding Parlimen  – dan seterusnya melompat naik ke jawatan kanan PBB dalam masa yang  sangat singkat.
Anwar menceritakan bagaimana Abang Jo sudah menjadi tak tentu hala  dengan rumours ini. Awang Tengah yang pada mulanya dikatakan akan  menjadi calon KM juga – kata Anwar, akan KEMPUNAN jawatan Ketua Menteri. 
Semua ini, tegas Anwar adalah sumber kekuatan baru kepada Pakatan  Rakyat di Sarawak. Anwar mahu ianya digunapakai sebaik mungkin. 
Dalam konteks BN – apa ‘game plan’ untuk Sarawak ini? Nak biarkan  sahaja Taib Mahmud menghancurkan peluang BN ikut suka hati? Nak biarkan  sahaja Sarawak jadi milik peribadi Taib Mahmud? 
Blog ini melahirkan kerisauan kerana nampak macam TIDAK ada  kesungguhan di peringkat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah Taib  Mahmud di Sarawak. Ini sebenarnya litmus test kepada keberanian Najib.  Setakat ini? Mengecewakan. Tak ada keberanian. Tak nampak macam ada  harapan.
DAP tak perlu usaha banyak – guna semula propaganda Pek Moh; dan BN  Sarawak akan menyerahkan lebih 10 kawasan Parlimen kepada Pakatan Rakyat  dengan mudah. Maaflah dalam isu ini, tidak ada blogger pro-BN yang  boleh pertahan. Taib Mahmud sememangnya sudah menjadi liabiliti kepada  BN.
1 comment:
Liabiliti mendenya... BN bawah Taib Mahmud boleh menang 100% kerusi pilihanraya yg lepas melalui parti yang dinaunginya... sebab tu parti pembangkang di Sarawak amat risau... sekiranya Taib dah takda.... boleh dikatakan kerja pembangkang untuk menang di Sarawak sudah semakin mudah...
Post a Comment