saat bahagia
Kita wajar berasa curiga dengan tindakan Tan Sri Rozali Ismail apabila mencapai persetujuan dengan PKR State untuk settle down isu saman sebelum ini. Sepertimana yang didedahkan The Unspinners sebelum ini bahawa seperti terdapat 'kecurigaan' apabila diberitakan Rozali Ismail ada berjumpa dengan Anwar Ibrahim.
Ada yang kata Rozali Ismail sedang melobi untuk bertanding dalam PRU akan datang. Wallahualam.....
Pokok pangkalnya, Rozali Ismail walaupun kemaruk untuk bertanding mewakili bendera UMNO kredibilitinya wajar dipersoalkan. Ini mengambil kira tindakan dalam hal isu saman dan pertemuannya dengan Anwar Ibrahim. Mungkin bayangan cilok mencilok ada kelihatan.
Reputasi Rozali Ismail wajar diperdebatkan. Seperti yang ditulis disini dan sini. Ini mengambil kira dengan senario semasa apabila PAS sudah melancarkan 'Gerakan Selamatkan Felda' yang bertujuan untuk menjahanamkan kredibiliti Felda dengan mahu memberi taklimat berhubung penyenaraian Felda di Bursa Malaysia.
Dakwaan ANAK, Felda bakal mengalami kerugian jangka panjang jika disenarai di Bursa Malaysia.
Seperti yang semua tahu, ketika ANAK mengadakan 'roadshow' seluruh negara untuk meraih sokongan peneroka, Rozali Ismail cuba menjadi juara dengan menubuhkan BAPAK melalui GWGF [Gabungan Wawasan Generasi Felda]. Asasnya, BAPAK mahu menjadi 'check and balance' dalam isu peneroka dan generasi kedua.
Baguslah kalu betul arah tujuan dan keikhlasan BAPAK.
Persoalannya, daripada sumber yang diperolehi tujuan untuk menyelesaikan masalah peneroka menerusi BAPAK ini sudah lari dan merapu-rapu. Dwifungsi yang diharapkan tak lebih hanyalah diatas kertas dan untuk mempromosi Rozali Ismail.
Bayangan mahupun kelibat BAPAK tidak kelihatan cuma sikap tidak gentleman dengan menguis setiap aduan ke atas Felda sendiri. Ibarat kata, fungsi BAPAK hanyalah sebagai batu loncatan mengendurkan amarah warga peneroka.
Oklah, jika itu stail politik yang mahu diterapkan tetapi mahu juga difikirkan undi 2 juta warga peneroka jika begini punya pengurusan. Stigma fix deposit mungkin boleh jadi disaster kepada masa depan BN.
4 comments:
2nd generation of peneroka adalah spoil brats. terlalu disuapkan dengan kemewahan.ambik ko najib.pekebun kecil ko x hiraukan
ANAK di luar pagar. BAPAK di dalam pagar. Hampir mustahil ANAK nak rempuh pagar kalau ahlinya setakat beberapa kerat aje. BAPAK tak perlu rempuh pagar sebab dah ada di kawasan Felda. Biarlah BAPAK ketuk puntu Felda dan berbincang dengan mereka bagi menyelesaikan masalah peneroka. Jangan ikutkan perasaan ANAK yang gopoh dan celupar. Buat kerja biar senyap dan berjaya. Bukan mendadik dada di corong mikrofon memalam buta. (ikhlas dari Mohd Sawit bin Abdul Getah)
bila syabas saman selangor, blogger marah. bila syabas tarik balik saman, blogger curiga. apa sebenarnya blogger nak dengan TSR? cuba terus terang... jangan konar konar
ANAK nampak gagah sebab setiap malam berteriak di bawah kemah. ANAK nampak hebat sebab setiap kali berceramah mesti dibanjiri manusia sebab SYOK dengar ceramah kat kampung. Saman sana saman sini. Maki sana maki sini. TETAPI peneroka tetap macam tu juga, wal hasil balik asal. BAPAK pulak kerja dalam senyap. Tak bising2. Tup tup selesai satu kes. Dum dam beres satu kerja. BAPAK tak pakai mikrofon dan berteriak setiap malam di bawah kemah. BAPAK diam2 panjat opis sana opis sini dan selesai masalah. Hujan, ribut, banjir, kebakaran, kemalangan, BAPAK jugak diam2 cari bantuan. Kita sama-samalah fikirkan antara TONG KOSONG dan TONG PENUH. (dari Bujang TIGA)
Post a Comment