SHAH ALAM 7 Sept. - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam marah dan kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggap lawatan untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dan Kapar sebagai membuang masa dan membazirkan wang.
Ahli Parlimen PKR itu memberi amaran bahawa Abdul Khalid bakal menerima kesan pada pilihan raya umum lima tahun akan datang ekoran kenyataannya yang menyinggung hati ramai penduduk kampung terlibat.
"Saya puji tindakan pantas UMNO apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib turun dengan cepat melawat mangsa bencana alam ini dan menghulurkan bantuan.
"Mana pemimpin kerajaan negeri? Sebagai Ahli Parlimen Kapar, saya sungguh kecewa apabila tidak ada yang tunjuk muka. Saya tidak takut jika pucuk pimpinan parti mahu mengambil apa- apa tindakan terhadap saya kerana saya berpendirian tegas dalam hal ini.
"Saya terima banyak aduan, ramai yang pelik dan tidak suka dengan kenyataan Menteri Besar, kenapa dia cakap macam itu, memang peliklah dengan cara dia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dan Kapar dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.
Menurut Menteri Besar itu, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.
Dalam kejadian pukul 3 petang pada 1 September lalu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa ribut.
Sebelum ini, Manikavasagam mendakwa Abdul Khalid seolah-olah tidak mengambil berat dengan nasib mangsa ribut apabila tidak menghantar bantuan segera kepada mangsa yang menghadapi pelbagai kesusahan.
Kritikan itu dibuat selepas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib melawat mangsa dan menyerahkan bantuan RM300 kepada 340 keluarga yang rumah mereka rosak teruk sehari selepas kejadian.
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) turut menyumbangkan RM100,000 untuk membeli dan menggantikan atap rumah yang rosak.
Mengulas lanjut, Manikavasagam memberitahu, beliau boleh menerima jika hanya berlaku bencana kecil seperti kebakaran membabitkan 10 rumah tetapi kejadian ribut yang berlaku Isnin lalu boleh dianggap sebagai bencana negara.
Menurutnya, sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid perlu meninggalkan mentaliti dunia korporat apabila menganggap tindakan sedemikian hanya membuang masa tanpa mengambil kira kesan ekoran kenyataan seperti itu.
Selain itu, ekoran tindakannya mengkritik Abdul Khalid sebelum ini, beliau menerima banyak ugutan daripada beberapa pihak yang tidak menyenangi kelantangannya bersuara sehingga terpaksa membuat laporan polis.
p/s: Sudah dibilang...agenda PKR hanya untuk Anwar Ibrahim bukan untuk rakyat....

1 comment:
Aku sudah bilang, kamu semua sahaja enggak percaya.... Kamu semua mahu percaya sama Bapak Anwar... Dia hanya pandai bermain kata-kata... Dia hanya pandai bermain dengan emosi... Dia hanya pandai bermain dengan retorik... Dia hanya pandai bermain dengan pelacur dan gay boy...
Post a Comment