Bolehkah kita mempercayai cakap orang DAP apatah lagi untuk terima bulat-bulat komitmen depa bila berkuasa nanti. Ini menyentuh dengan perlembagaan yang dijunjung sejak dari dulu.
Apabila Mat Sabu lantang dengan keputusannya bahawa komunis adalah wira sebenar dalam insiden Bukit Kepong, DAP seakan menyendiri sehinggalah Karpal Singh tampil memperbetulkan keadaan dengan meminta Mat Sabu mohon maaf atas kebiadapan kenyataannya itu.
Boleh dilihat dan boleh dibaca keikhlasan game politik DAP yang sedaq akan kemarahan orang melayu terhadap Mat Sabu lantas Karpal Singh mengambil jalan selamat untuk kepentingan politik DAP.
Dia minta Mat Sabu mohon maaf disebabkan politik jangka panjang DAP yang tahu bahang piihan raya semakin mendekat. Jika bukan pasal pilihan raya dah lama DAP menyokong dan berdiri teguh untuk mengangkat komunis sebagai wira.
Kali ini Manoharan cuba bermain politik. Komitmennya mahu menukar bendera adalah suara ikhlas pembangkang khususnya DAP untuk mengubah apa yang sudah tertulis. Jalur Gemilang adalah payung kepada kedaulatan negara.
DAP tak perlu menghantar Tan Kok Wai untuk main wayang kulit. Ini semuanya adalah kerana bahang piihan raya. Apa yang dibuat Manoharan adalah kesungguhan DAP untuk menukar negara ini. Tak kurang malahan berlebihan.
Sebelum ini pun Manoharan pernah dalam ceramah menyatakan 'melayu bodoh dan malas'. Mungkin kenyataannya itu dalam banyak ceramah tetapi tidak diberitahu dalam dunia siber hari ini. Dia adalah manusia yang penuh dengan sifat rasis dan pendendam. Jika tak bagaimana dia begitu lantang dalam mengambil bahagian petubuhan haram Hindraf.
Senario hari ini, apa jua isu yang dilihat akan mengundang padah kepada karung undi DAP akan pasti cepat-cepat mahu diselesaikan. Samada dengan menyatakan pendirian sokongan atau pun dengan cara yang lain.
Melihat tindak tanduk DAP pasca PRU Ke-12 memusatkan konklusi memang benar apa yang berlaku di Singapura akan turut diguna pakai modus operandi bila menawan Putrajaya kelak. Cuma ketika momentum yang boleh menjahanamkan karung undi akan cuba diselesaikan sebaik mungkin.
Jangan dilupa akan kebiadapan DAP yang mahu kesamaan dalam banyak bentuk peruntukan kerajaan. Sebagaimana di Selangor yang memperlihatkan kesamarataan peruntukkan sekolah, rumah ibadat dan ketidakadilan seperti di Pulau Pinang kesemuanya jelas menunjukkan komitmen DAP menukar sejarah negara ini.
Yang bodoh dan tidak berakal hanya datang daripada PAS.
No comments:
Post a Comment