Bersambung dari sini
Diberitakan ketika ini hujan lebat sedang melanda di beberapa kawasan antaranya KL, Klang, Kajang dan Hulu Langat. Ini pasti menjadi mimpi negeri bagi rakyat dikawasan berkenaan.
Trauma rakyat Bandar Kajang dilanda banjir kilat minggu lepas pasti belum habis lagi. Kerugian perniagaan dan terbantut urusan seharian adalah perkara yang terpaksa dihadapi apabila sikap pemipin.
Musibah melanda Kajang hari ini apabila banjir kilat melanda kawasan bandar Kajang secara tiba-tiba. Berdasarkan rekod, ini bukanlah kejadian kali pertama yang berlaku di daerah berkenaan, kerana kejadian yang sama pernah berlaku pada tahun 1998.
Dan memang benar kuasa ALLAH menentukan segala-galanya, namun ALLAH tidak pernah melarang manusia untuk mencari ikhtiar untuk mengelakkan kejadian yang buruk berlaku terhadap diri mereka.
Mungkin inilah akibatnya dari tindakan kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Khalid Ibrahim. Tidak salah sekiranya beliau beranggapan demi menjaga pembendaharaan negeri. Namun adakah berbaloi membatalkan projek yang berjuta namun musibah yang bakal melanda menyebabkan kerugian beratus juta selepasnya?
Walaubagaimanapun yang berlaku tetap berlaku dan ini adalah takdir dari ALLAH. Mungkin sudah tiba masanya untuk Khalid Ibrahim mengakui kesilapannya dan meminta kerajaan persekutuan memulakan semula projek yang telah beliau batalkan sebelum ini.
P/S Apa akan jadi pada kedudukan air untuk Selangor selepas 2013 yang mana Khalid sudah batalkan projek empangan Langat? Sanggupkah kita tanggung lagi kesalahan Khalid membatalkan projek tanpa asas yang betul dan cukup???
No comments:
Post a Comment