Thursday, December 08, 2011

Agenda PKR Hanya Untuk Anwar Bukan Untuk Rakyat

Asalnya penubuhan PKR adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim pasca 1998. Kesalahan salah guna kuasa dan meliwat Azizan Abu Bakar. Maknanya, penubuhan PKR adalah sama dengan sebuah keluarga yang menuntut kebebasan suami.

Tidak pernah ada dalam sejarah moden politik dunia, sebuah parti politik ditubuhkan hanya bertujuan untuk mendewakan seorang lelaki. Inilah doktrin sejak dahulu dalam PKR iaitu mahu mendewakan Anwar Ibrahim dan membebaskannya.

PKR ditubuhkan bukanlah berlunaskan mahu menjaga kebajikan rakyat jauh sekali mahu mencorak politik baru untuk kesejahteraan rakyat. Keadilan dan kebajikan rakyat bukan dalam manifesto PKR. Inilah fakta yang perlu diketahui.

Memandangkan doktrin PKR merekrut ahli adalah kerana Anwar Ibrahim bukan kerana kepentingan rakyat, dasar perjuangan PKR adalah untuk Anwar tidak pada rakyat. Pada PKR, rakyat hanyalah stigma dalam meraih sokongan untuk Anwar. Kebajikan dan kepentingan rakyat tidak pernah didahulukan.

Sementalah kejayaan PKR mengambil alih Selangor pemberian air percuma cumalah mahu mengotakan janji pilihan raya. Jika tiada dalam manifesto, jangan harap mahu rakyat Selangor merasa. Oklah itu kita boleh bagi kredit dan ucap terima kasih. Walaupun PKR terpaksa, mencanang akan bagi air percuma adalah perkara wajib dalam ceramah-ceramah. Janji ada daripada tiada.

Tapi kini bolehlah kita persoalkan yang lain-lain. Mana janji-janji untuk ibu tunggal, untuk anak kecil mahu bersekolah, untuk warga emas dan paling pelik mana janji mahu merakyatkan ekonomi Selangor. Mana semua itu?

Itu semuanya RAKYAT Selangor tapi apa agenda untuk memenuhi kebajikan rakyat Selangor?
-----------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Bosan, sakit hati dan kecewa antara perasaan yang bersarang dalam hati pengguna jalan raya di ibu negara apabila memikirkan masalah jalan rosak yang terpaksa dilalui setiap hari.

Biarpun pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Utusan Malaysia mengenai isu itu, namun ia bagaikan menyiram air ke daun keladi kerana tiada peningkatan ketara terhadap kualiti jalan raya seperti yang diharapkan pengguna.

Laporan Khas Utusan Malaysia bertajuk ‘MRR2 Zon Perang?’ pada Mac 2010, ‘Kualiti Jalan di KL Kelas 3’ (Ogos 2010), ‘Sampai bila jalan berlubang?’ (Ogos 2010) dan ‘Teknologi jalan zaman British’ (Oktober 2011) semuanya mempersoalkan keadaan jalan raya di ibu kota.

Jalan berlubang, retak, mendap, beralun, tampalan tidak sempurna dan berpasir merupakan situasi yang terpaksa dihadapi pengguna jalan raya menyebabkan pemilik kenderaan pening kepada memikirkan kos tambahan untuk penyelenggaraan kenderaan.

Kerap kali jalan raya yang baru diturap, dikorek semula untuk dipasang kabel atau saluran air dan selepas itu tidak ditampal dengan sempurna menyebabkan keadaan jalan kembali rosak dan tidak rata.

Jalannya berlubang, berpasir serta tidak rata akibat turapan yang tidak berkualiti.

Keadaan di Jalan Ampang pula lebih teruk apabila sepanjang laluan itu ada sahaja lubang serta tampalan yang tidak rata dengan ada yang berlubang kembali.

Keadaan jalan yang berpasir tidak menghairankan dengan kehadiran lori mengangkut bahan itu yang keluar masuk ke kawasan pembinaan di kawasan tersebut.

Seharusnya jalan-jalan utama di pusat bandar raya ini perlu berkeadaan baik kerana ia mencerminkan imej negara.

Jalan di kawasan-kawasan perumahan juga turut tidak terlepas daripada mengalami keadaan sama termasuk kawasan yang dianggap elit seperti Taman Tun Dr. Ismail dan persimpangan Mont Kiara ke Sri Hartamas.

Jalan berlubang dan tidak dibaik pulih sejak sekian lama menyebabkan kualiti hidup penghuni terjejas.

Jika jalan raya rosak berlaku di kawasan seperti itu, mungkin keadaan jalan di kawasan perumahan lain di pinggir kota lebih teruk lagi.

Di Taman Cheras Perdana, lubang sedalam satu meter hanya ditutupi dengan kepingan besi seakan mengundang padah kepada pengguna yang melalui jalan tersebut.

Biarpun ia telah ditanda dengan tali keselamatan, namun masih lagi berbahaya kepada pemandu serta penunggang motosikal terutama pada waktu malam dengan jarak penglihatan yang terhad.

Di sepanjang Jalan Kepong dan Jalan Kuchai Lama pula, senario jalan berlubang, retak dan tidak rata sudah menjadi pemandangan biasa.

Ia turut sama berlaku di susur keluar ke Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) ke Jalan Genting Klang dan juga di Jalan Loke Yew.

Persoalannya, bilakah semua ini akan berakhir? Pihak berkuasa tempatan dan kementerian yang bertanggungjawab perlu mempunyai pelan dan cara khusus memantau serta menangani masalah jalan rosak agar ia tidak berulang.

Tidak sampai 10 tahun lagi Malaysia akan menjadi negara maju, namun di mana manisnya status itu apabila kualiti jalan raya masih lagi di tahap negara dunia ketiga.

No comments: