Sunday, April 05, 2009

Terdesak Dan Mengelabah

TERDESAK dan MENGELABAH......mungkin itu yang paling sesuai digambarkan kepada hamPAS ketika ini. Kumpulan petugas hamPAS Bukit Gantang telah menunjukkan bibit-bibit perpecahan kerana percakaran dalaman hamPAS. Terdapat beberapa kumpulan Petuga hamPAS yang kebanyakkan terdiri daripada luar Bukit Gantang telah kecewa dengan jentera kempen hamPAS. Paling ketara di DUN Trong yang menyaksikan perpecahan petugas hamPAS.

Maklumat daripada petugas hamPAS, mereka merasakan penat lelah selama berkempen di kawasan itu langsung tidak di hargai. Bagaimanapun alasan yang paling ketara adalah kerana angin perubahan yang telah berlaku di Bukit Gantang khususnya bahawa kebanyakan rakyat telah menyedari hamPAS hanya dipergunakan oleh DAP dan PKR untuk kepentingan politik mereka.

Kedengaran juga cakap-cakap yang mengatakan akan berlaku tindakan sabotaj oleh penyokong tegar hamPAS dan PKR terutama di DUN Trong dan Kuala Sepetang yang sudah menyedari tindakan songsang hamPAS di dalam Piliharaya Kecil ini. Disebabkan itu, hamPAS secara agresif menggunakan mimbar masjid dan surau menyebarkan dakyah kempen sepertimana yang berlaku di Masjid Al-Rahmaniah, Trong.

Ini adalah satu perkembangan yang menarik memandangkan pelbagai pihak khususnya rakyat Bukit Gantang menyambut baik perlantikan DS Najib sebagai PM. Perkembangan ini telah membuatkan jentera kempen hamPAS berada di dalam situasi yang sangat menyeksakan perut masing-masing dan menyentap semangat moral hamPAS yang semakin hari semakin tertekan. Kepada hamPAS tunggulah kejutan daripada penyokong anda sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

malam isnin ni dia orang nak mogok di kelubong sg kerang

JAMILKUCING said...

Oo inilah manusia yang nak tahu pasal jamilkucing di blog Cyber comando( name je comando ) tapi tak tahu bezakan orang. untuk pengetahuan awak penghianat ( sebab sokong umno ) aku mengunakan nama sendiri.bukan nickname untuk menutup nama. orang yg mengunakan nickname itu BACUL.paham kot noo. akud ah balas di cyber comando.tengok die berani paparkan ke. aroitttttttt

Tak ada maruah.cuba terbalikan anwar berada di tempat najib sudah apsti kau akan memuji anwar.sebab dikau termasukd alam golongan munafik.

Eisya said...

"Di mana dikatakan perjuangan kita sama?"

*** DIHATI.........

Aku hanya insan biasa...
Tak punya pangkat...
Tak punya harta....
Dan tak punya nama....

Perjuanganku menuntut yang hak...
Hanya bertapak dijiwa...
Meruntun dihati....
Aku bukan insan gah....
Bukan juga insan kuat...
Bisa memukau insani dengan kata-kata...
Juga tidak bisa memukau insani dengan pancaindera yang gagah...
Aku hanya insan biasa....

Cukuplah bagiku....
ALLAH ROBBIL A'LAMIN.... menjadi saksi.....

-Eisya-