Timbul pula polemik untuk mengiktiraf perjuangan Mat Indera. Apa yang diperkatakan Mat Sabu dan PAS amnya ialah berdasarkan pemahaman cetek arah tujuan Mat Indera.
PAS beranggapan, Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan walaupun bersatu padu dengan komunis menentang pasukan keselamatan yang ditunjangi British. Era ketika itu ialah penjajahan British dan barang sesiapa yang bernaung di bawah pemerintahan British dianggap sebagai penderhaka kepada rakyat dan tanah air.
Hal sebegini tidak boleh diceduk dari istilah sejarah semata-mata tetapi perlu dilihat dari sudut kepentingan keselamatan. Bukakan minda untuk melihat dari sudut keselamatan.
Tanah Melayu ketika itu dibawah payung British. Segala urusan pentadbiran adalah melalui sistem British dan rakyat ketika itu akur dengan kuasa British. Sistem pemerintahan, Ekonomi, Pendidikan,dan Keselamatan segalanya mengikut acuan British.
Dalam mentadbir sesebuah jajahan atau pun wilayah tidakkah diperlukan sebuah pasukan keselamatan yang terdiri daripada rakyat jati. Sebuah pasukan keselamatan untuk menguruskan keselamatan dalam era kebangkitan rakyat untuk mencapai sebuah negara sendiri yang mutlak.
Tidakkah diperlukan sebuah pasukan keselamatan untuk menjaga aktiviti harian rakyat yang ketika itu masih lagi daif dan tercari-cari identiti sebuah negara yang merdeka?
Apakah pernah berlaku tindakan British yang mengarahkan pasukan keselamatan melakukan pembunuhan etnik kaum pendatang yang dibawa dari China dan India. Adakah tertulis segala kepayahan yang dilalui rakyat ketika itu untuk menjalani kehidupan dengan sempurna? Yang ada dan wujud fakta sejarah adalah kebangkitan rakyat yang mahukan sebuah negara merdeka. Rakyat yang diterapkan dengan idea Nasionalis.
Seperti mana perjuangan Dr. Burhanuddin, Dato' Maharajalela, Datuk Onn Jaafar, Rosly Dhobi, Tok Janggut ataupun Mat Kilau penentangan yang dicetuskan adalah kerana penjajahan British yang mahu membolot segala hasil bumi dan mewujudkan sistem Inggeris kerana dianggap bertentangan dengan norma-norma orang Melayu ketika itu.
Disini timbulnya , penentangan orang Melayu yang bangkit menentang British kerana Tanah Melayu ketika itu perlu berdiri dan ditadbir sendiri oleh rakyatnya.
Sejarah sudah tertulis kepayahan rakyat menjalani kehidupan semasa era pendudukan Jepun dan pemberontakan Komunis. Sejarah ini yang tertulis bagaimana beras menjadi emas dan ubi kayu menjadi dagangan.
Sejarah juga menunjukkan keperitan dan kesengsaraan rakyat yang dibunuh kejam atau dirogol tanpa belas kasihan jika tidak bekerjasama dengan Komunis. Yang mana didapati menjadi mata telinga British akan menerima padah. Disinilah fungsinya sebuah pasukan keselamatan yang dilatih oleh polis British bagi mengekang kekacauan yang dicipta Komunis untuk menakut-nakutkan rakyat.
Tidakkah itu kejam bagi sebuah organisasi kononnya mengangkat senjata bagi menuntut sebuah wilayah yang merdeka untuk mengembangkan ideologinya. Jika diikutkan tiada kejayaan yang gemilang jika tiada pengorbanan tetapi bukan sepertimana yang dilaksanakan rejim komunis ketika berkuasa dulu.
Polemik yang ada ketika ini adalah satu alasan yang jijik bagi menghalalkan sentimen kebencian rakyat terhadap komunis. Bukan kerana penerimaan terhadap sejarah itu sendiri tetapi manipulasi bagi menafikan apa yang sudah tertulis.
PAS perlu menilai dari pelbagai aspek kemungkinan. Jika pasukan keselamatan itu bekerja semasa era British dianggap penderhaka bagaimana pula senarionya selepas British meninggalkan negara ini dan Komunisme menjadi tunjang pemerintahan Tanah Melayu. Tidakkah itu dianggap tali barut Komunis yang sama-sama membuat kekacauan dengan ideologi kuku besinya.
Pasti akan muncul pejuang yang hebat untuk menentang kekejaman Komunis.
Mat Indera diakui sebagai pejuang tetapi kerana komunis yang memesongkan niat sucinya membuatkan dia dilabel sebagai penderhaka. Kerana komunis telah meracuni niat sucinya untuk menentang British dengan ideologi haluan kiri membuatkan usaha Mat Indera telah disalah tafsir.
Tragedi Bukit Kepong adalah kisah sentimental sebuah perjuangan mempertahankan maruah tanah air dengan semangat melawan yang tiada tolok bandingnya. Sebuah perjuangan dari sebuah pasukan keselamatan yang menentang kekejaman Komunis kerana merosakkan keharmonian negara ketika itu.
Dalam hal ini, ternyata PAS silap dalam 'bermain' dengan sentimen Bukit Kepong ketika rakyat sedang menikmati keharmonian hasil usaha pejuang terdahulu.
No comments:
Post a Comment